Saturday, December 6, 2014

Petua cara mudah bersihkan kulit kerang

Siapa suka makan kerang? Saya sangat2 suka makan kerang. Dulu kalo makan kerang mesti gatal2 badan macam diserang nyamuk gitu.. Mungkin kerang tu dah tak elok (tapi org lain makan okey je) atau saya yang alergik kerang? Hahaha. Jenuh nak tahan garu. Tu kisah 2 tahun dulu la. Sekarang tak gatal2 dah.

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri tak? Ada sape2 nak jawab? Sebelum ni saya gaul2 ramas2 gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus. Rupa2nya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang. Ni hasil saya facebookwalking, ramai kawan2 share petua. So saya compile kan seperti berikut, bolehla pilih mana2 petua membersihkan kerang yang dirasakan mudah.

 Cara 1:Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. <<< Kalo ada serai la kan. Saya dah tanam serai kat belakang rumah, import dari Ipoh. 3 rimbunan dah.

Cara 2: Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya. <<< Pokok pisang saya tak sempat tinggi, baru tumbuh 2-3 daun dah dihancurkan oleh monyet. Sadissss sangat.

Cara 3: Gaul dengan daun ubi. ramas2kan... bersih jugak. <<< pokok ubi saya senasib dengan pokok pisang huhu.

Cara 4: Guna daun betik pun boleh putih bersih. <<< Pokok betik baru tumbuh sejengkal, tapi tiba2 hilang. Kene kacau dengan monyet jugak kot.
 
Cara 5: Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. <<< Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan kotak je untuk masak.

Cara 6: Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh. <<< Ha, petua ni senang.

Cara 7: Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang. <<< Petua ni pun senang juga.

Cara 8: Rendam asam keping pon boleh...dalam setengah jam gitu... putih bersih kerang. <<< Petua ni saya suka. Nanti boleh cuba.

Cara 9: Rendam kerang guna garam. <<< Petua ni pun senang. Kena beli 2 jenis garam la. Garam halagel untuk masak, garam yg murah2 untuk cuci kerang.

Siap.. Ni je petua cara bersihkan kerang yang kawan2 saya share dalam facebook. Kalau ada petua lain bolehla share di komen entry ni. Nak tahu cara mudah untuk kopek kerang? Nantikan entry seterusnya.

3 000 org yg bertuah:

QUEENPINK said...

pengkongsian yang menarik :)

Maria Awi said...

nak masak kerang hari ni, terjumpa entry cara basuh kerang.
memang menarik..tq share

Cara Naikkan Hb Ketika Hamil Elak Ibu Dan Bayi Meninggal Ketika Bersalin | Diari Mama

ikarazzi said...

Prkongsian menarik.. Mmg mncari ptua sb bru bli kerang skilo.. Hrp putih bersih lah nnt.. Bru bleh mkn.. Tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome