Friday, June 28, 2013

Proses bersalin tanpa rasa sakit - 9 bulan lebih

Saya dah kongsikan Tips bersalin tanpa rasa sakit di sini <<< klik untuk baca yang perlu diamalkan oleh ibu hamil setelah usia kandungan mencapai 6 bulan. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mempraktikkan tips tersebut. Iaitu semasa proses melahirkan baby!

1. Apabila perut mengeras/ braxton hicks akibat kontraksi bayi menuju laluan lahir (biasa terjadi apabila kandungan 6 bulan ke atas). Amalkan tips tersebut sehingga fokus sakit beralih kepada rasa nyaman berzikir.

2. Apabila kandungan 9 bulan, perut “mengeras” semakin kerap kerana mendekati “bukaan”. Maka seringlah amalkan tips tersebut supaya rileks dengan zikir.

3. Apabila bukaan berlaku, (ibu-ibu biasanya merasa sakit terutama ibu yang kali pertama nak bersalin) amalkan tips tersebut supaya proses bukaan berjalan dengan lembut dan hasilnya sakit itu pelan-pelan hilang beralih kepada nikmatnya berzikir. Ulangi zikir dan arahkan rileks di area pinggul dan jalan lahir sehingga bayi keluar dengan lembut, mudah, lancar, selamat dan terasa lega.

4. Bukaan 1, ketika banyakkan berjalan kaki, apabila terasa sakit di area perut dan pinggang, ibu akan berhenti berjalan. ketika ini, amalkanlah tips tersebut sehingga senaman berjalan lebih lembut dan tenang. Ulangi zikir dan arahkan rileks di area pinggul sehingga bayi akan mudah keluar dan terasa lembut.

5. Bukaan 2,3 hingga 7, ketika ibu berjalan kaki atau melakukan senaman lain, dan ketika muncul rasa sakit, rilekslah dengan tips tersebut sambil berdiri sehinggga perasaan dan otot semuanya terasa rileks dan tidak tegang dan rasa sakit itu bertukar kepada nikmatnya berzikir.

6. Apabila menghampiri saat bersalin (bukaan 7) ibu mungkin telah berada di katil hospital. Rilekslah seperti tips tersebut atau pasangan boleh membantu dengan menbacakan : 5,4,3,2,1 rileks dan zikir “ya Allah… Ya Allah, alhamdulillah sebentar lagi lahir dengan mudah, lancar, selamat, sempurna dan terasa lega”. Ketika terus berzikir, fokuslah pada nikmat nyamannya zikir. Ucapkan “alhamdulillah, ya Allah terima kasih atas anugerah MU yang sebentar lagi akan lahir” Ulang alhamdulillah (beberapa kali) selang seli dengan bercakap pada bayi “anakku, bantu ibu ya…” Dsb.

Ketika ini energi zikir menyelimuti tubuh sehingga terasa rileks dan nyaman. Kemudian rasakan pula energi positif dari ALLAH yang membuat area pinggul dan jalan lahir rileks dan nyaman sehingga bayi dapat keluar dengan lembut, mudah, lancar dan terasa lega.

Apa pun yang terasa di perut itu adalah bentuk respon bayi yang mesti kita syukuri kerena ia sedang bahagia ingin bertemu ibunya, ucapkanlah alhamduillah…terus ucapkan alhamduillah dengan penuh semangat menyambut anugerah daripada Allah.

7. Bukaan 8, 9 dan 10 insyaAllah tidak terasa sakit. Setelah bukaan 10 ibu disuruh untuk meneran, tarik nafas panjang2 dan meneranlah ketika berlaku kontraksi sambil terus berzikir, kerena bayi memiliki daya dorong untuk keluar sendiri sehingga ibu hanya rileks dan membantu dari luar (meneran tanpa bersusah payah/ posisi berdiri dll) 


p/s:  Rahsia daripada seorang ibu yang bersalin 2 kali tanpa rasa sakit, beliau berdoa setiap kali selepas solat seperti ini: "ya Allah mudahkan proses kelahiran bayi kami dan jika ada amal kebaikan yang pernah aku lakukan, ku mohon pahalanya Engkau berikan kepada ku dengan bersalin tanpa rasa sakit".


0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome