Tuesday, October 30, 2012

korbankan ular sawa batik pada hari raya keempat



Raya Aidil Adha biasanya orang korbankan lembu, paling canggih pun korbankan unta. Tapi Aidil Adha di sini korbankan ular sawa batik... uhh, biar betul!! Kejadian berlaku pada malam raya ke empat (esoknya raya ke empat a.k.a. hari terakhir untuk korban).

gambar original okey.. bukan copy paste.. saya yg snap gambar ni


Kg. Tali Air, Morib, 29 Okt -  Seekor ular sawa batik dalam anggaran 6 hingga 10 kaki telah menceroboh reban ayam di salah sebuah rumah di sini malam tadi. Kejadian berlaku ketika penghuni sedang lena diulit mimpi lebih kurang jam 1 pagi.

Kejadian disedari apabila ayam membuat bunyi yang amat bising. Mengesyaki sesuatu berlaku, tuan rumah segera turun memeriksa reban ayam. Disangka biawak, rupanya seekor ular sawa batik. Ular tersebut disyaki telah mematuk seekor ayam namun belum sempat memakannya.

Setelah sesi toleransi dilakukan, akhirnya kepala ular tersebut telah dicantas namun ajalnya belum tiba. Setelah beberapa kali aksi tarik menarik dan jerit menjerit, akhirnya ular tersebut menyerah diri dengan kepalanya diikat.

"Ular tu dah panjat rumah. Kami ingat ular tu dah mati malam tadi tapi pagi ini ular tersebut tiada.
Rupanya dia telah bersembunyi di bawah kereta sepanjang malam" maklum tuan rumah. Ular yang masih bernyawa itu diseret dan diikat di tiang.

"Kami memukulnya lagi menggunakan kapak tapi kami yang penat. Kebal betul ular ni. Cina yang datang tak mahu ambil ular ni kerana badannya dah cedera dan nyawa-nyawa ikan. Dia nak ular yang hidup" kata tuan rumah.

Ular itu kemudiannya disedari telah mati sendiri pada jam 10.30 pagi ketika bomba sampai.

"Lain kali telefon awal-awal. Bahaya ular ni. Banyak bela ayam, tu yang dia datang" kata encik bomba yang tiba menaiki lori bersama alat-alat menangkap ular.

Untuk menonton video boleh request pada tuan rumah, namun diingatkan, video bukanlah ketika kejadian tengah panas. Sekian, terima kasih.

Untuk ketahui cerita kenangan raya yang lebih menarik, boleh kunjungi/ sertai:

Klik banner kat atas ni untuk join.




Tuesday, October 23, 2012

Segmen : SophieParisPutra Giveaway To you (GA2u)





klik banner utk join
cik Laila dan cik Saidah
jom join contest ni
tarikh tutup segmen pada jam 11.59 malam 30 Oktober 2012



2 pembaca yang bertuah akan menerima 
"Strawberry Milk Body Butter exclusive from SophieParis"(setiap satu)

Pemilihan 2 Peserta yang layak untuk mendapat giveaway (GA2u) 
adalah melalui cabutan bertuah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome