Wednesday, November 26, 2014

Penawar Buasir teruk sehingga keluar darah

Arghhhh.. kene buasir lagi!! Tak tahan dah sakitnye ni.. Nak tidur pun susah. Kalau dah kena buasir tu, lepas magrib buang air sampai pukul 1.30 pagi pun masih sakit sangat lagi, sampai tak boleh tidur dibuatnya.

Oh, rupa2nya lelaki pun ada buasir. Customer saya ni lelaki. Katanya ramai je lelaki yang kena buasir tapi jarang yang nak mencari penawar buasir.. Katanya dulu dah pernah kene buasir, makan produk xxxxe tapi sekarang macam tak berkesan. Lepas tu try xxA pulak, dah seminggu tapi masih tak baik2 lagi.

Hm, saya ingatkan buasir ni perempuan je selalu kena. Perempuan kan selalu kena buasir selepas bersalin. Dah la sakit bersalin, sembelit, pastu buasir pulak. Seksa okey! Sebab tu dalam set bersalin kita mencegah daripada kena buasir dengan Ostematrix dan zink. Ostematrix untuk melawaskan (melembutkan najis), manakala zink untuk menyembuhkan luka dalaman.

Berbalik kepada customer tadi, saya cadangkan ambil set buasir yang terdiri daripada Zinc, Ostematrix dan Omega.

Selain 3 vitamin di atas, boleh juga telan 6 biji Garlic Plus semasa buasir teruk. Garlic kan bagus untuk luka2. Selain tu boleh juga ambil Alfalfa dan Herblax supaya najis lebih lembut dan senang membuang air besar. Najis lembut mengurangkan risiko cedera kat situ serta mengelakkan buasir menjadi lebih teruk.

Berapa lama buasir boleh sembuh? Rata-rata feedback yang saya dapat dalam 3 hari buasir menjadi kecut dan tak sakit dah.. tak lama lepas tu sedar2 je buasir dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah. Ni salah satu testimoni:
Tips mudah untuk elakkan sembelit serta buasir berulang:
+ Minum air lebih dari biasa. Kalau biasa minum 2 liter, kali ni minum 3 liter air.
+ Banyakkan makan buah2an dan sayur2an.
+ Ambil protein dan kalsium secukupnya.
+ Bertangas (Sauna di bahagian bawah badan)
+ Ambil extra fiber sehingga 30g sehari (kalau tak sempat nak makan banyak sayur dan buah)

Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian boleh hubungi saya di Wassap 017-3065200, Mariah_Smile.




Sunday, November 23, 2014

Gatal ulat bulu hilang sapu cream herbal blend

Hari Rabu hari tu kami bertiga kene serangan ulat bulu. Terseksa sekejap. Satu badan gatal2. Husband gatal2 kat bahu je. Yang paling kesian bila si kecil yang teruk kene ulat bulu, kat private part pulak tu.

Macam biasa bila husband balik keje.. Nak dinner.. Farah nangis sebab kencing so saya tukar lampin dia. Saya riba dia dan pakaikan baju tidur warna biru. Pastu dia nangis lagi. Saya bagi susu dan bawa ke bilik. Tapi dia tak nak tidur. Nangis dan nangis.

Tiba2 saya gatal. Gatal sangat. Saya pas Farah pada husband. Saya garu tangan dua2 belah. Pastu badan, leher, tengkuk.. kaki pun gatal.. Ape kene pulak ni. Alergik kerang lagi ke? Tapi kerang yang makan semalam elok je Takkan sekarang baru gatal. Saya buh cream Herbal Blend. Still gatal sikit tapi kena bertahan la dari menggaru..

Farah dok nangis je. Ape kene la pulak kan.. Terdetik nak bukak pampers. Bila bukak je merahhhh sebelah punggung dia. Ya Allah, ape kene pulak ni. Terus cuci punggung dia. Die nangis memang non stop. Sambil lap badan dia saya fikir nak buh ape.. Ada cream herbal blend dan minyak anugerah.. Mane satu nak bubuh ni.

Husband cek pampers Farah yang tadi, rupanya ada ulat bulu kat tepi tu. Macam mana pulak ulat bulu tu masuk pampers kan. Takkan la masa pakaikan tadi saya tak nampak? Dah lap saya tekad nak buh cream herbal blend. Dalam hati saya tawakkal pada Allah. Dah siap sapu kat punggung sambil selawat terus saya dukung Farah tanpa pakaikan baju dan pempers. Tiba2 dia diam, berhenti nangis. Alhamdulillah. Mungkin sebab rasa sejuk cream tu melegakan dia..

Tak lame lepas tu saya pakaikan dia pampers, baju pink dan seluar. Farah tidur macam biasa. So husband pergi latihan Cempuling. Saya buat kerja di laptop. Bila husband balik sebelum tidur cek Farah, merah badan dia. Leher pun. Ape kene la pulak kan. Tapi Farah tidur je dari tadi, tak de pun nangis ke, bunyi2 ke.. Farah tidur biasa la sampai baju terselak.
Sambil sapu cream herbal blend sambil fikir punca. Baru teringat ada bawak Farah tidur situ tadi dengan baju biru.. Dah setel husband dukung Farah yang nyenyak tidur, saya lak tukar cadar, tukar sarung bantal yang mungkin kene miang ulat bulu tu... Subuh tu cek lagi badan Farah, dah kurang sikit merah. So saya tukarkan baju dia dan sapu lagi cream. Alhamdulillah sekarang Farah dah pulih dari bengkak.

** Betulla kene tawakkal dulu sebelum usaha. Memang beberapa hari sblm tu dok fikir tawakkal dulu ke usaha dulu yang sebenarnya. Tawakkal tu kita serah bulat2, betul2 serah urusan tu pada Allah. Mintak Allah tolong. Pastu baru buat pekerjaan tu a.k.a usaha.
** Cream Herbal blend perlu sentiasa ada terutama di saat2 kecemasan.. 

Alhamdulillah kat rumah ni ada herbal blend. Dalam stor ada lagi 2-3 tiub lagi rasanya. Sape nak boleh pm/wassap Mariah_Smile 017-3065200

Saturday, November 22, 2014

Seksa bila semput atau asma teruk

Mempunyai masalah semput atau asma yang teruk?
Semput atau asma sehingga nak jalan payah, mandi pun semput. Kalau ada batuk teruk, kahak banyak lagi la seksa kan. Bila semput atau asma datang kene rehat. kadang-kadang 1 jam baru boleh bernafas dengan okey.
Boleh ambil set asma utk dewasa iaitu Omega dan ESP. Untuk kanak2 setahun ke atas boleh berikan Omega dan Meal Shakes.
Ramai orang yang semput/ asma dah cuba dan ramai yang semakin pulih. Salah seorangnya ayah kawan saya ni, Nur Zahidah. Alhamdulillah, saya doakan semoga Intan dan ayah Nur Zahidah sembuh dari asma.
Fresh lagi testimoni ni taw.. 

Mariah_smile 017-3065200
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome