Thursday, March 28, 2013

Ujian air kencing di rumah hamil atau tidak?

Uri (placenta) terbentuk apabila janin (embryo) melekat pada rahim. Uri akan mengeluarkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) pada bayi. Hormon ini dapat dikesan dalam air kencing. Oleh itu, alat ujian Urin Pregnancy Test (UPT) sangat popular digunakan untuk mengetahui seseorang wanita itu hamil atau tidak.

Ada 2 penanda pada UPT iaitu Control (C) yang memberitahu ujian air kencing dilakukan dengan betul, dan T (Test) yang memberitahu hasil ujian sama ada positif atau negatif.
Adakalanya hasil ujian menunjukkan jalur yang samar pada T. Ini amat mengelirukan wanita sama ada hamil atau tidak. Rujuklah arahan pada pembalut UPT tersebut. Sebahagian pengeluar UPT hanya menunjukkan satu contoh hasil ujian yang positif iaitu kedua-dua jalur mestilah terang. Manakala sebahagian pengeluar UPT menyediakan dua contoh hasil ujian yang positif, iaitu kedua-dua jalur terang atau satu jalur terang dan satu lagi jalur samar.

Perbezaan ini berlaku kerana alat UPT dikeluarkan oleh pengeluar yang berbeza dan dapat mengesan kepekatan hormon yang berbeza. Ada alat UPT hanya dapat mengesan kepekatan hormon yang tinggi, dan ada alat UPT yang lebih sensitif yang dapat mengesan kepekatan hormon yang rendah.

Buatlah ujian UPT menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun pagi kerana air kencing yang pertama lebih pekat. Air kencing pada waktu tengahari atau petang lebih cair kerana kita telah minum.

Ulanglah ujian UPT selepas seminggu sekiranya anda ragu-ragu sama ada hamil atau tidak kerana selepas seminggu, kepekatan hormon hCG dalam air kencing lebih tinggi dan lebih mudah dikesan.

Apa-apa pun, rujuklah kepada doktor untuk kepastian. Artikel ni saya tulis sendiri dengan merujuk http://drzubaidi.com/blog/

2 000 org yg bertuah:

Unknown said...

Dr. Kalau dh cd51 period x dtg dan upt -ve. Apa perlu sy buat.

Unknown said...

eh, sy bukan doktor hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome