Saturday, January 21, 2012

Buat duit dengan dropshipper?



Dropshipper=Agen=Reseller, ada 2 jenis:

  1. Jual brg dgn harge yg ditetapkan, dpt komisen yg ditetapkan. biasanya komisen rm5 utk 1 brg.

  2. Sukahati dropshipper nak jual harga berapa, yg penting bayar dekat penjual/supplier harge yg die jual. cth: Abi jual syampu rm5. Dropshipper jual pd custmer rm15. Dropshipper dpt untung rm10 slps bayar kat abi rm5. 

Saya lebih suke yg no.1 sbb xda persaingan dr segi harga. fair n square. custmer mestila nk beli brg dgn harge yg plg murah ^_^ (sy juga seorang custmer)



BERHATI2 utk menjadi dropshipper kerana dropshipper lebih banyak kena tipu berbanding customer. Maksudnya penjual/supplier yg menipu dropshipper terutama pada musim perayaan. Lebih banyak di sini bermaksud dari segi wang. Dari segi bilangan, kena buat soal selidik, statistik la pulak, ngeee~~

Alhamdulillah saya xpernah lagi kene tipu, Ada member FB yg kena tipu mase Raya Puasa haritu.. Boleh cek group FB 'kami di sini kamu di sana' 'kami benci penipu...' dll lagi group FB yg menyiarkan on9 seller yg kaki menipu.




Beberapa tips untuk menjadi dropshipper:

  1. Tanya diri sendiri minat nak jual barang apa. ~Baju baby dan kanak2, mainan kanak2, cloth diaper, baju perempuan, handbag, perfume, jam tangan, tudung, kerongsang dll.. Belacan pun dah ade yang jual kat FB taw hehe.

  2. Cuba beli barang tersebut dahulu untuk diri sendiri.
    ~Apabila barang selamat sampai, barulah timbul keyakinan bahawa penjual tersebut tidak menipu.
    ~Dapat melihat rupa barang tersebut sendiri, warna, kualiti dan sebagainya.

  3. Pasa masa ini jika telah timbul perasaan puas hati dengan barang tersebut dan servisnya, apa tunggu lagi? Mendaftarlah sebagai dropshipper dan mulakan perniagaan anda!
~gambar xde kena mengena~


Kebaikan Vs Keburukan dropshipper:

  • Kebaikan
  1. Tak perlu modal permulaan.
  2. Tak perlu simpan stok.
  3. Hanya perlukan internet, laptop dan seumpamanya untuk memulakan bisnes.
  4. Dapat untung tanpa perlu bersusah payah kira stok, packing, pos dll. Orang cakap 'untung atas angin'.

  • Keburukan
  1. Tidak melihat/ mengetahui keadaan barang jualan.
  2. Terpaksa mempercayai supplier dari segi kualiti barang dan pembungkusan.
  3. Customer mencari/memarahi/menyalahkan anda sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan barang, packaging dll.
  4. Perlu menjaga hubungan baik sebagai orang tengah antara customer dengan supplier.


0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome