Tuesday, April 30, 2013

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?


Nak Menang Hadiah ni ?
 cincin
Sebentuk Cincin emas 22k
perak

1 Oz Syiling Perak
wang tunai

Wang Tunai

Isikan butiran anda kemudian check email..

Thursday, April 18, 2013

2nd GIVEAWAY Impianku dan Impianmu


Another giveaway from me.. kali ini 2 pemenang di cari.

HADIAH: Flushable Wipes (28 wipes inside) seperti dalam banner

[can wipe and flush at any moment for an instant clean. great for clean-ups all over the bathroom — sinks, countertops, faucets and tile — and they’re always septic tank friendly]

Syarat-syarat penyertaan:
1. Isikan butiran diri di SINI dan klik daftar
2. check email anda, klik link untuk pengesahan.
3. Buat entry dengan apa-apa tajuk.
4. Tinggalkan link entry dan nama penuh anda di komen entry ini.
3. Itu sahaja. Hanya peserta yang membuat pengesahan di email dikira menyertai pertandingan.
4. Tarikh tutup 18 April 2013... tarikh mungkin berubah.
5. Pemenang dipilih secara undian tangan.
JOM MERIAHKANNYA!
p/s: Ada siapa2 nak sponsor hadiah? Boleh PM saya :)

Thursday, April 4, 2013

Petanda apabila si dia hadiahkan buku

Andaikata ketika ini anda menerima sebuah buku sebagai hadiah daripada kekasih hati, apa perasaan anda? Seronok, excited, kerut kening? Pulangkan semula buku tersebut atau terharu dengan pemberan si dia yang anda tidak sangka langsung?

Antara petanda tiba-tiba si dia menghadiahkan anda sebuah buku ialah:

  • Si dia mengingati anda ketika keluar berjalan-jalan atau shopping.
  • Anda sentiasa berada dalam fikirannya setiap saat dan ketika.
  • Si dia ingin menghargai dengan menghadiahkan anda sesuatu.
  • Si dia tiada orang ketiga melainkan anda seorang. Bersyukur dan bergembiralah!
  • Si dia ingin anda menjadi orang yang lebih baik dan sempurna.
  • Si dia ingin membuka fikiran anda terhadap isu yang dibincangkan dalam buku tersebut.
  • Si dia ingin anda menghabiskan masa terluang dengan perkara berfaedah seperti membaca buku, bukan keluar berjalan tak tentu hala, tengok wayang, melepak dan main game!
Apabila suami pulang dari kerja lalu menghadiahkan anda buku ini?

Wednesday, April 3, 2013

Zalim terhadap diri sendiri

Tahukah anda, ada perbuatan zalim yang anda lakukan terhadap diri sendiri sama ada secara sedar atau tidak, secara sengaja atau tidak? Perbuatan zalim ini adalah bertentangan dengan perintah Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan manusia supaya berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri. Apatah lagi terhadap orang lain. Ini adalah untuk menunjukkan sifat keadilan Allah SWT dan RasulNya. Ini merupakan pendapat Ibnu al-Qayyim.

Apakah perkara-perkara atau perbuatan zalim yang kadang-kadang kita lakukan terhadap diri sendiri itu? Antaranya ialah:

  • Mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain. Ianya dikenali sebagai Qaza'. Perbuatan ini zalim terhadap kepala. Sama ada kepala sendiri, anak atau orang lain.
  • Duduk ditengah-tengah antara tempat yang terdedah kepada cahaya matahari yang terik dan tempat teduh. Perbuatan ini zalim terhadap tubuh.
  • Memakai sebelah kasut sahaja ketika berjalan. Perbuatan ini zalim terhadap tubuh.
  • Dan lain-lain lagi.
Rujukan: Buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad.



Tuesday, April 2, 2013

Doa dan Wirid Ibu Mengandung menurut al-Quran dan Hadis

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk membaca buku Doa dan Wirid untuk Ibu Mengandung menurut Al-Quran dan Hadis.

Buku ini amat bagus kerana merupakan kompilasi doa-doa untuk diamalkan oleh ibu mengandung yang dikumpulkan daripada al-Quran, hadis Nabi SAW dan athar. 

Jutaan terima kasih kepada adik saya kerana menghadiahkan buku ini yang dibelinya menggunakan baucer buku BR1M :D Dapat pahala berterusan insyaAllah. Juga kepada penulis, pengumpul doa-doa dan mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penjualan buku ini.

Beria-ria saya ucapkan terima kasih kan? Macam dapat award pulak. Sebab terlalu banyak doa untuk ibu mengandung dan ilmu yang terkandung dalam buku ini. Walau hakikatnya buku ini sekecil tapak tangan dan setebal 102 mukasurat. Nipis je macam buku nota!

Antara doa yang terkandung dalam buku ini ialah doa mempermudahkan kelahiran, doa yang Rasulullah SAW minta dibacakan kepada anaknya Fatimah apabila sudah hampir masa melahirkan, doa apabila kandungan songsang, zikir, peringatan kepada ibu mengandung dan lain-lain. Sangat berguna dan bermanfaat!

Kesemua doa dan wirid yang terkandung dalam buku ini perlu dibaca oleh ibu hamil apabila kandungan sudah mencapai usia sembilan bulan atau apabila menjangka bayi akan dilahirkan lebih awal dan sewaktu dengannya. Tak boleh baca seawal kandungan!

Buku apa yang saya maksudkan? Ianya buku ini:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome