Wednesday, December 24, 2014

Kebaikan Mandi Air Sejuk

Siapa tak suka mandi pagi2, lagi2 kalau air tu sejuk? Saya dulu tak suka mandi pagi, sebab sejuk sangat. Kalau mandi pun sebab terpaksa hihi.. Sebenarnya bagus mandi sebelum subuh ni taw. Sangat berkesan utk awet muda.

10 Kebaikan Mandi Air Sejuk
------------------------------------
1. Meningkatkan Imunisasi Badan
2. Melancarkan aliran darah
3. Mengawal suhu badan
4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan
5. Mengurangkan Tekanan Perasaan
6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa
7. Menguatkan Pernafasan.
8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat
9. Meningkatkan Tenaga
10. Meningkatkan Penghasilan Hormon.
11) Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

Tuesday, December 23, 2014

Masalah cepat kuruskan badan

Kalau obesiti macam2 masalah akan datang kan. Masalah kesihatan lah, susah nak cari saiz baju lah. Selalu kena tempah khas sebab teringin nak pakai. Tengok orang pakai cunnn je, tapi tu la kos tinggi nak tempah khas.

Kalau badan gemuk, macam2 masalah kesihatan yang datang. Lutut sakit. Nak beribadah pun susah, nak bersukan apetah lagi. Boleh sakit pinggang jugak sebab span kita dah kurang sebab bawa tekanan pada badan. Lepas tu boleh kena diabetes lah, darah tinggi lah. Hm, macam2.

Sebab tu saya suka cadangkan ambil Herb lax dan alfalfa untuk buang toksin. Lepas buang toksin baru la badan kita senang nak serap nutrien. Boleh ambil Lecithin dan Omegaguard juga untuk bakar dan buang kolestrol tak jahat.

Lepas dah buang segala yang tak perlu barula bina otot pulak. Ada 2 pilihan nak cinch atau ESP. Kalau nk kulit cantik sekali makanlah ESP. Tapi kalau nak lagi cepat kurus kena makan cinch la sebab boleh bakar lemak skali.

Kedua2 ni boleh buat replacement meal. Pagi2 makan ni je tak yah dah cari breakfast. Sama je beli breakfast dan beli ni. Harga lebih kurang je untuk sarapan. ESP dan cinch lagi bagus makan sebab takde kolestrol, boleh pulak bagi kulit kita cantik dan kuruskan badan.

Selain tu, supplement2 ni pun boleh bagi tenaga juga. Takde la melepek letih je bila diet. Kurangla sikit ngantuk masa bekerja tu.

Oh ye, semua yang saya cadangkan ni vitamin bukan sintetic taw. Semuanya semulajadi. Selamat dan tak payah risau kesan sampingan. Husband kawan saya dulu memang berbadan besar. Dalam masa 4 bulan turun 10 kg. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tak putus asa makan vitamin. Apa pun semuanya atas izin Allah. Kita usaha kan. Semoga supplement ni asbab untuk jadi kurus dan cantik.

Husband kawan saya ni makan vitamin seperti berikut:
Pagi:
Cinch satu sudu. Dia makan cinch je waktu pagi.

Tengahhari:
3 Biji lecithin sblm mkn.
3 Biji alfalfa dan 1 Biji omega lepas mkn

Malam:
Sama dgn tgh hari.

Dia mkn lunch nasi dan lauk tp kadar sederhana.

Malam roti wholemeal dgn sayur.

Exercise badminton 3 kali seminggu

Hasilnya dalam masa 4 bulan turun 10 kg. Alhamdulillah. Nak kurus seperti beliau? Jom dapatkan khidmat nasihat saya di 017-3065200. Boleh wassap juge ;)

Monday, December 22, 2014

Petua Merancang Jantina anak perempuan lelaki

Dah ada 2 orang anak perempuan of course la nak anak lelaki pula kan. Tapi lelaki atau perempuan tu Allah yang tentukan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha. Kawan saya setiap tahun mengandung dan keenam-enam orang anaknya lelaki. Sekarang dia mengandung lagi dalam misi berusaha untuk mendapatkan anak perempuan. 
 
Saya nak share perkongsian Petua Merancang Jantina Oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat: Menurut Dr Hamid Arshat, petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya..Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan..

Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan)..

Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan)

Tapi jika sperma yang mengandungi kromosom Y yang bercampur dengan ovum yang merupakan kromosom X maka dari percantuman ini,janin yang terhasil adalah kromosom XY(anak lelaki)

Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama..Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali ,sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki sila ikuti garis panduan berikut:

1.Anda perlu menjauhkan Makanan yang asid seperti buah-buahan limau,nanas,mangga,cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba.. Makanan laut adalah digalakkan,zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan..

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri(ovulation)adalah penting.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas.20 ml.Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan..Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi..

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’,atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki..Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan sila ikuti garis panduan berikut:

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau,asam,nenas,cuka,air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut..

2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid,selang sehari,sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur..

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan..

Pesan Dr Hamid Arshat:

“Kita hanya merancang,Allah swt yang akan menetukan..Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah,dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu”

Walaupun merancang jantina itu daharuskan dalam islam,namun suka untuk saya mengingatkan kepada anda beberapa perkara,seperti berikut:-

1.Jika anda merancang jantina anak tetapi ditakdirkan anda mendapat sebaliknya maka terimalah ketentuan Allah itu dengan redho dan dengan penuh kesyukuran..Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak dan sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat..Anda sangat beruntung kerana masih diberi oleh Allah zuriat.

2.Walaupun Doktor telah memberi petua-petua untuk mendapatkan jantina anak yang anda inginkan tapi ingat Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menentu dan memastikan jantina anak,mereka hanya berkongsi petua atau tips sebagai jalan ikhtiar,yang menentukan jantina adalah Allah..Jangan sampai anda beri’tiqad bahawa Doktor adalah penentu jantina anak yang bakal dilahirkan..Rosak akidah.
 
3.Jika anda telah megambil keputusan memilih(merancang) jantina anak dengan melakukan petua-petua yang Doktor sarankan seperti di atas,ini bermakna kekerapan untuk anda berjima'(bersetubuh) dengan pasangan anda adalah kurang..
Kesan dari kurang melakukan hubungan intim(bersetubuh) kerana ingin merancang jantina ialah:-

-kemungkinan akan berlaku tekanan perasaan dan psikologi kepada anda dan pasangan

-Mengurangkan kebarangkalian untuk si isteri hamil..Oleh itu,daripada merancang jantina lebih baik merancang untuk hamil..

Saturday, December 20, 2014

Diet turun berat badan kurus

Kawan saya haritu beratnya 120kg. Sekarang dah turun 114kg. Alhamdulillah, baru 2 minggu lebih. Katanya kalau nak diet, kita perlu support yang kuat dari family dan orang sekeliling. Ni saya coretkan pengalaman beliau:
Pengalaman saya sendiri, sejak badan makin naik, macam-macam penyakit timbul, datang tanpa dijemput. Mula-mula saya kena bedah untuk WPW Syndrom, suatu penyakit jantung. Kemudian untuk bisul pula (saya boleh tunjuk parut bedah kalau tak percaya). Paling teruk, pernah doktor hampir-hampir nak batalkan pembedahan saya sebab berat badan naik, nasib baik berat saya cukup pada paras maximum.
Sejak dari pembedahan kedua saya tu saya serik dah. Nekad dah nak kurus. Sekarang saya dah amalkan suppliment kurus yang sihat dan penuh zat nutrisi. Selain tu saya dah amalkan pemakanan sihat dan senaman untuk bantu penurunan berat badan dengan sihat.
Selain kurus, suppliment ni juga bantu mencuci toxin dalam badan, yang selama ni duk ganggu kesihatan sampai berat badan naik. Suppliment ni juga bantu membina kembali otot-otot badan dan bekalkan zat-zat nutrisi yang cukup untuk keperluan badan.
Saya sekarang tengah dalam Fasa Platue penurunan berat ni. Platue tu, fasa berat segan nak turun. Ada kaedahnya nak turun. Cuma nak jelaskan, pada masa yang sama boleh nampak perubahan fizikal.

Makan penting taw untuk kurus. Jangan skip makan. Jangan makan banyak. Makan sikit2. Tapi tenghari wajib amek nasi! Kenapa makan penting untuk kurus? Sebab kita nak metabolisma kita stabil. Paling penting, kita kena tahu tentang badan kita. Kadar metabolisma, dan kadar makanan yang kita perlu.

Iya saya juga exercise, sebab nak cepat kurus. Penting exercise sebab saya nak kurus dengan sihat. Bukan kurus semata-mata. Paling penting kena:
1. Elak santan.
2. Elak bergoreng/ minyak
3. Kurangkan manis
4. Kurangkan garam
5. Jangan timbang berat sokmo hihi..

Suppliment/ pemakanan yang saya amek sekarang:

Pagi:
Makan roti wholegrain.
Alfalfa 3 biji
Vita-Lea 1 biji
Zinc complex 1 biji

Minum pagi:
ESP atau roti wholegrain.
Apa-apa yang ringan dalam kuantiti sikit. Untuk kasi kurang terasa nak makan.

Makan tengahari:
Nasi + Lauk + Sayur

Minum petang:
Apa-apa yang ringan dalam kuantiti sikit. Untuk kasi kurang terasa nak makan.

Malam:
ESP atau roti wholegrain.
Apa-apa yang ringan dalam kuantiti sikit. Untuk kasi kurang terasa nak makan.
Alfalfa 3 biji

Dan herb-lax 2 atau 4 biji, 3 kali seminggu.

Nak turunkan berat badan juga? Hubungi saya Mariah_smile 017-3065200.

Friday, December 19, 2014

Kekurangan oksigen dalam darah bahaya tak?

Kalau kurang oksigen dalam darah bahaye tak? Bila kurang oksigen biasanya akan jadi:
-sesak nafas
-gelisah
-sakit kepala &
-tekanan darah tinggi

Kekurangan oksigen dikenali sebagai Hipoksemia (kadar oksigen dalam darah rendah). Biasanya kekurangan oksigen dalam darah disebabkan oleh:
- athma
- gangguan paru-paru &
- kekurangan zat besi

Cara nak tingkatkan oksigen dalam darah antaranya seperti berikut:
-bersenam
-transfusi darah
-supplemen vitalea, oste, ESP, vitamin c dan vitamin e
-kurangkan makanan berlemak
-makan buahan dan sayuran yang kaya dengan calcium, magnesium, vitamin c dan vitamin e.

Mana nak dapatkan supplemen untuk atasi kekurangan oksigen dalam darah seperti vitalea, oste, ESP, vitamin c dan vitamin e tu? Saya ada jual. Boleh pos seluruh Malaysia. Kalau nak ambil sendiri di kawasan Banting atau kawasan UPM Serdang.

Boleh hubungi saya 017-3065200!

Tuesday, December 16, 2014

Petua hilangkan Pedih Mata Terkena Cili

Selalu kalo tumbuk sambal belacan, mata terpercik cili.. pedih oooo. So ape nak buat?

Petua 1: Ambil sejemput garam, letakkan terus ke lidah dan kemam. Rasa pedih mata akan beransur hilang!

Petua 2: Basuh kaki. Kalau mata kanan yg pedih, basuh IBU jari kaki kiri dan kalau mata kiri yang kena, basuh IBU jari kaki kanan. Jangan basuh mata nanti pedihnya merebak.

Petua 3: Paling senang buat, bila mata terkena cili, baca selawat, sapu mata dengan hujung rambut kita sendiri. Gosok 3 kali dengan hujung rambut. Kalau lelaki atau perempuan yang rambut pendek macam mana?

Petua 4: Bila mata terkena cili, ambil kelambu.. Gosok kat mata yang terkena cili tu tadi.. insyaAllah sakit akan berkurangan.

Hm, ada cara untuk elakkan mata terpercik cili.. Antaranya pakai google hihi.. atau pakai topi keledar.. Susah sangat bungkus kepala dengan plastik. Tapi bahaya sikit sebab ada kes kanak2 lemas dalam beg plastik. Memangla bukan kanak2 yang tumbuk cili, tapi apa yang kita buat anak ikut kan.

Boleh juga masa tumbuk lada tu letak sedikit garam. Tapi macam kurang sesuai sebab belacan dah masin kan.. So cuba letak gula masa tumbuk cili. Saya bubuh gula. Prevent is better than cure, right?

Monday, December 15, 2014

Kaitan Roger Barnett dengan Basic H

Siapa kenal Roger Barnett? Roger Barnett ni orang yang sangat penting. Walaupun beliau bukan artis di Malaysia ni, dalam majlis yang beliau hadir mesti beliau dikejar oleh peminat-peminat beliau. Nak selfie lah, autograf lah, nak sembang2 lah dll..

Roger Barnett ni adalah orang yang beli Syarikat Shaklee. Nak tahu tak, beliau beli Shaklee kerana Basic H? Basic H ni antara salah satu sebabnya lah.

Pada suatu masa dahulu, salah seorang anak Roger Barnett alahan alergik detergent. Masa tu la beliau start guna Basic H. Alhamdulillah anak beliau sembuh dari alahan dan beliau terus membeli 1 set produk Get Clean. Kejadian ini menambahkan keyakinan beliau untuk beli syarikat Shaklee.

Kisah yang diceritakan semula oleh en Azmi ni ada dalam youtube.. Dalam Opray Winfrey Show.
Oprah Showcases Shaklee Get Clean: http://youtu.be/IOWmrCGEIhg Roger Barnett muda sangat masa ni.. tengokla. Spencer pun masih kanak-kanak lagi.

Nilah Basic H yang dimaksudkan tu..




Bestkan Basic H ni. 1001 kegunaan. Produk 1st yang saya beli pun Basic H ni la. Setahun baru habis sebotol tu. Jimaaaaatttttt sangat.

Berminat nak cuba? SMS/Wassap 017-3065200 sekarang!

Friday, December 12, 2014

Kuasa tips bisnes berjaya

Saya nak kongsikan 10 kuasa tips bisnes.. Amalkan kesepuluh2 ni insyaAllah mudah mencapai kejayaan. Jom kita amalkan sama2..

1) Kuasa bersyukur.
-Lihat pada apa yang ada barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada nanti kita kufur.

2)Kuasa memberi
-Orang kaya bukanlah terletak kepada berapa figure wang yang dia ada, tetapi orang yang kaya adalah orang yang boleh memberi walaupn sedikit.

3) Kuasa fokus.
-Switch fokus kita segera dan terus maju kehadapan. Hidup ini terlalu singkat untuk melayan emosi semalam. Sedangkan banyak perkara bermanfaat yang kita boleh kongsi untuk ramai orang lain yang memerlukan kita.

4) Kuasa impian
-Antara kunci kejayaan adalah dengan membina impian. Dengan membina impian, seterusnya menulis motivasi & berdoa untuk mencapainya.. tanpa memerlukan wang.

5) Kuasa bertindak
-Your life does not get better by chance, it getd better by change.
-Stop thinking of a million ways of not being able to do something. Start thinking of the 1 way you can do it.
-The best way of learning is by doing.

6) Kuasa karakter.
-Tiada sesiapa dalam dunia ini menghalang kita dari mencapai segala impian kita melainkn diri kita sendiri.
-Stop saying 'i can't'. You can. You just chose not to.

7) Kuasa emosi.
-Setiap sesuatu yang berlaku terutamanya perkara yang kita tidak sukai, menyedihkan atau mengecewakan sebenarnya mempunyai hikmah & pengajaran.

8) Kuasa kerjasama berkumpulan.
-Gagal untuk berkomunikasi adalah salah satu kunci kegagalan dalam memimpin sesebuah organisasi.

9) kuasa sumbangan.
-Nikmat atau rezeki yang berkat adalah yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Contohnya ilmu, bakat, kemahiran & pengalaman.

10) Kuasa sikap.
-Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
-It hurt to run but it pains me so much more to stop.

Sekian sahaja.. tak pasti kawan saya dapat dari mana tips ni. Rasanya dari Datuk Azizan Osman. Yang bermanfaat saya nak kongsikan untuk semua, insyaAllah..

Sunday, December 7, 2014

Petua cara mudah kopek kerang


Sedapnya makan kerang cicah cili kicap!! Tapi kadang2 ada kerang yang susah nak dikopek. Kalau yang susah kopek tu kerang yang besar, usaha jugak banyak kali nak kopek kan.. Saya kopek guna sebelah tangan je, tangan kanan. Cara ni ayah saya yang ajar. So tangan kiri boleh garu2 kalo ada nyamuk gigit ke, kan hihi.

Ada cara mudah taw nak bagi kerang mudah dikopek. Bolehla pilih mana2 cara yang berkenan di hati. Antaranya:


1. Nak mudah terbuka senang je, rebus air sehingga mendidih dulu, kemudian baru letak kerang..cepat la terbukanya kerang nanti.

2. Jangan rebus lama sangat.. masa rebus tengok kerang dah terbuka tu, dah boleh tutup api.. Kalau rebus lama sangat nanti susah nak kopek

3. Semasa hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.



Itu sahaja Petua cara mudah kopek kerang. Boleh la try nanti. Petua mudah2 je ni.

Saturday, December 6, 2014

Petua cara mudah bersihkan kulit kerang

Siapa suka makan kerang? Saya sangat2 suka makan kerang. Dulu kalo makan kerang mesti gatal2 badan macam diserang nyamuk gitu.. Mungkin kerang tu dah tak elok (tapi org lain makan okey je) atau saya yang alergik kerang? Hahaha. Jenuh nak tahan garu. Tu kisah 2 tahun dulu la. Sekarang tak gatal2 dah.

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri tak? Ada sape2 nak jawab? Sebelum ni saya gaul2 ramas2 gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus. Rupa2nya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang. Ni hasil saya facebookwalking, ramai kawan2 share petua. So saya compile kan seperti berikut, bolehla pilih mana2 petua membersihkan kerang yang dirasakan mudah.

 Cara 1:Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. <<< Kalo ada serai la kan. Saya dah tanam serai kat belakang rumah, import dari Ipoh. 3 rimbunan dah.

Cara 2: Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya. <<< Pokok pisang saya tak sempat tinggi, baru tumbuh 2-3 daun dah dihancurkan oleh monyet. Sadissss sangat.

Cara 3: Gaul dengan daun ubi. ramas2kan... bersih jugak. <<< pokok ubi saya senasib dengan pokok pisang huhu.

Cara 4: Guna daun betik pun boleh putih bersih. <<< Pokok betik baru tumbuh sejengkal, tapi tiba2 hilang. Kene kacau dengan monyet jugak kot.
 
Cara 5: Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. <<< Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan kotak je untuk masak.

Cara 6: Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh. <<< Ha, petua ni senang.

Cara 7: Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang. <<< Petua ni pun senang juga.

Cara 8: Rendam asam keping pon boleh...dalam setengah jam gitu... putih bersih kerang. <<< Petua ni saya suka. Nanti boleh cuba.

Cara 9: Rendam kerang guna garam. <<< Petua ni pun senang. Kena beli 2 jenis garam la. Garam halagel untuk masak, garam yg murah2 untuk cuci kerang.

Siap.. Ni je petua cara bersihkan kerang yang kawan2 saya share dalam facebook. Kalau ada petua lain bolehla share di komen entry ni. Nak tahu cara mudah untuk kopek kerang? Nantikan entry seterusnya.

Friday, December 5, 2014

E-book Percuma Petua Berhenti Merokok

Anda seorang perokok? Atau suami anda seorang perokok?
Tak tahu dah bagaimana cara nak bagi berhenti merokok?


Ketahui PETUA BERHENTI MEROKOK DALAM MASA 3 MINGGU. 
Cuba SEHARI shj rokok dah TERASA PAHIT.

Nak tahu caranya?
Mudah je, sila pm Mariah_Smile atau wassap 017-3065200..

Saya akan membantu anda atau orang yang anda sayang BERHENTI MEROKOK!

Rasa macam nak buat E-book Percuma Petua Berhenti Merokok la ;)

Thursday, December 4, 2014

Berhenti merokok atau mati pucuk

Anda merokok dan mempunyai tekanan darah tinggi? Pada masa yang sama anda mempunyai berat badan berlebihan? Pesanan ini khas ditujukan untuk anda!
Ops.. Anda berisiko untuk mati pucuk taw! Mati pucuk tu apa sila google okey? 

Jika anda sayang keluarga anda, sayang orang disekeliling anda, sayang orang yang ambil berat tentang anda, sila lah berusaha untuk berhenti merokok. Mereka bahagia melihat anda sihat sekarang, tetapi mereka akan derita melihat anda sakit 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun yang akan datang disebabkan anda merokok!

Ketahui cara mudah untuk berhenti merokok dalam masa 3 hari shj. Ramai dah cuba dan berjaya ucap bye2 pada rokok. Isteri pun makin sayang. 

Hubungi saya di wassap 017-3065200 sekarang!

Wednesday, December 3, 2014

Perokok tegar berhenti merokok

Merokok boleh menyebabkan kanser kan? Tapi sebenarnya merokok boleh menyebabkan anda menghidap penyakit jantung, paru2 dan pelbagai jenis kanser lagi. Kanser mulut, paru-paru, kanser hati, pankreas rosak dll..

Kesannya bukan esok, tapi selepas 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun anda menghisap rokok. Bukan saya cakap, tapi Surat Khabar ni yang cakap hihi. Bersedia untuk menghidap penyakit2 tu? Kalo tak nak ada penyakit2 tu kena la berhenti merokok kan..
Dah cuba macam2 cara nak berhenti merokok tapi masih merokok? Jangan risau. Saya ada solution untuk masalah anda. Ramai perokok tegar sudah berhenti menghisap rokok dan hidup lebih sihat dan hensem bersama keluarga tersayang!

Hubungi saya wassap 017-3065200 sekarang!
Anda mampu mengubahnya!

Tuesday, December 2, 2014

Perokok tegar berjaya berhenti merokok

Pernah nampak gambar ni? MasyaAllah, gelap dan hitam gambar belah kanan. Gambar belah kiri cantik, bersih je. Macam ni lah gambaran organ paru-paru perokok tegar dan bukan perokok. Ngeri je kan sampai macam tu punya gelap.
Sangat berbeza.. Anda pilih yg mana?
Perokok tegar pun boleh berhenti merokok selepas cuba 1 produk hebat ni.. Bukan seorang je yang berjaya, dah ramai yang berjaya berhenti merokok!

Hubungi Mariah_smile, wassap 017-3065200 utk maklumat lanjut..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome