Wednesday, December 24, 2014

Kebaikan Mandi Air Sejuk

Siapa tak suka mandi pagi2, lagi2 kalau air tu sejuk? Saya dulu tak suka mandi pagi, sebab sejuk sangat. Kalau mandi pun sebab terpaksa hihi.. Sebenarnya bagus mandi sebelum subuh ni taw. Sangat berkesan utk awet muda.

10 Kebaikan Mandi Air Sejuk
------------------------------------
1. Meningkatkan Imunisasi Badan
2. Melancarkan aliran darah
3. Mengawal suhu badan
4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan
5. Mengurangkan Tekanan Perasaan
6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa
7. Menguatkan Pernafasan.
8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat
9. Meningkatkan Tenaga
10. Meningkatkan Penghasilan Hormon.
11) Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

Tuesday, December 23, 2014

Masalah cepat kuruskan badan

Kalau obesiti macam2 masalah akan datang kan. Masalah kesihatan lah, susah nak cari saiz baju lah. Selalu kena tempah khas sebab teringin nak pakai. Tengok orang pakai cunnn je, tapi tu la kos tinggi nak tempah khas.

Kalau badan gemuk, macam2 masalah kesihatan yang datang. Lutut sakit. Nak beribadah pun susah, nak bersukan apetah lagi. Boleh sakit pinggang jugak sebab span kita dah kurang sebab bawa tekanan pada badan. Lepas tu boleh kena diabetes lah, darah tinggi lah. Hm, macam2.

Sebab tu saya suka cadangkan ambil Herb lax dan alfalfa untuk buang toksin. Lepas buang toksin baru la badan kita senang nak serap nutrien. Boleh ambil Lecithin dan Omegaguard juga untuk bakar dan buang kolestrol tak jahat.

Lepas dah buang segala yang tak perlu barula bina otot pulak. Ada 2 pilihan nak cinch atau ESP. Kalau nk kulit cantik sekali makanlah ESP. Tapi kalau nak lagi cepat kurus kena makan cinch la sebab boleh bakar lemak skali.

Kedua2 ni boleh buat replacement meal. Pagi2 makan ni je tak yah dah cari breakfast. Sama je beli breakfast dan beli ni. Harga lebih kurang je untuk sarapan. ESP dan cinch lagi bagus makan sebab takde kolestrol, boleh pulak bagi kulit kita cantik dan kuruskan badan.

Selain tu, supplement2 ni pun boleh bagi tenaga juga. Takde la melepek letih je bila diet. Kurangla sikit ngantuk masa bekerja tu.

Oh ye, semua yang saya cadangkan ni vitamin bukan sintetic taw. Semuanya semulajadi. Selamat dan tak payah risau kesan sampingan. Husband kawan saya dulu memang berbadan besar. Dalam masa 4 bulan turun 10 kg. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tak putus asa makan vitamin. Apa pun semuanya atas izin Allah. Kita usaha kan. Semoga supplement ni asbab untuk jadi kurus dan cantik.

Husband kawan saya ni makan vitamin seperti berikut:
Pagi:
Cinch satu sudu. Dia makan cinch je waktu pagi.

Tengahhari:
3 Biji lecithin sblm mkn.
3 Biji alfalfa dan 1 Biji omega lepas mkn

Malam:
Sama dgn tgh hari.

Dia mkn lunch nasi dan lauk tp kadar sederhana.

Malam roti wholemeal dgn sayur.

Exercise badminton 3 kali seminggu

Hasilnya dalam masa 4 bulan turun 10 kg. Alhamdulillah. Nak kurus seperti beliau? Jom dapatkan khidmat nasihat saya di 017-3065200. Boleh wassap juge ;)

Monday, December 22, 2014

Petua Merancang Jantina anak perempuan lelaki

Dah ada 2 orang anak perempuan of course la nak anak lelaki pula kan. Tapi lelaki atau perempuan tu Allah yang tentukan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha. Kawan saya setiap tahun mengandung dan keenam-enam orang anaknya lelaki. Sekarang dia mengandung lagi dalam misi berusaha untuk mendapatkan anak perempuan. 
 
Saya nak share perkongsian Petua Merancang Jantina Oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat: Menurut Dr Hamid Arshat, petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya..Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan..

Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan)..

Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan)

Tapi jika sperma yang mengandungi kromosom Y yang bercampur dengan ovum yang merupakan kromosom X maka dari percantuman ini,janin yang terhasil adalah kromosom XY(anak lelaki)

Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama..Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali ,sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki sila ikuti garis panduan berikut:

1.Anda perlu menjauhkan Makanan yang asid seperti buah-buahan limau,nanas,mangga,cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba.. Makanan laut adalah digalakkan,zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan..

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri(ovulation)adalah penting.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas.20 ml.Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan..Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi..

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’,atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki..Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan sila ikuti garis panduan berikut:

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau,asam,nenas,cuka,air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut..

2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid,selang sehari,sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur..

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan..

Pesan Dr Hamid Arshat:

“Kita hanya merancang,Allah swt yang akan menetukan..Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah,dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu”

Walaupun merancang jantina itu daharuskan dalam islam,namun suka untuk saya mengingatkan kepada anda beberapa perkara,seperti berikut:-

1.Jika anda merancang jantina anak tetapi ditakdirkan anda mendapat sebaliknya maka terimalah ketentuan Allah itu dengan redho dan dengan penuh kesyukuran..Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak dan sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat..Anda sangat beruntung kerana masih diberi oleh Allah zuriat.

2.Walaupun Doktor telah memberi petua-petua untuk mendapatkan jantina anak yang anda inginkan tapi ingat Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menentu dan memastikan jantina anak,mereka hanya berkongsi petua atau tips sebagai jalan ikhtiar,yang menentukan jantina adalah Allah..Jangan sampai anda beri’tiqad bahawa Doktor adalah penentu jantina anak yang bakal dilahirkan..Rosak akidah.
 
3.Jika anda telah megambil keputusan memilih(merancang) jantina anak dengan melakukan petua-petua yang Doktor sarankan seperti di atas,ini bermakna kekerapan untuk anda berjima'(bersetubuh) dengan pasangan anda adalah kurang..
Kesan dari kurang melakukan hubungan intim(bersetubuh) kerana ingin merancang jantina ialah:-

-kemungkinan akan berlaku tekanan perasaan dan psikologi kepada anda dan pasangan

-Mengurangkan kebarangkalian untuk si isteri hamil..Oleh itu,daripada merancang jantina lebih baik merancang untuk hamil..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome