Thursday, October 3, 2013

KUTU CASH. Jom menabung, boleh beli emas

- Kutu selama 10 bulan.
- Dah join kutu, tak boleh tarik diri kecuali dapat cari pengganti.
- Mesti bayar sebelum 27hb setiap bulan.
- Mesti jujur dan takut dgn azab Allah kalau menipu.
- Apabila sampai turn, saya berikan anda duit cash selepas semua peserta membuat bayaran.
- Kemudian anda boleh mula membeli Rantai Tangan 916 kami.
- Harga Rantai Tangan 916 kami adalah HARGA TETAP selama 10 bulan walaupun Harga emas naik atau turun.

GROUP A: RM137 x 10 bulan = RM 1370 CASH.
GROUP B: RM106 x 10 bulan = RM 1060 CASH.
GROUP C:  RM56 X 10 BULAN = RM 560 CASH.
GROUP D: RM128 X 10 BULAN = RM 1280 CASH.
GROUP E: RM127 X 10 BULAN = RM 1270 CASH.



HARGA RANTAI TANGANRantai Tangan A : Berat : 6.10g -6.20g
Panjang : 16-18cm
Harga : RM 1370

Rantai Tangan B : Berat : 4.0g -4.1g
Panjang : 16-18cm
Harga : RM 1060

Rantai Tangan C : Berat : 2.0 - 2.1g
Panjang : 16-18cm
Harga : RM 560

Rantai Tangan D : Berat 5.6- 5.7g
Panjang : 16-18cm
Harga : RM 1280

Rantai Tangan E : Berat 5.5-5.6g
Panjang : 16-18cm
Harga : RM 1270

Berikan DETAIL anda seperti berikut:
- NAMA PENUH
- NAMA FB
- ALAMAT
- HP NO
- EMEL
- IC NO
- NO ACC
- NAMA TEMPAT KERJA
- JAWATAN
- NO TEL PEJABAT
- NAMA PENUH SUAMI
- NAMA FB SUAMI
- HP NO SUAMI
- EMEL SUAMI
- IC NO SUAMI

*Detail hanya utk simpanan & rujukan demi keselamatan shj.




Jom join kutu ni
Boleh ke FB Mariah_Smile Store/ Wassap 017-3065200

Tuesday, September 3, 2013

Monday, September 2, 2013

Posisi natural gentle birth

Ini ialah posisi-posisi kelahiran yang sepatutnya diamalkan. Terlalu banyak manfaat kepada ibu dan baby tetapi agak menyusahkan bagi doktor dan staf *mungkin* :D


Selain memudahkan bayi untuk keluar kerana disokong oleh graviti, posisi ini juga mengelakkan koyakan pada perinium! Manfaat lain ialah ibu kurang merasa sakit berbanding posisi baring. Another picture yang lebih jelas...
Gambar ini lebih jelas kan.. 
Okey, gambar di bawah juga posisi untuk melahirkan.
Tapi yang spesialnya gambar ini ADA DITAMPAL di klinik kesihatan dan hospital,
tapi tak diamalkan di hospital semasa ibu nak bersalin pun?
Ibu hanya disuruh baring atas katil..


Selepas ibu baring diam2.... proses pun bermula..
pasang tali pinggang (CTG) yang amat tidak selesa pada perut ibu
seluk tuttut cek bukaan,
pecahkan air ketuban,
masukkan ubat keluarkan najis,
pasang salur utk kencing,
cukurkan tuttut
gunting tuttut (episotomy)
potong tali pusat sebelum uri keluar
cucuk ubat kecutkan rahim selepas baby keluar
jahit tuttut selepas uri keluar dll
*semua prosedur yang tak perlu sangat ni sukar dilakukan kalau ibu buat posisi mcm dlm gambar*

Monday, August 26, 2013

natural gentle birth video

Video-video kelahiran ini perlu dilihat (setiap hari 1 video) untuk keep mind for natural gentle birth.

- The classic french lady laughing like mad while birthing: http://www.youtube.com/watch?v=lG6o6DaNAmM&oref=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DlG6o6DaNAmM&has_verified=1

- Husband and kids malay: http://www.youtube.com/watch?v=kuxB6k6d3TI
- hug kiss with hubby: https://www.facebook.com/photo.php?v=10152877388075525
- with hubby n 2 kids: http://www.youtube.com/watch?v=acSnVic8qfg
- cute lady: http://www.youtube.com/watch?v=nnVuIwRX7V0
- chinese lady waterbirth: http://vimeo.com/44227035
- kyla waterbirth: http://obsessedmommasophie.weebly.com/1/post/2013/06/part-5-if-a-picture-is-worth-a-thousand-words-then-is-a-video-worth-a-million.html
- gentle birth at hospital: http://www.youtube.com/watch?v=3c7bMQgyndM
- home waterbirth: http://www.youtube.com/watch?v=SabJF7y9TWE
- one born: http://www.youtube.com/watch?v=TbtK5GNFaQE&feature=youtu.be
- birth near river: http://www.youtube.com/watch?v=EsNhCWsDVQI

Breath in and breath out semasa bersalin

Contraction (lebih sedap panggil surge ^^) setiap ibu adalah berlainan. Jika mahukan natural birthing, deep breathing and relaxation adalah amat perlu dan WAJIB diamalkan sebelum bersalin. Teknik pernafasan amat2 membantu semasa surge. Kalau kita bertenang inshaAllah baby akan dpt cukup oksigen.

Just breath and ride the surge. Tak perlu tgk jam atau asyik timing, nanti tension. Breathe , breathe and BREATHE!... deep and hard, mouth partially closed n smile :) DONT FIGHT THE PAIN nanti lg susah jln nk bukak. Kendurkan otot2 bahu dan rahang/ muka. jgn genggam tgn atau ketap gigi menahan sakit. Bila bdn kita loose and relax baru jln akan membuka, dan surge akan jadi lbh efektif dlm membuka jln.

Relax mouth and jaw = open cervix. sbb mulut atas dan bawah berkait rapat. Surge breathing membuatkan kita rasa khayal, tak berasa sangat sakitnya seperti kita berada di alam lain. That's the endorphins working  Beta endorphins are dubbed the 'feel good' hormone - anything that makes us feel good ---> relaxation , laughter , sex , exercise , dark chocolate ! and many more - when we are relaxed and calm we release these hormones that are said to be 200 x more powerful than morphine  -- in fact endorphin is a mixture of two words = 'endogenous' which means naturally occurring in our body ; and morphine.

Antara teknik pernafasan yang dikongsikan:

Cara 1: dikongsikan oleh kak Khadeejah Hasmad.
Amalkan surge breathing sekerap yg mungkin. Kalau nak mudah, practice masa bangun tidur dan selepas bangun tidur.
1. ambil nafas sampai kiraan sekurang- kurangnya 30
2. praktis ambil nafas kiraan 30, pada selang 5 saat
3. praktis ambil nafas kiraan 30, pada selang 5 saat, selama at least 1 jam

Bila start kiraan, saye visualise saye naik hot air balloon. Yg belon panas tu. Untuk sampai ke puncak langit, saye bayangkan saye kene lalu beberapa pit stop.
saye set kan ada 5 pit stop. Sambil ambil nafas, saya bayangkan, dan buat script dalam kepala:
"Ok, dah sampai pit stop #1, ok # 2. Ok sikit je lagi, dah sampai #3, naik sikit lagi. Ok dah #4. Ok sikit aje lagi tak jauh dah. Yeay, alhamdulillah dah sampai #5!! Jom2 makan minum jom, ni semua sedap ni "

Tapi yang tu dapat sampai kiraan 20 je. so untuk panjangkan lagi masa saya boleh ambil nafas,saye tambah visualisation

Saye bayangkan dan baca dalam hati birth affirmation yg dalam youtube video tu. Sambil bayang gambar2 yg cantik2 tu. Sambil ayat 'time is irrelevant in birthing' berkumandang kat telinga. ayat ni selalu diulang2 oleh member group HUBM, jadi dah melekat dlm kepala. youtube video yg sy guna kali ni: https://www.youtube.com/watch?v=XSXc-a_AH2k&list=PLp66MaTgKP3n4CofxhGNbZvhaboOVCkmc&index=3&feature=plpp_video

tp ni cara saya. cara org lain mungkin berbeza. bila sy buat sambil bygkan video dan imagine lagu (sy tak pasang background lagu masa ambil nafas sbb saye jenis kena senyap utk focus)-- sy perasan, tubuh saya mula bergoyang2 nak buat ala2 tarian gelek  dan bila sy follow cue tubuh saya.., saya boleh ambil nafas dgn lebih panjang. subhanallah.. cari cara yg serasi, dan kemudian just follow your body

lagi satu paling penting, dont think too much of counting & mechanism. So, mase saye praktis kali ni, saye tak kira. TAPI minta tolong hubby kira. saye cubit hubby  sebagai tanda start. nanti dh nak stop sign nya adalah cubit skali lagi.

ok, saye cubit hubby sikit. then, saye start imagine. ni imagination sy. works for me, tak sure utk org lain. mase saye imagine, saye tak kira langsung i was in my own fantasy world. sy bayangkan saye naik hot air balloon, langit yg cantik. dan kat pit stop #1, ada kawan tgh tunggu. diorang lambai kat sy. then sy imagine, tanpa kira, ok, dah pit stop #1. dan sama juga utk pit stop nombor lain. sy tak kira langsung. sy dlm alam lain  bila singgah kat pit stop, sy imagine tgh happy2, makan2 sikit, then go on to other pit stop. saya buat imagination sendiri utk keep myself going. perkataan yg berguna utk sy 'sikit je lagi'. kawan kat pit stop #1 akan ckp, 'sikit je lagi nak sampai #2' that works for me, but i believe, lain org, berbeza.

utk dpt effect yg lebih baik mase visualise hot air balloon, sy search video hot air balloon, jumpa sini https://www.youtube.com/watch?v=MQIszo4A74s&list=PLp66MaTgKP3n4CofxhGNbZvhaboOVCkmc&index=8&feature=plpp_video
masa imagine singgah kat pit stop, sy x pause ambil nafas, i just keep on breathing in. when you breathe in, you fill your tummy with air. So to know if you are doing right, see if your tummy is getting bigger or not when you breathe in. boleh refer video ini: http://www.youtube.com/watch?v=5TRnHcdQE6E

For practicing surge breathing: (personally i need lots of practice)

1. find a PARTNER. let the partner do the counting. please dont count by yourselves. for me, i want to sink in my own world. if i do the counting while breathing in, i cant go further...

later, when the real surge come, you will be intuitive to just follow the surges' cue. but for practice, i would really need a partner

2. practice in RELAX environment. for me, its best to practice before we go to sleep. for me, I would focus best in quiet environment, without any need to cook lunch, do laundry, etc. but its fine if my toddler make a little noise. 

because for labor itself, i personally need privacy and relaxing environment, at least from what i experienced from my first childbirth. stress/ hassle/ urgency make no good to me during labor 

during practice, i close my eyes, pinch my hubby so that he's aware to start counting, then breath in & start visualising- just relax and fly in my own world

some people, they would need slow background music, or adang2 perlukan org lain utk assist in visualisation, i.e, instruct loudly the script "ok, sekarang awk dah naik, now, imagine...." but i am the type who need to stay quiet, and visualise, and just sink in my imagination

3. I make sure before I practice, I WATCH/LISTEN to the positive birth affirmation youtube video, at least 3 times. so that all the sound and words are blended into my subconcsious mind. so that, when i start to practice, thats all that come into my mind.

10-20-30 is mental counting. not minutes  
it is normal if at first practice, you got 10 or below counts. keep on practicing 

Cara 2: Hypnobirth breathing dikongsikan oleh http://raisingdarlings.blogspot.com/2012/08/during-labor-hypnobirth-breathing.html?m=1
1- the relaxation breathing. This is used, well, as the name recommends, to relax. Aside from when contraction hits, or delivering the baby, this type of breathing is to be used at all times.And best of all, this can be used well after labor. In your everyday life, when you are tensed, feel that temper raising, horrible bowel movement while waiting for your loo turn (heheheheh), use this technique
Technique : breathe in through the nose while quietly counting from one to seven (macam kira satu saat, dua saat tiga saat), then breathe out through the nose again, while quietly counting from one to seven. the key here is to focus on the counting. This helps distract you from the pain.

2- while having contraction. Once you feel a contraction coming,use this breathing. It's a very slow breathing, and requires practise. It is best to practise 4 weeks before your EDD.
Technique : breathe in through your nose, while quietly counting from one to eight, the VERY, VERY SLOWLY release (breathe out) while quietly counting from one to TWENTY. When I first started, by the fourteen count dah habis dah breathe out semua udara. hahaha that's why one must practise this technique earlier. But, do not cheat and hold your breath semata2 nak sampaikan kiraan 20 tu. you must slowly release the air. This technique makes your body totally relax n lembut, so you will not clench or keraskan your body when contraction comes. Bila badan keras contraction becomes even more painful. So dont grab that bed railing (or your husband's arm ahahha), instead lembutkan badan and relax, slowly breathe sampai contraction passed.
Birth partner/husband's role : husband's can play their part in this technique. Discuss with your husband what signal to use to show you're having contraction. Cuit tgn ke, tepuk tilam ke.so he will know what you are experiencing at the moment. try not to talk, because this takes your energy and distract your concentration. Husbands can then help by counting 1-8, then 1-20, to help you to stay focus and back on track. Having assistance like this help prevent you from 'losing it'

Cara 3: Do deep breathing - tarik nafas dalam2, see your tummy menaik, bygkan u hantar oksigen tu kpd baby and then hembuskan perlahan2 keluar dr bibir yg sedikit terbuka. Sambil tu tenangkn fikiran, bygkan yg indah2 when u will finally meet ur baby.

Cara 4: Info dari kelas yoga utk antenatal; amik nafas dalam kiraan 3-4 dan lepaskan dalam kiraan lima (atau lebih)...so masa surge tu lepaskan nafas perlahan2

Cara 5: bila kita tarik nafas lbh pendek drpd kita hembus nafas..pastikan hembus nafas tu lebih pjg..kiranya masa tarik nafas tu guna perkataan 're'..dan apabila hembuskan nafas guna perkataan 'lakksssss'

Cara 6: ambil nafas melalui hidung, keluarkan HAH melalui mulut perlahan2. 

BREATH OUT
Sebagai ganti amalan push atau meneran baby keluar. Manfaatnya supaya tak berlaku koyakan pada perinium. Tak koyak maka tak perlu jahit. Kalau koyak pun sikit je dan cepat baik. Berbanding episotomy yang sah2 perlu dijahit.. kan?

Cara 1: Breath in kejap, then breath out reaaallllly hard! Bukan teran ya. Let loose your jaw, let your body loose. Even tangan pun tak boleh genggam. Kalau kita dok ketap bibir, genggam tangan, nanti muscle yang bekerja untuk keluarkan baby pun akan jd keras dan proses baby lahir akan jd lambat.

Cara 2: J Breathing. Work with your body. cari tempat yg selesa dan praktis.
Take a nice deep breath melalui hidung dan lepaskan panjang dan perlahan-lahan yg boleh melalui mulut. bayangkan nafas dan baby keluar ke bawah dan ke atas seperti huruf J. Juga bayangkan vagina seperti kelopak bunga yang indah terbuka perlahan-lahan, dan baby keluar melalui tengah kelopak bunga tersebut. Pastikan rahang mulut dan bahu dlm keadaan relax.
http://www.youtube.com/watch?v=Yl6dcMtquhc

Cara 3: In hypnobirth, you are recommended to breathe out the baby, and not use your might to push out. But, best follow your doctor since I am not a liscenced hypnobirth trainer. Still, I shall share the method anyway.
Technique : breathe in while quietly (dalam hati) counting from one to seven. Then breathe out quickly as if you are breathing the baby out. This also requires practise, and best part is, the only almost real situation when you can practise is when pooping. hehehhe infact, when you are done delivering the baby, this technique can still be used everytime you poop! hahahah! When you are on the toilet seat feeling an urge to pass motion, breathe in counts of eight, then breathe down! this way, your body is relaxed and not stiff/clenched, so passing is easier. http://raisingdarlings.blogspot.com/2012/08/during-labor-hypnobirth-breathing.html?m=1

Good luck!




Thursday, August 22, 2013

Tanda-tanda Scar rupture/ uterine rupture

Dalam kata lain, rahim pecah/ koyakan pada parut czer/ dinding rahim. Sharing dari kak Mazneera Zainal:

Rahim pecah which could happen especially on the scar, could be on other spot on the womb. Dont worry, the risk of rupture is less than 1% in vbac moms. You have 99% chances of NOT RUPTURING.

  • is the contraction painful, mcm kena pisau?
  • do you feel pain in between contraction (not only during)?
  • is the blood keep coming out and looks like fresh blood?
  • is your tummy feels cold?

If YES, then do go to hospital immediately. This could be the sign uterine rupture.

Sharing dari kak Sofia Azyze:
Tanda-tanda scar/ uterine rupture (koyakan pada parut cser/dinding rahim):

1. Sakit yang amat macam kena hiris dgn pisau IN BETWEEN contractions.
2. Some people alami bleeding, tapi some people takde bleeding sebab baby dah block rupture site tu, so bleeding kat dalam je.
3. Contraction slow down, jarak antara 2 contractions makin jauh dan semakin lemah.
4. Bila rahim terkoyak dan baby dah terkeluar dari rahim, kita boleh tengok juga bentuk perut berubah, dah tak membulat, lonjong ke kanan atau kiri, sebab posisi baby dah berubah.

Scar rupture boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan, sebab bila koyakan berlaku, baby mungkin terkeluar dari rahim, dan placenta juga boleh tertanggal dari rahim menyebabkan bekalan oksigen kepada bayi terputus. Dalam sesetengah kes, uterine rupture juga menyebabkan kematian ibu akibat dari pelbagai komplikasi.

That's why when you are attempting vbac, it is important to observe in between contractions. Listen to your body. Kalau ada something not right, you will know. If you are staying at home during labour, watch out for the signs. Kalau ada sakit2 macam kat atas, cepat-cepat pergi hospital.

Apa beza sakit scar dengan contraction? 
- Sakit scar lain rasanya. Sakitnya tajam memanjang berterusan, tak henti2.
- Kalau contraction, sakit setiap beberapa minit, tak berterusan. 

Bersalin kat mana2 pun boleh, just remember; the risk of rupture is less than 1% in vbac moms. You have 99% chances of NOT RUPTURING and please observe in between contractions.

Wednesday, August 21, 2013

Our beautiful birth plan. Jadi kenyataan tak?

Husband bercadang untuk saya bersalin di SALAM Medical Centre kali ini.. lagi 2 minggu appointmentnya insyaAllah. Setelah menggoogle, doktor yang menyambut kelahiran adalah doktor perempuan. Doktor pengganti pun perempuan, alhamdulillah.

Tapi rasanya doktor tu tak akan terima birth plan saya yang teramat demand ni. Hasil menggugel, beberapa ibu menceritakan pengalaman bersalin di situ dengan kaki diangkat a.k.a digantung? Oh tidak.. Tak boleh terima cara bersalin macam tu huhu.

Whatever pun, saya tetap akan bincangkan birth plan ni dengan doktor tu. Dan berdoa semoga Allah lembutkan hati doktor yang baik hati tu untuk membantu saya bersalin dengan mudah dan tanpa rasa sakit. Amiiiinnn..

BIRTH PLAN

Name:

We have chosen the 
natural childbirth without unnecessary interventions/ the use of drugs. We understand that these choices presume a normal pregnancy and birth. Should there be a medical emergency, we will give our full cooperation after we have had an opportunity for clear and adequate explanation. We would appreciate it if….. 
During 1st Stage Labor
ENVIRONMENT
·         Quiet & private room, dimmed lights
·         Drawn drapes/ closed door at all times
·         Min. staff (1 or 2) are present at any one time
·         Staff knock before entering
·         Play own music tapes
PAIN RELIEF OPTIONS
·         No suggestion of anesthetic/ analgesics unless requested

FETAL MONITORING
·       No continuous EFM unless medically necessary. If it needs to be done – prefer to use a Fetal Doppler

MOBILITY
·         Freedom to change positions for comfort & progress in labor
·         Freedom to walk & move or use birthing ball
·         Allowed to maintain energy level by eating and drinking and relaxing

VAGINAL EXAMINATION (VE)
·   Not to have ANY VE unless absolutely necessary – with permission – to avoid premature release of membranes

INDUCTION/ AUGMENTATION
·         If baby and mother are well, lets baby decide his/ her own due date- pregnancy reach the end of term at 42 weeks
·         Natural oxytocin stimulation – nipple/ clitoral stimulation – and to be accorded the uninterrupted privacy to do so
·         No Pitocin/ amniotomy without discussion
·  To be fully apprised & consulted before introduction of any medical procedure

During 2nd Stage Labor
During 3rd Stage Labor
PUSHING TECHNIQUES
·         Allow to birth in ANY position mother feel comfortable that will least likely require an episiotomy– all fours/ upright/ leaning etc
·         Gentle encouragement during final pushing stage without loud “pushing”
·       Give mother time to breath out baby naturally - no pushing to prevent tear

PLACENTA DELIVERY
·         Spontaneous or encouraged with breast stimulation and nursing baby (breastfeeding)
·         No routine Syntocinon injection, cord traction, Pitocin or manual removal of placenta unless there is evidence of excessive postpartum bleeding

PERINEUM
·         Not to have an episiotomy. Pressure episiotomy only if necessary with permission
·  Local anesthesia for repair of tears/ episiotomy

FOR BABY (PAEDS)
·         Air-cond temporarily turn down/ switch off
·         Allow vernix to be absorbed into baby’s skin; delay cleaning/ rubbing
·         Baby to remain with mother & father for the 1st hour after birth (bath, weighing, measuring etc can be done after this)
·         Breastfeeding only. Strictly no bottle, formula or pacifier
·         The father will follow wherever the baby goes to after birth

BIRTH
·         Allow father to ‘catch’ baby and to hold baby immediately after the birth
·         Use of suction device rather than forceps if medically necessary
·         Delay Cord clamping – wait until cord stops pulsating to allow baby to receive the valuable blood and iron stores. Father will cut the cord.
·         Immediate skin-to-skin contact with baby on mother’s stomach/ chest. No wrapping of baby.
·         Privacy for father, baby and mother immediately after the birth for at least an hour

IF CAESAREAN BECOME NECESSARY
·         For discussion to be respectful and minimal - only what is required medically and to inform us of what is happening
·         Unless prevented by medical emergency, baby have to be placed on mother’s chest while you complete the procedure
·         To be sure that a double layer suture is used and not a single layer in order to improve mother’s chances for a future VBA2C
·         For the cord to stop pulsating before clamping for reasons mentioned
·         Allow vernix to be absorbed into baby’s skin; delay cleaning/ rubbing
·         The opportunity to breastfeed baby in recovery

Thank you in advance for your patience and understanding to support our choices in anticipation of a beautiful and natural birth. Please sign our birth plan in good faith that it has been read, will be treated respectfully and that we have your support in all of the above.


........................................                                                                        .........................................
(Doctor chop & sign)                                                                           (Parents)
Date:

Tuesday, August 20, 2013

Proses kelahiran secara Semulajadi

Menurut Rezagunawan dalam Talkshow Gentle Birth bahagian 1 dan 2:
  • Proses Kelahiran tak boleh dipaksa, seperti kencing dan berak. Kita akan kencing dan berak apabila tiba waktunya. Kencing dan berak tak boleh ditetapkan berapa kali sehari, bila sepatutnya keluar dan tak boleh diberi ubat untuk mempercepatkannya keluar kerana merupakan proses semulajadi yang jika diberi ubat, akan berlaku komplikasi. Melainkan mereka yang tidak normal atau mempunyai masalah kesihatan. Begitu juga halnya dengan proses kelahiran.
  • Watak utama dalam proses kelahiran ialah bayi. Bayi akan keluar dengan caranya tersendiri. Ibu hanya boleh membantu bayi dengan mendapat sokongan bapa, seterusnya sokongan bidan atau doktor.
  • Hypnobrthing dapat membantu kelahiran dengan :
  1. Membawa fikiran bawah sedar ke arah situasi yang rileks.
  2. Mengurangkan atau menghilangkan sakit bersalin.
  3. Menghubungkan ikatan ibu dan janin sehingga janin yang memberi petunjuk mahu makan apa, bila mahu dilahirkan, bagaimana mahu keluar (tak perlu meneran, bayi akan keluar sendiri), cara kelahiran, bantuan yang diperlukan dll. Di sini pentingnya komunikasi ibu dengan janin semasa hamil.
  4. tiada...... point no 4 saya tak jumpa hihi
  • Water birth merupakan salah satu idea untuk mengurangkan kesakitan.
  • Antara kelebihan homebirth:
  1. Ibu amat pakar atau familiar dengan suasana rumah seperti susun atur barang.
  2. Badan ibu sudah imun dengan kuman yang ada di rumah berbanding di tempat lain seperti hospital.
  3. Mengelakkan hormon oxytoxin yang diperlukan dalam membantu proses kelahiran berdepan dengan 4 musuh utama iaitu suasana terang, dingin, takut dan merasa sering dilihat oleh orang lain. 
  • Antara kebaikan hypnobirthing:
  1. Tiada koyakan pada perinium.
  2. Tiada episotomy.
  3. Bayi tidak mengalami kuning iaitu jaundis
Nak dengar atau lihat sendiri Talkshow Gentle Birth bahagian 1 dan 2 ini? Boleh cari di youtube ye hihi..

Friday, June 28, 2013

Proses bersalin tanpa rasa sakit - 9 bulan lebih

Saya dah kongsikan Tips bersalin tanpa rasa sakit di sini <<< klik untuk baca yang perlu diamalkan oleh ibu hamil setelah usia kandungan mencapai 6 bulan. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mempraktikkan tips tersebut. Iaitu semasa proses melahirkan baby!

1. Apabila perut mengeras/ braxton hicks akibat kontraksi bayi menuju laluan lahir (biasa terjadi apabila kandungan 6 bulan ke atas). Amalkan tips tersebut sehingga fokus sakit beralih kepada rasa nyaman berzikir.

2. Apabila kandungan 9 bulan, perut “mengeras” semakin kerap kerana mendekati “bukaan”. Maka seringlah amalkan tips tersebut supaya rileks dengan zikir.

3. Apabila bukaan berlaku, (ibu-ibu biasanya merasa sakit terutama ibu yang kali pertama nak bersalin) amalkan tips tersebut supaya proses bukaan berjalan dengan lembut dan hasilnya sakit itu pelan-pelan hilang beralih kepada nikmatnya berzikir. Ulangi zikir dan arahkan rileks di area pinggul dan jalan lahir sehingga bayi keluar dengan lembut, mudah, lancar, selamat dan terasa lega.

4. Bukaan 1, ketika banyakkan berjalan kaki, apabila terasa sakit di area perut dan pinggang, ibu akan berhenti berjalan. ketika ini, amalkanlah tips tersebut sehingga senaman berjalan lebih lembut dan tenang. Ulangi zikir dan arahkan rileks di area pinggul sehingga bayi akan mudah keluar dan terasa lembut.

5. Bukaan 2,3 hingga 7, ketika ibu berjalan kaki atau melakukan senaman lain, dan ketika muncul rasa sakit, rilekslah dengan tips tersebut sambil berdiri sehinggga perasaan dan otot semuanya terasa rileks dan tidak tegang dan rasa sakit itu bertukar kepada nikmatnya berzikir.

6. Apabila menghampiri saat bersalin (bukaan 7) ibu mungkin telah berada di katil hospital. Rilekslah seperti tips tersebut atau pasangan boleh membantu dengan menbacakan : 5,4,3,2,1 rileks dan zikir “ya Allah… Ya Allah, alhamdulillah sebentar lagi lahir dengan mudah, lancar, selamat, sempurna dan terasa lega”. Ketika terus berzikir, fokuslah pada nikmat nyamannya zikir. Ucapkan “alhamdulillah, ya Allah terima kasih atas anugerah MU yang sebentar lagi akan lahir” Ulang alhamdulillah (beberapa kali) selang seli dengan bercakap pada bayi “anakku, bantu ibu ya…” Dsb.

Ketika ini energi zikir menyelimuti tubuh sehingga terasa rileks dan nyaman. Kemudian rasakan pula energi positif dari ALLAH yang membuat area pinggul dan jalan lahir rileks dan nyaman sehingga bayi dapat keluar dengan lembut, mudah, lancar dan terasa lega.

Apa pun yang terasa di perut itu adalah bentuk respon bayi yang mesti kita syukuri kerena ia sedang bahagia ingin bertemu ibunya, ucapkanlah alhamduillah…terus ucapkan alhamduillah dengan penuh semangat menyambut anugerah daripada Allah.

7. Bukaan 8, 9 dan 10 insyaAllah tidak terasa sakit. Setelah bukaan 10 ibu disuruh untuk meneran, tarik nafas panjang2 dan meneranlah ketika berlaku kontraksi sambil terus berzikir, kerena bayi memiliki daya dorong untuk keluar sendiri sehingga ibu hanya rileks dan membantu dari luar (meneran tanpa bersusah payah/ posisi berdiri dll) 


p/s:  Rahsia daripada seorang ibu yang bersalin 2 kali tanpa rasa sakit, beliau berdoa setiap kali selepas solat seperti ini: "ya Allah mudahkan proses kelahiran bayi kami dan jika ada amal kebaikan yang pernah aku lakukan, ku mohon pahalanya Engkau berikan kepada ku dengan bersalin tanpa rasa sakit".


Thursday, June 27, 2013

Tips bersalin tanpa rasa sakit - 6 bulan pregnant

Boleh ke bersalin tanpa rasa sakit? Jawapannya ada cara dan ilmunya yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Belum cuba belum tahu kan. Dah tahu kenalah berkongsi..

Ini adalah perkongsian dari Chudzil Chikmat selepas dipraktikkan oleh isteri beliau. Menurut beliau, antara penyebab kesakitan seorang wanita ketika bersalin ialah stress yang berpunca daripada:

- Mindset bahwa bersalin itu sakit: ini keyakinan yang diberitahu oleh ibunya, bidan dan hampir semua wanita.
- Keyakinan yang salah: sakit itu yang dicari, kalau tak sakit bukan bersalin namanya.
- stress yang menyebabkan tubuh, area pinggul dan semua organ tegang dan akhirnya menyebabkan sakit yg bersangatan ketika proses bukaan pertama dan seterusnya hingga “meneran”.
- Perasaan “tidak menerima” ketentuan sebagai wanita yang harus hamil.
- Rasa takut yang bersangatan: sehingga fisiologi tubuh mengalami ketakutan dan menyebabkan area pinggul dan laluan bayi keluar menjadi sempit. Sedangkan bayi mempunyai daya dorong sendiri untuk keluar dari rahim. Inilah punca ibu mengalami rasa sakit yang bersangatan.
- Dan lain-lain.

Menurut beliau lagi, sebelum bersalin, ibu perlu membuat persiapan dari segi mental dan fizikal. Secara fizikalnya, ibu mestilah sihat dan kuat untuk proses bersalin seperti:

- Banyakkan berjalan kaki, untuk melemaskan dan mengendorkan otot2 area pinggul.
- Ambil minuman bergizi seperti pati kurma dan madu untuk kelancaran susu ibu.
- Mengikuti saranan doktor (minum vitamin yang diberikan)
- Minum AIR ZAM2 dan berdoa agar dimudahkan.
- Dan lain2 petua yang berkaitan dalam melancarkan proses bersalin.


Persiapan mental ibu bersalin adalah yang paling penting kerana boleh merubah rasa sakit kepada rasa tenang, nyaman dan kesyukuran seperti pengalaman isteri Chudzil Chikmat. 
"saat bukaan 1 hingga 7 isteri tidak mengeluh kesakitan seperti ibu-ibu yang lain, malahan bukaan 8, 9 dan 10 isteri tak terasa sakit, yang ada adalah rasa nyaman, tenang, syukur, dan ketika meneran pun biasa sahaja. Malah seloroh isteri ketika baby lahir “lho sudah… begini aja”. Menurut isteri, walaupun tetap ada rasa sakit tapi tak seberapa dan nyaris tak ada."

Antara cara persiapan mental ibu bersalin ialah:

1. Rileks dengan muzik/ aromatherapy untuk mengkendurkan fikiran, tubuh dan mengurangi stress. Caranya ialah:
- Dengar muzik yang lembut. Cari tempat nyaman, posisi tubuh seperti tidur atau duduk rileks seperti di kerusi goyang, sambil mendengarkan muzik pejamkan mata perlahan-lahan, tarik nafas dan hembuskan dengan normal, kendurkan semua anggota tubuh, perintahkan untuk rileks pada kulit kepala, wajah, leher, dada, punggung, kedua tangan otot-otot perut, pinggul, kedua paha hingga kedua telapak kaki, sehingga mengalami rileks yang dalam dan nyaman.
- Setelah mengalami rileks awal, bayangkan sebuah tempat yang sangat nyaman dimana ketika berada disitu perasaaan dan tubuh mengalami rileks, nyaman dan tenang. Seperti di persawahan, ada gemericik air, atau suara burung.
- Pakailah wangian untuk semakin rileks.


2. Rileks (khusyukdengan zikir. “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ro’dhu 28).
Caranya ialah:

- Berdiri/ duduk/ baring dengan tenang, rasakan tubuh seimbang dan nyaman. Amati tulang-tulang persendian bermula dari ruas-ruas leher, ruas punggung hingga tulang ekor terasa kendur dan rileks. Amati perut pastikan tidak tegang.
- Tundukkan wajah dan kepala sehinga terasa benar-benar pasrah kepada Allah. Timbulkan kesedaran bahawa sedang berbicara dengan Allah yang Maha Dekat dan Allah akan merespond setiap apa yang diinginkan. Dan rasakan hasil yang dialami dalam setiap zikir. Sebutlah nama Allah berulang-ulang penuh perasaan, Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah….
- Sehingga seluruh badan terasa meluruh atau rileks dan berat. Biarkan tubuh mengikuti gerakan zikir seolah terdorong kedepan atau terasa nyaman dan tenang. Biarkan sahaja, jangan difikirkan. Teruskan zikir dan menyerahlah secara total seperti menjelang kematian. Anggapalah ini zikir yang terakhir.
- Teruskan zikir sampai merasakan ketenangan, kenyamanan, rasa spiritual di dalam hati dan fikiran.


3. Berdoa iaitu menanamkan keyakinan positif kepada ibu agar proses bersalin lebih mudah. Caranya ialah:

- Nanti bersalinnya MUDAH, LANCAR, TERASA LEGA (ulang beberapa kali)
- Proses bersalin terasa NYAMAN, TENANG, PENUH DENGAN KESYUKURAN dsb.
- Ya Allah… Engkau Yang Maha Memudahkan, maka mudahkan, lancarkan proses bersalin ku (diulangi beberapa kali)
- Ya Allah… Ya Aziz, Ya Jabbar, Engkau Yang maha Kuat, kuatkanlah diri hamba saat proses bersalin.
- Subhanallah… Engkau Yang Maha Lembut, lembutkanlah proses keluarnya bayi kami dari perut ku. (Rasakan kenyamanan zikir meliputi tubuh, area pinggul terasa rileks dan nyaman sehingga nanti bayi keluar dengan lembut, mudah, lancar dan lega)
- Alhamdulillah … terima kasih Ya Allah atas anugerah yang KAU berikan kepada kami.
- Aku pasrah kepada MU.
- Dsb
(rasakan energi positif dari Allah yang mengitari tubuh, energi itu menjadikan diri bersemangat dan merasa dibantu oleh-NYA sehingga terasa mudah, lancar, lega, normal dan selamat).


4. Bicara dengan bayi. Caranya:

- Biasa membacakan Al Qur’an.
- Dialog seperti, “Anakku, bantu ibu ya. Agar saat melahirkanmu terasa mudah, lancar, normal, lega karena anak membantu ibu” atau “Jadi anak soleh-ah ya. Nanti ibu bersalin bantu ibu ya… sehingga normal, sehat, sempurna, selamat serta lembut terasa lega”
- Dsb (ulang beberpa kali).

5. Akhiri sesi persiapan mental dengan doa terakhir seperti:

- Ya Allah… Ya Rohman… Engkau Maha Pengasih & Lembut, mudahkan, lancarkan, legakan, lembutkan proses persalinan ku.
- Rasakan energi positif zikir yang mengelilingi tubuh sehingga diliputi kemudahan, kenyamanan, ketenangan, kasih sayang.
- Ucapkan syukur “alhamdulillah”, terima kasih ya Allah atas anugerah yang Kau berikan kepada kami.
- Rasakan energi positif, energi inilah yang mengelilingi tubuh sehingga perasaan nyaman, tenang, bahagia, pasrah.
- Bangun pelan2 dengan kiraan 1-10.

*****
Persiapan mental ini lebih kurang 10-15 minit. Ulang beberapa kali dalam sehari supaya mudah memasuki area rileks zikir. Untuk lebih mudah, minta pasangan membantu dengan membaca: “5,4,3,2,1, rileks menyelimuti tubuh, ayuh zikir subhanallah. Rasakan energi positif menyelimuti tubuh sehingga semakin rileks, nyaman, tenang, dipenuhi kesyukuran. Semakin berzikir, semakin rileks tubuh, pinggul dan jalan lahir semakin rileks dan nyaman sehingga mudah, lancar, lembut dan terasa lega”

Bila nak gunakan teknik ini? Jawapannya ada di entry Proses Bersalin Tanpa Rasa Sakit <<< klik untuk baca. Jom sama2 amalkan teknik ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome