Tuesday, December 25, 2012

syukur ketika musibah

tika Allah mendatangkan musibah padamu
bersyukurlah kerana ianya hanya berupa peringatan
menjadi pengajaran buat meniti kehidupan
yang masih panjang penuh ranjau dan liku

muhasabah kembali tingkah lakumu sebelum musibah
ia juga satu kifarah penghapus dosa-dosamu
bertaubatlah dengan taubat nasuha
moga dosa tidak membebankanmu di akhirat kelak

tika Allah menarik salah satu nikmat
bersyukurlah kerana hanya satu nikmat ditarik
sedangkan banyak lagi nikmat yang masih Allah beri pinjam
spt nikmat bernafas, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat mendengar dll

p/s: buat renungan bersama..
spek mata patah dua

No comments:

Post a Comment

Ada ape2 nak beritahu saya?