Wednesday, May 18, 2011

MQ : Cabaran 50 Buku : (11) Hijab Sang Pencipta

 
Tajuk buku : Hijab Sang Pencinta
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun Terbitan : Cetakan 4 – 2010
Halaman : 510
Harga : RM19.90/ RM22.90


Kesinambungan novel Cinta Sang Ratu ini masih mengekalkan Saifuddin yang lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan sebagai tunjang penceritaan dengan dibantu oleh Dani dan Haryani.


Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam perjalanan pulang untuk berbakti kepada orang tua di Kampung Punggor, takdir melontarkan Laksamana Sunan ke zaman abad ke 21.


Sukar untuk mempercayai, tetapi keluarga Haryani terpaksa dan harus mempercayainya demi keselamatan Haryani yang menjadi tebusan untuk menghidupkan baka awal Manggala.


Sejarah Islam telah mencatatkan kisah Ashabul Kahfi sebagai renungan dan iktibar serta menguji keimanan manusia. Penceritaan Ramlee Awang Murshid kali ini berjaya mengadaptasikan kisah sejarah Islam ini di era moden.


Syabas diucapkan.

2 000 org yg bertuah:

myamyza said...

jangan lupe dapatkan dua sambungannya, cinta sufi dan sutera bidadari.. semuanya best, suspens, dan tentunya menyerapkan nilai2 kecintaan pada ALLAH yang amat tinggi!

Unknown said...

skang ngah bace cinta sufi.. sambil menyusukan baby sambil baca novel.. sutera bidadari belum ade dlm koleksi.. mmg ketinggaln keretapi sy ni.. thanks bgtaw..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome