Saturday, January 21, 2012

Buat duit dengan dropshipper?



Dropshipper=Agen=Reseller, ada 2 jenis:

  1. Jual brg dgn harge yg ditetapkan, dpt komisen yg ditetapkan. biasanya komisen rm5 utk 1 brg.

  2. Sukahati dropshipper nak jual harga berapa, yg penting bayar dekat penjual/supplier harge yg die jual. cth: Abi jual syampu rm5. Dropshipper jual pd custmer rm15. Dropshipper dpt untung rm10 slps bayar kat abi rm5. 

Saya lebih suke yg no.1 sbb xda persaingan dr segi harga. fair n square. custmer mestila nk beli brg dgn harge yg plg murah ^_^ (sy juga seorang custmer)



BERHATI2 utk menjadi dropshipper kerana dropshipper lebih banyak kena tipu berbanding customer. Maksudnya penjual/supplier yg menipu dropshipper terutama pada musim perayaan. Lebih banyak di sini bermaksud dari segi wang. Dari segi bilangan, kena buat soal selidik, statistik la pulak, ngeee~~

Alhamdulillah saya xpernah lagi kene tipu, Ada member FB yg kena tipu mase Raya Puasa haritu.. Boleh cek group FB 'kami di sini kamu di sana' 'kami benci penipu...' dll lagi group FB yg menyiarkan on9 seller yg kaki menipu.




Beberapa tips untuk menjadi dropshipper:

  1. Tanya diri sendiri minat nak jual barang apa. ~Baju baby dan kanak2, mainan kanak2, cloth diaper, baju perempuan, handbag, perfume, jam tangan, tudung, kerongsang dll.. Belacan pun dah ade yang jual kat FB taw hehe.

  2. Cuba beli barang tersebut dahulu untuk diri sendiri.
    ~Apabila barang selamat sampai, barulah timbul keyakinan bahawa penjual tersebut tidak menipu.
    ~Dapat melihat rupa barang tersebut sendiri, warna, kualiti dan sebagainya.

  3. Pasa masa ini jika telah timbul perasaan puas hati dengan barang tersebut dan servisnya, apa tunggu lagi? Mendaftarlah sebagai dropshipper dan mulakan perniagaan anda!
~gambar xde kena mengena~


Kebaikan Vs Keburukan dropshipper:

  • Kebaikan
  1. Tak perlu modal permulaan.
  2. Tak perlu simpan stok.
  3. Hanya perlukan internet, laptop dan seumpamanya untuk memulakan bisnes.
  4. Dapat untung tanpa perlu bersusah payah kira stok, packing, pos dll. Orang cakap 'untung atas angin'.

  • Keburukan
  1. Tidak melihat/ mengetahui keadaan barang jualan.
  2. Terpaksa mempercayai supplier dari segi kualiti barang dan pembungkusan.
  3. Customer mencari/memarahi/menyalahkan anda sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan barang, packaging dll.
  4. Perlu menjaga hubungan baik sebagai orang tengah antara customer dengan supplier.


Friday, January 20, 2012

Surat Cinta Pelajar IPTA

Salam alaik buat kekandaku sekalian,


Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan redha dan rahmat Allah selalu. Kehadiran warkah ini adalah bertujuan untuk meminta pendapat kekanda berdua dalam dinda membuat keputusan.



k.xmo skema. Dlu ana ada berbincang ngan ayah ngan bonda berkaitan ngan sorang muslimin yang telah merisik ana melalui seorang ustaz (kaedah baitul muslim). Ana dah melalui sesi taaruf dengan muslimin tersebut dan telah beristikharah serta bertanyakan pendapat ayah dan bonda. Bonda kata --> ikut la apa yg terbaik. Ayah mcm senyap je. So..ana xtau apa pendapat dan pandangan ayah. 

Ye..ana tau ana masih belajar. Bukan ana merancang tuk kawin dalam masa terdekat ni. Ana pun xdela kenal muslimin tersebut sepenuhnya. Jumpa dalam program2 persatuan je n last bertemu empat mata pun masa sesi taaruf dengan kehadiran ustaz ustazah. Objektif baitul muslim adalah untuk mengelakkan gejala couple2 skrg ni dengan membina alternative orang tengah dalam perhubungan. 




Setelah ana beristikharah, mengambil kira pandangan bonda, bertanya sahabat2 ngan berbincang dengan senior2, Ana bersetuju untuk menerima muslimin tersebut. Tetapi, ana masih perlukan kata putus dari ayah dan bonda.Seandainya ayah ngan bonda tidak bersetuju..ana bley amik langkah awal untuk leraikan perjanjian antara 2 pihak ini. So, xde la muslimin tersebut menunggu tanpa kata putus. 

Dan dalam islam juga, bila berlakunya situasi seperti ini dimana pihak lelaki dan pihak perempuan telah bersetuju.. mereka telah dikira bertunang dan haramlah bagi dia menerima pinangan dari orang lain. So..ana nk ayah ngan bonda fahamla. Andai kata ada orang lain merisik, ana..bley jawab..ana da bertunang. Bertunang dalam islam bukan dalam adat. Ana pun bley menolak gangguan lelaki2 lain yang mengganggu hati dan perasaan dengan mengatakan ana telah bertunang. 




Tujuan utama disini..nak mintak pendapat kalian. Macammana ana nak fahamkan ayah ngan bonda yang kaedah baitul muslim ni..betul2 serius la. Bkn main2. Dlm pd msa melalui ikatan ni, ktorang perlu putuskan bersama perancangan akan dtg. Nak jmpa family 2 belah pihak bila, kawen bila, lepas kawen..nk smbung blajar or nk kerje, menetap kat mana bila dah kawen, dll.

Ana kira, perlu untuk ana meminta muslimin tersebut datang ke rumah untuk bersuai kenal dengan ayah ngan bonda. So..klo ayah ngan bonda xberkenan dihati..ana boleh reject awal2 sebelum betul2 serius merancang. Apa pendapan kalian??


**************************************************

1.kalo ayah n bonda bc surat ni pun dah boley faham. xperlu terangkan lagi. so kekanda sulung boleh bacakan untuk ayah n bonda.

2.dlm islam perjanjian mmg dah dikira bertunang n lebih afdhal merahsiakan pertunangan. nikah baru wat majlis sebagai hebahan kpd org ramai. bertunang juga merupakan sunnah. tetapi sekadar perjanjian tanpa kedua2 family adalah perjanjian tidak rasmi. buatlah perjanjian yg rasmi dengan persetujuan kedua2 family. bila family die dtg, perlulah sediakan juadah yg super istimewa a.k.a majlis bertunang... jadi...

3.suruh saje die dan keluarga dtg rumah suai kenal a.k.a. berbincang apa yg perlu ngn ayah bonda. kalau die sahaja dulu pun xpe. kemudan br family die. ikutlah keselesaan.... a.k.a. merisik..

sekian shj dr kekanda no.2 

**************************************************

W'salam...
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah bagus niat tue..tp harus diingat dinda kan masih menuntut lagi,masih tergalas lagi dibahu dinda tue amanah dan harapan abi ngan umi untuk melihat dinda berjaya di universiti sehingga memiliki kerjaya sendiri..mmg kanda x setuju la kalo dinda nk wat perjanjian dl,hbs kan dl la pengajian dinda tue,nnt blh bantu adik2 yg lain nk msk u plk..



Kalau ada orang lain yg nk mengorat dinda tue biasa la,kan dinda kanda nie sume nya cantik2 dan solehah belaka..semua tue kan ujian dlm menuntut ilmu..kalo btl muslimin tue ingin kan dinda mesti dia sanggup tunggu..ke tepi kan dl permainan jiwa dan perasaan tue..hati manusia nie kan selalu berbolak balik..nnt diri sendiri yg keciwa dan merana.. X yah nk tunang2 nnt kalo muslimin tue dh berkenan dtg je merisik dan terus la nikah..

jangan hampakan perasaan ibu dan ayah,ketepikan dulu perasaan diri sendiri..keredhaan allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah..

                                            ~kanda sulung~

**************************************************

Pertamanya..terima kasih untuk pendapat2 kalian. Kalo ikut kekanda no.2,YEY... kalo ikot kekanda sulung, isk3 T_T. Hehehe. 

Ye ana tau..ayah ngan bonda nk tgk ana kerje dlu. Ada kerjaya sndiri dan bantu keluarga serta bantu kekanda sulung untuk support adik2 belajar. Tapi..seperti yang ana katakan diawal2 dahulu 'Bukan ana merancang untuk kawin dalam masa terdekat ni'. Kalo ikut perancangan ana..ana mmg nk kerja dulu. Baru kawen. Ana da ckp pun kat pihak muslimin masa sesi taaruf. Pihak muslimin pun bersetuju. Tambahan lagi beliau anak sulung dan adik2 dibawahnya semua masih belajar. Dalam pada menunggu,kan elok buat perancangan. Bersedia dari awal.


Faedah yang ana nmpak bila merancang awal, boleh kumpl duit awal2. Xde la dah bertunang baru nk fikir cari duit. Lagi 1..dah boleh plan kerjaya (conth: Ana ngan muslimin tersebut bersetuju untuk settledown kat area lembah klang, so..da bley cari kerja n rumah kat area2 situ after grad. So, xde istilah..dah kerja then berhenti sbb kawen n kne ikut suami. (maaf ye kanda no.2, kalo terasa. Ini realiti).

Disebabkan ana dah berada ditahun akhir, org2 yang mengorat bukan lagi hanya cinta2 monyet. Diorang serius ajak kawen. Dlu pernah ditaaruf oleh seorang ustaz, tp ana da tolak sbb ana rasa muda sgt. Masa tu tahun 2 nk masuk tahun 3. Kawan MRSM ana yang dah habis belajar kat oversea, kerja kat bank pun da mula risik2. Katanya kalo belum ada pape ikatan..dia nk hantar family merisik dan bertunang. Oleh itu, sebelum apa2 berlaku..eloklah kiranya ana kenalkan muslimin tersebut dengan ayah ngan bonda. 


Yup, keredhaan Allah terletak pada keredhaan bonda n ayah. Oleh itu..ana bawa isu ni tuk berbincang. Tapi ye lah. Kalo ayah ngan bonda kata..xperlu dan seperti yang kanda sulung kata. Ana turuti lah. Bantu adik2 masuk U dlu. Fokus pd belajar dan kerja. 

Ok lah. skrg ni musim exam.Doakan ana ye. Ilal liqo wa maassalamah.

**************************************************

nota kaki: ~ terjumpa surat cinta ni, xtahu siapa pemiliknya ^_^ 
                



Thursday, January 19, 2012

saya naik pangkat ^_^




Berkat usaha, doa dan tawakal
Akhirnya impian sy yg kecil ni menjadi kenyataan
Alhamdulillah...
Impian kecil atau saya yg kecil??  =)


Terima kasih yang tak terhingga
terutama kepada kakak pucca saya
yg menjadi perintis penggerak kejayaan saya ini
tanpamu ku tak sampai ke tahap ini.. (terharu tak hehe)




Juga kepada pelanggan2 bertuah saya.. 
Buat mereka2 yang menyokong saya
secara langsung mahupun tidak langsung
jutaan terima kasih diucapkan!!


Kini saya telah NAIK PANGKAT ^_^
Menjadi agen sauna secara rasmi
Nantikan nama dan no fon saya di majalah 
Di ruangan iklan Majalah Keluarga dan Pa&Ma.





~antara produk2 sauna~


Kejayaan ni mungkin kecil bg sebahagian orang
Tapi bagi saya ianya kejayaan yg AMAT BESAR
Saya telah melepasi cabaran ni dengan jayanya
(mencabar diri sendiri)
Alhamdulillah..


Justeru... (sy memang skema, okey)
Ada BERITA BAIK untuk mereka yang ingin tampil SIHAT
atau MENGURUSKAN BADAN dengan bersauna..

v
v
v

"HARGA KASIH SAYANG diteruskan setiap bulan,
tetapi terhad kpd 3 pelanggan terawal shj ^_^


~antara produk sauna~

Untuk membeli/ mendapatkan HARGA KASIH SAYANG
sila hubungi saya melalui facebook mariah_smile

terima kasih ^_^

Friday, January 13, 2012

trick atau tips pakaikan lampin + awet muda

~cantik baby ni punye pampers~



pagi tadi ada baca status seorang kawan di fb
statusnya lebih kurang begini:
ramai orang tak suka gemar memakaikan lampin pada baby
sebab baby asyik nak berguling dan melarikan diri
[betul3x, dalam hati okey ^_^]
tapi saya suka pakaikan baby lampin
sebab boleh main cak cak dengan baby tue


wahaha.. idea yg bernas
drpd marah2 baby yg tak nak dok diam
lebih baik main cak cak
secara tak langsung bagi awet muda pada ibu2




tapi...
die tak de la pulak bagitahu
main cak cak yg macam mane?
fikir sendirilah ye 
selamat beramal!! =)




Thursday, January 12, 2012

125 org wish besday die.. artis ke?


12/01/2012
setakat jam 8.57pm
125 org wish besday die kat fb
ramai tuuu...
camne agaknye die nak reply sume wish tue kan :P




apa2pun,
terima kasih kepada semua yang sudi ringankan tangan wish besday saya
saya amat2 menghargainya
saya bukan artis
saya cuma orang biasa
yang bercita2 luar biasa :P


terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian
secara tak langsung saya tahu ramai yang menyayangi saya
perasan la pulak hehe
terima kasih!!




Sunday, January 1, 2012

Tips mendidik anak di zaman Tablet PC

 
 
"Hendaklah ibu bapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik
sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada zaman ibu bapanya." -kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a
 
 
*fikir2kan, dan selamat beramal menempuh tahun 2012 ^_^
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome