Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Proses kelahiran secara Semulajadi

Menurut Rezagunawan dalam Talkshow Gentle Birth bahagian 1 dan 2:
  • Proses Kelahiran tak boleh dipaksa, seperti kencing dan berak. Kita akan kencing dan berak apabila tiba waktunya. Kencing dan berak tak boleh ditetapkan berapa kali sehari, bila sepatutnya keluar dan tak boleh diberi ubat untuk mempercepatkannya keluar kerana merupakan proses semulajadi yang jika diberi ubat, akan berlaku komplikasi. Melainkan mereka yang tidak normal atau mempunyai masalah kesihatan. Begitu juga halnya dengan proses kelahiran.
  • Watak utama dalam proses kelahiran ialah bayi. Bayi akan keluar dengan caranya tersendiri. Ibu hanya boleh membantu bayi dengan mendapat sokongan bapa, seterusnya sokongan bidan atau doktor.
  • Hypnobrthing dapat membantu kelahiran dengan :
  1. Membawa fikiran bawah sedar ke arah situasi yang rileks.
  2. Mengurangkan atau menghilangkan sakit bersalin.
  3. Menghubungkan ikatan ibu dan janin sehingga janin yang memberi petunjuk mahu makan apa, bila mahu dilahirkan, bagaimana mahu keluar (tak perlu meneran, bayi akan keluar sendiri), cara kelahiran, bantuan yang diperlukan dll. Di sini pentingnya komunikasi ibu dengan janin semasa hamil.
  4. tiada...... point no 4 saya tak jumpa hihi
  • Water birth merupakan salah satu idea untuk mengurangkan kesakitan.
  • Antara kelebihan homebirth:
  1. Ibu amat pakar atau familiar dengan suasana rumah seperti susun atur barang.
  2. Badan ibu sudah imun dengan kuman yang ada di rumah berbanding di tempat lain seperti hospital.
  3. Mengelakkan hormon oxytoxin yang diperlukan dalam membantu proses kelahiran berdepan dengan 4 musuh utama iaitu suasana terang, dingin, takut dan merasa sering dilihat oleh orang lain. 
  • Antara kebaikan hypnobirthing:
  1. Tiada koyakan pada perinium.
  2. Tiada episotomy.
  3. Bayi tidak mengalami kuning iaitu jaundis
Nak dengar atau lihat sendiri Talkshow Gentle Birth bahagian 1 dan 2 ini? Boleh cari di youtube ye hihi..

Thursday, March 28, 2013

Ujian air kencing di rumah hamil atau tidak?

Uri (placenta) terbentuk apabila janin (embryo) melekat pada rahim. Uri akan mengeluarkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) pada bayi. Hormon ini dapat dikesan dalam air kencing. Oleh itu, alat ujian Urin Pregnancy Test (UPT) sangat popular digunakan untuk mengetahui seseorang wanita itu hamil atau tidak.

Ada 2 penanda pada UPT iaitu Control (C) yang memberitahu ujian air kencing dilakukan dengan betul, dan T (Test) yang memberitahu hasil ujian sama ada positif atau negatif.
Adakalanya hasil ujian menunjukkan jalur yang samar pada T. Ini amat mengelirukan wanita sama ada hamil atau tidak. Rujuklah arahan pada pembalut UPT tersebut. Sebahagian pengeluar UPT hanya menunjukkan satu contoh hasil ujian yang positif iaitu kedua-dua jalur mestilah terang. Manakala sebahagian pengeluar UPT menyediakan dua contoh hasil ujian yang positif, iaitu kedua-dua jalur terang atau satu jalur terang dan satu lagi jalur samar.

Perbezaan ini berlaku kerana alat UPT dikeluarkan oleh pengeluar yang berbeza dan dapat mengesan kepekatan hormon yang berbeza. Ada alat UPT hanya dapat mengesan kepekatan hormon yang tinggi, dan ada alat UPT yang lebih sensitif yang dapat mengesan kepekatan hormon yang rendah.

Buatlah ujian UPT menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun pagi kerana air kencing yang pertama lebih pekat. Air kencing pada waktu tengahari atau petang lebih cair kerana kita telah minum.

Ulanglah ujian UPT selepas seminggu sekiranya anda ragu-ragu sama ada hamil atau tidak kerana selepas seminggu, kepekatan hormon hCG dalam air kencing lebih tinggi dan lebih mudah dikesan.

Apa-apa pun, rujuklah kepada doktor untuk kepastian. Artikel ni saya tulis sendiri dengan merujuk http://drzubaidi.com/blog/

Monday, March 25, 2013

Tips tidur sekatil bersama bayi

Tahukah anda bahawa tidur bersama si manja memberi banyak kebaikan kepada ibu bapa dan bayi sendiri? Namun sebelum membuat keputusan untuk tidur bersama, pastikan panduan berikut dipatuhi agar dapat menikmati kebaikannya.

Waktu tidur adalah masa yang penting untuk bayi kerana mereka membesar dan berkembang cepat ketika ini. Pastikan mereka mendapat tidur yang lena dan selesa di samping papa dan mama.

1. Pastikan ini satu persetujuan bersama

Sebelum mengambil keputusan ini bincang dengan pasangan. Pastikan anda berdua bersetuju mempraktikkan cara ini. Jika salah seorang ragu, beri masa untuk mempertimbangkan semula. Ini kerana tidur bersama hanya selesa jika dipersetujui oleh papa dan mama.

2. Dapatkan katil yang besar

Saiz katil memainkan peranan penting menjayakan perkara ini. Tidur bersama bukan perkara yang selesa atau menyeronokkan jika katil terlalu kecil. Katil bersaiz besar adalah yang terbaik tetapi jika bajet anda (atau bilik tidur anda!) tidak begitu besar, belilah kot tepi katil (yang anda boleh dilekapkan di tepi katil anda) atau letakkan kot biasa di tepi katil anda dengan susurnya diturunkan.

Walaupun ini tidak penting, sebenarnya ia memudahkan anda menyentuh atau mengusap bayi jika boleh menyesuaikan tinggi tilam bayi bersamaan dengan tilam anda. Cara ini amat sesuai jika bayi berpusing-pusing/bergerak. Dia masih boleh dicapai dengan mudah.

3. Keselamatan tilam

Pastikan tilam adalah selesa dan selamat. Bayi boleh lemas atau terlebih panas jika dia tidur atas tilam lembut atau dikelilingi oleh bantal serta alas dan selimut yang longgar. Jika katil anda berangka atau mempunyai kepala atau diletakkan di tepi dinding, pastikan tiada ruang antara tilam dengan rangka, atau tilam dengan kepala katil atau dinding, supaya tiada risiko bayi anda jatuh.

4. Guna cadar dan selimut yang minima

Penggunaan cadar dan selimut yang minimum perlu dilakukan apabila anda tidur bersama dengan bayi yang berusia kurang dari 12 bulan. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko bayi lemas atau terlalu panas. (Ini mungkin berlaku semasa tiga bulan pertamanya; dari tiga hingga 10 bulan, risiko terbesarnya ialah jatuh ke dalam ruang antara tilam dan rangka katil, kepala katil atau dinding.) Ada juga kemungkinan dia akan dihimpit oleh bantal tambahan atau anak patung lembut. Jadi jauhkan semua ini dari katil anda!

5. Jangan lakukan di atas sofa atau katil air

Sofa tidak selamat untuk dijadikan tempat bagi tidur bersama bayi. Si manja anda boleh terhimpit dalam ruang antara kusyen atau antara anda dan belakang sofa. Katil air terlalu lembut dan mungkin mempunyai ruang-ruang yang dalam di sekeliling rangka dan bayi anda mungkin terperangkap. Tambahan pula, pergerakan badan anda juga boleh menyebabkan bayi anda melayang dari katil.



6. Pastikan bayi selesa

Membalut bayi kecil dengan bedung atau pakaian yang selesa amat penting bagi mengelakkannya berasa panas. Pilih fabrik yang nipis semasa tidur kerana sentuhan dengan kulit orang lain akan meningkatkan suhu kulitnya. Satu petua yang baik ialah: jika anda selesa, bayi juga akan berasa selesa.

7. Tiada bantal di sisi bayi

Jangan sekali-kali membiarkan bayi tidur di atas bantal sebab ia berisiko untuk jatuh atau lemas di dalam lipatan. Periksa bayi dengan kerap untuk memastikan dia tidak menggelungsur ke bawah sehingga kepalanya tertutup oleh selimut atau duvet. Ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu panas atau sukar bernafas.

8. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersebelahan

Anda boleh berkongsi katil dengan bayi dan kanak-kanak kecil selagi mereka tidak tidur bersebelahan. Kanak-kanak kecil tidak faham bahawa bayi tidak boleh melindungi diri daripada lemas dan mereka boleh berguling ke atas bayi atau meletakkan lengan di mulut atau kepala bayi secara tidak sengaja. Kanak-kanak kecil juga kerap tidur berpusing dan boleh memukul atau menendang bayi secara tidak sengaja. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersama sendirian di atas katil yang sama. Anda dan suami perlu tidur di antara mereka.

9. Jangan tinggalkan bayi tidur sendirian di atas katil

Walaupun bayi kelihatan selamat jika tidur di tengah-tengah anda dan suami, namun dia akan mudah jatuh jika anda bangun untuk ke tandas atau bangun lebih awal di waktu pagi. Ramai ibu bapa meletakkan bantal di kedua-dua sisi bayi apabila dia tidur sendirian, tetapi ini bukanlah idea yang baik kerana bayi boleh berguling ke dalam bantal dan menjadi terlalu panas dan/atau sukar bernafas. Secara idealnya, beli susur katil yang melekap pada katil atau letakkan dia di tempat yang selamat seperti raga bayi atau kot semasa anda di luar bilik.

10. Tidak sesuai untuk pesakit apnea dan perokok

Penyakit tidur seperti apnea tidur boleh membuatkan tidur sangat lena sehingga boleh membahayakan bayi jika tidak sedar apabila anda menghimpit bayi. Ibu bapa yang merokok juga tidak boleh tidur bersama. Tiada siapa tahu mengapa, tetapi apabila perokok tidur bersama bayi mereka, risiko kematian kot adalah lebih tinggi.

  • Adakah tidur bersama sesuai untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa? 

Mungkin tidak. Tiada model yang bersesuaian dengan semua orang dalam gaya tidur untuk anda dan anak. Sesetengah ibu bapa suka tidur dengan anak-anak mereka dan sesetengahnya tidak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan belaian yang lebih pada waktu malam dan sesetengahnya tidak. Bukan semua kanak-kanak mahu tidur sepanjang malam, setiap hari dengan ibu bapanya. Anda perlu mencuba beberapa cara tetapi lambat laun anda akan dapat satu kaedah yang sesuai dengan anda, suami dan bayi anda.

Info : Pa Ma


  • Takut tidur lasak sehingga mencederakan bayi?
    Biarkan mama tidur bersama dengan bayi. Papa tidur di sebelah mama. Jika ruang tidak mencukupi, papa tidur di tilam yang lain. Ini cara kami, cara anda?

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?
Ketahui cara2nya di SINI

Saturday, March 23, 2013

Masa yang tepat untuk menyusukan bayi

Sambungan entry Tanda2 bayi ingin menyusu


Bayi akan MENANGIS bila terasa lapar/dahaga & memerlukan SUSU. Tetapi itu sebenarnya adalah SIGNAL TERAKHIR kerana sebelum itu, bayi berusia di bawah 2 bulan akan menunjukkan signal-signal lain terlebih dahulu. Ada masanya anda boleh terus menyusukan bayi anda & ada masanya pula anda perlu menenangkan bayi terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi anda..

Bayi yang terlalu lapar mungkin MENOLAK untuk menyusu kerana menginginkan anda memujuk/menenangkannya terlebih dahulu. Jangan berputus-asa & beranggapan bayi anda tidak mahu susu..sebenarnya bayi anda MASIH LAPAR..Teruskan memujuk/menenangkannya sehingga bayi anda tenang & kemudian baru susukan bayi anda mengikut keperluannya (rujuk LATE CUES).

ELAKKAN menunggu untuk menyusukan bayi bila dia sudah menangis dengan kuat & sukar dipujuk kerana mungkin anda yg akan terasa STRESS. Anda DIGALAKKAN menawarkan susu kepada bayi anda apabila bayi sudah menunjukkan signal-signal awal berkaitan (rujuk EARLY CUES & MID CUES).

Andainya anda tahu signal-signal tersebut, sudah tentu anda dapat menyusukan bayi anda dengan TENANG.. 




"Selamat Menyusukan Bayi" dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=395876833837653&set=a.385404904884846.93044.168500109908661&type=1&theater


Hm, stressnya kami berdua semasa Fathiyyah menangis dengan kuat dan sukar dipujuk dahulu. Akhirnya kami bertiga tidur terlentang di ruang tamu rumah ummi.

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?
Ketahui cara2nya di SINI

Thursday, March 21, 2013

Memujuk Bayi Menyusu susu Ibu

Bayi kerap tidur selepas dilahirkan dan enggan menyusu. Jadi ibu-ibu perlu mengambil inisiatif untuk Memujuk Bayi supaya Menyusu susu Ibu setiap 2 jam sekali. Bagaimana nak kejut baby yang asyik nak tidur sahaja? Antaranya ialah:

1. Bukakan ikatan bedungnya
Bayi lebih lena bila dibedung kerana ianya imitate keadaan dalam perut ibu yang ketat.Buka ikatan bedungnya supaya dia terjaga dari lena dan mahu menyusu.

2. Letakkan tangan di tepi mulutnya
Ini bagaikan signal untuk memberitahu bayi bahawa ianya waktu menyusu. Juga refleks daripada bayi yang dia mahukan susu (sekiranya dia mengikut jari anda) Menariknya refleks ini akan hilang selepas bayi berusia lebih kurang 2 ke 3 bulan

3. Perah sedikit susu ibu dan titiskan ke mulutnya
Bayi akan menjilat-jilat menggunakan lidahnya (Kemudian sambung tidur semula – mungkin dia terlalu mengantuk walaupun sudah 2 jam tidak minum susu)

4. Joggingkan bayi untuk membangunkannya
Gerak gerakkan kaki dan tangannya secara perlahan lahan. Bercakap dengannya 'bayi perlu disusukan sekerap mungkin'


Memujuk Bayi Menyusu Ibu ditulis oleh Puan Suraya Ali menerusi blog beliau http://www.lunafamily.my/diary/breastfeeding/


Wednesday, March 20, 2013

Tanda tanda bayi ingin menyusu

Jom kenali tanda-tanda bayi anda ingin menyusu. Terutama kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Monday, March 18, 2013

Kesan Radiasi Telefon kepada Ibu Hamil dan Bayi

Kajian pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mendapati, kanak-kanak yang mempunyai tengkorak yang nipis, otak lebih kecil, tisu otak lebih lembut dan sel berkembang dengan lebih cepat adalah antara akibat buruk hasil penggunaan telefon bimbit berbanding orang dewasa. Jadi, bayi dalam kandungan mungkin juga mengalami risiko yang sama, malah lebih besar lagi.

Kajian dijalankan pada 2008 yang menganalisis hampir 13,000 kanak-kanak mendapati, terdedah kepada telefon bimbit ketika dalam kandungan memberi kesan kepada masalah kelakuan mereka.


Ibu yang menggunakan telefon bimbit akan lebih cenderung 54 peratus mempunyai anak yang mempunyai masalah kelakuan.

Daripada link ini http://www.blog.teminfm.com/2013/02/ancaman-radiasi-telefon-bimbit.html


Friday, March 15, 2013

Tips anak demam selesema batuk

Anak anda demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=307501826042052&set=a.306207329504835.1073741830.305776922881209&type=1&theater

Wednesday, March 13, 2013

siku terkehel pada kanak-kanak

"Siku terkehel pada kanak-kanak"
Disebabkan oleh kekurangan pengetahuan ibu bapa.


Monday, March 11, 2013

Cara step by step urutan bayi

sambungan entry Cara yang bermanfaaat mengurut bayi.

Teknik urutan yang boleh diaplikasi untuk si manja :
1. Kaki 

Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut

Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

3. Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

5. Muka

Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan

Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts


Klik link ini dan simpan untuk panduan cara dan kaedah mengurut bayi dengan betul:



Sunday, March 10, 2013

Kelebihan dan cara membedong bayi

Membedong merupakan istilah yang sering digunakan untuk ‘membungkus’ bayi dengan kain. Kain yang digunakan pun biasa disebut dengan kain bedong.

Antara kelebihan membedong bayi:

1. Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks Moro.

2. Membantu bayi anda untuk tetap hangat, terutamanya pada hari-hari pertama dalam kehidupannya.

3. Membantu menenangkan bayi anda.

Ketika bayi anda dibedong, dia akan rasa hangat dan selesa. Bedong juga berguna untuk menenangkan si kecil ketika dia menerima rangsangan yang berlebihan.

*Jika kelahiran bayi anda disambut oleh bidan ataupun anda bersalin di hospital, biasanya sebelum pulang ke rumah, mereka akan ajarkan cara-cara untuk membedong bayi.

Antara 
cara-cara untuk membedong bayi adalah seperti gambar ini:
Mother's Love ♥
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Saturday, March 9, 2013

Keselamatan bayi di rumah

Tips keselamatan bayi di rumah 
------------
1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.

2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan bahan kimia lain yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan ini dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman

3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak

4. Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah, jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.

5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.

6. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda daripada memasukkan jarinya atau benda lain ke dalamnya.

7. Lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.

8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di rumah dan pastikan setiap orang dewasa dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan alat ini.

10. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.

11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter saja.

12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak mengenai tempat berkumpul di luar rumah jika berlaku kebakaran.

13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan makan ubat di depan anak.

Sumber: Panduan Pencegahan Kecederaan Kanak-kanak, Persatuan Pediatrik Malaysia

Monday, March 4, 2013

Tips Memilih Pakaian Bayi

1. Pilih kain daripada kapas. Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. 
2. Pilih saiz yang tepat. Elakkan pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.
3. Elakkan baju bertali. Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat.
4. Berleher lebar. Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

5. Butang. Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi. Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.
6. Sentiasa memeriksa pakaian bayi anda berada dalam keadaan baik - tiada butang tertanggal, tali atau reben panjang yang boleh membuatkn bayi anda tercekik.
7. Basuh semua baju, cadar, tuala, lampin kain sebelum kelahiran bayi dan sebelum digunakan.


copy dari: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151771688674899&set=a.488382314898.267904.363119514898&type=1&theater

Sunday, March 3, 2013

Tips penjagaan pakaian bayi bersama LunaCare

1. Asingkan pakaian - Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh. Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda. Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.

2. Guna sedikit sabun. Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun. Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa. Guna sabun yang tiada paraben, tiada pewangi dan tiada alkohol.

3. Cara basuhan tangan - Jika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat. Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.

4. Cara basuhan mesin - Gunakan program basuhan lembut. Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.



copy daari: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151771710744899&set=a.488382314898.267904.363119514898&type=1&theater

Saturday, March 2, 2013

masala garam kepada bayi

BAHAYA GARAM KEPADA BAYI

Garam diperlukan agar sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Justeru, sedikit garam adalah penting dalam menu diet kita sehari-hari.

TETAPI, keperluan garam bagi seorang bayi adalah SANGAT SEDIKIT iaitu kurang dari 1 gram sehari (bagi bayi yang berusia bawah 12 bulan). Dan keperluan ini boleh diperolehi dari sumber susu ibu atau pun formula.

Ini kerana, buah pinggang bayi masih tidak matang dan belum lagi bersedia untuk menerima jumlah garam yang berlebihan dan ianya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius!

Malah terdapat kes-kes tertentu pengambilan garam yang berlebihan telah membahayakan nyawa bayi sehingga membawa kepada maut.

Di samping itu, melalui kajian yang dijalankan, bayi yang diberi makanan yang mengandungi kandungan garam yang berlebihan akan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi apabila dewasa kelak.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=349169341865401&set=a.189489931166677.40328.188889974560006&type=1&theater

puting pedih semasa menyusu

Pernah mengalami puting pedih semasa menyusukan bayi? Menurut artikel INI, sakit puting payudara pada awal kelahiran adalah perkara normal, kemudian akan hilang sendiri. Tetapi sekiranya sakit puting atau nipple breast berlaku bukan ketika awal kelahiran, ianya adalah tidak normal dan perlukan lebih perhatian.

Instinct pertama sebagai seorang ibu - puting sakit sebab susu dah kurang ke?
Instinct kedua - puting sakit sebab mengandung lagi ke?
Instinct ketiga - puting sakit sebab salah pilih bra?
Instinct keempat - puting sakit sebab bayi tak hisap dengan betul?

Jawapannya ada dalam artikel tersebut. Sesuaikan dengan keadaan diri dan ikutlah jalan penyelesaian yang disyorkan sekiranya mahu. Jom ikuti pengalaman lynn menyusukan anak ketika sedang hamil.

Lynn, tabahnya awak. Saya pun rasa nak marah2 je sebab sakit tapi akhirnya saya tukar kepada sebutan Allah, Allah, Allah.. moga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada kami ibu2 yang menyusukan dan semoga anak-anak kami menjadi khalifah yang sebenar2nya di muka bumi ini. Amiiiiiiiin..

Friday, March 1, 2013

Kesan makanan sejuk semasa mengandung

Ibu yang memakan terlalu banyak makanan atau minuman yang bersifat sejuk dan berangin bukan sahaja menyebabkan kesan angin pasang kepada bayi setelah dilahirkan, malah ia turut menyumbang kepada pembengkakan urat atau dikenali sebagai vericose veins.

Meskipun ia dikatakan sebagai penyakit keturunan, tetapi ia boleh juga berlaku pada ibu-ibu yang mengandung kerana tidak menjaga diet pemakanan.

Verisoce veins ialah pembengkakan urat dibahagian kaki sehingga imbul urat kehijauan seperti ular menjalar dikawasan betis, paha, cawan faraj dan kadang-kala menghampiri pintu faraj. dan ia kadang kala boleh merebak keseluruhan kaki.


Ia berlaku apabila urat yang timbul ini pecah. Mengikut ilmu melayu ia disebabkan oleh gangguan aliran darah yang telah dimasuki angin sejuk akibat ketidakseimbangan suhu badan.

Antara makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung untuk mengelakkan vericose veins in dari berlaku ialah:
1. Jenis ikan2 berbisa: bawal hitam, terubuk, pari
2. Sayur-sayuran dan buahan menjalar: timun, labu, kacang botol, kacang buncis, kacang panjang, kangkung, tembikai
3. Buahan-buahan sejuk: durian belanda, ciku, duku dan langsat



  • Ila Noor Assalam ice..sy pn alami bnda ni even x pregnnt.keturunan kerna ibu sy n mak2 saudra pn ad bnda ni..bole hilangkan ke?
  • Zuratul Aini Zubir mcmmana nak merawat ni ice?
  • Kami Ibu Berpantang Wsalam. Jika cara moden, pembedahan.rawatan laser, memakai krim atau essential oil dapat mengurangkannya. Jika dari perubatan melayu, perlu menjaga pemakanan dan menyapu krim bawang putih yang dibuat sendiri. bawang putih dicampur dengan limau nipis dan minyak zaitun dicampur dan dibiarkan semalaman. sapukan pada bahagian tersebut dan biarkan selama 15 minit. Lakukan setiap malam, inshaa Allah ia mampu kurang.
  • Engku Liyana Klau org llaki timbul urat camtu jgk sama jgk ke?mkn bnda2 sjuk?
  • Kami Ibu Berpantang Makan benda sejuk tu salah satu dari fakornya. Org yg berdiri lama2 pun blh kena.

    artikel dari:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=561306990568228&set=a.529997793699148.125909.528128910552703&type=1&theater

Thursday, February 28, 2013

Cara Manfaat mengurut bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak malah merupakan rangsangan yang terbaik iaitu rangsangan menerusi sentuhan atau belaian. 

Bayi perlu diurut atau dibelai dengan penuh kasih sayang. Selain dapat membantu pertumbuhan bayi dengan cepat, urutan juga dapat menyihatkan bayi serta menjadikannya cerdas dan riang di samping memantau kesihatan bayi .

Luangkan masa mengurut sama ada selepas mandi atau ketika bayi tidak tidur.

Manfaat urutan pada Si Comel Anda.

1. Memperbaiki perjalanan darah
2. Merangsang deria.
3. Mengurangkan tekanan.
4. Memperbaiki sistem penghadaman.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.
6. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7. Membantu memudahkan bayi tidur.
8. Merangsang aliran oksigen dalam badan
9. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.Membantu perkembangan fungsi otot.
11.Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.Merangsang penghasilan hormon.

(artikel dari: https://www.facebook.com/Lunatots)

Ada 6 step untuk mengurut bayi:

  1. urutan kepala dan muka bayi.
  2. urutan dada bayi
  3. urutan tangan bayi
  4. urutan kaki bayi
  5. urutan perut bayi, dan
  6. urutan bahagian belakang bayi.
Klik link ini dan simpan untuk panduan cara dan kaedah mengurut bayi dengan betul:


Tuesday, February 26, 2013

cara cara merawat kulit bayi

Tips Penjagaan Kulit Bayi

1. Jangan guna bahan yang menyebabkan radang kepada kulit bayi(**pilih bahan yang sesuai) - Contohnya elakkan pencuci yang mengandungi alkohol, pewangi dan paraben. 
2. Jangan biarkan kulit bayi terdedah kepada sinaran matahari secara langsung
3. Pakaikan bayi dengan fabrik kapas yang serap kelembapan
4. Lindungi bayi dari cuaca sejuk kerana kulit bayi tidak berupaya mmengekalkan kehangatan
5. Sapu minyak yang boleh memanaskan kulit bayi (**terutamakan ketika cuaca sejuk bagi mengelakkan kulit bayi terhidrasi)
6. Urut kulit bayi sebagai amalan untuk kesihatan.



rujukan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151775877634899&set=a.10151672337914899.611575.363119514898&type=1&theater

Tips mengetahui jantina anak dalam kandungan

Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka.

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

9) Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya.


dibawakan oleh D & G Kidz Boutique
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome