Wednesday, July 1, 2015

Sampul duit raya murah harga borong 2015

Siapa nak sampul duit raya eksklusif ni? Nak bagi harga borong!! Siapa cepat dia dapat. Kalau habis tak restock dah. HABIS TERUS taw.
sampul duit raya murah
Nombor-nombor di sebelah tu jumlah peket yang tinggal. Sampul duit raya ni eksklusif taw!
sampul duit raya murah 2015
Ha, banyak tu design utk uolls buat pilihan. Harganya sepeket rm1.50. Dalam ada 5 keping sampul. Saje nak habiskan stok bagi harga borong walaupun uolls order sepeket je. Order Wassap 017-3065200.

Nak selit sikit sampul lain yang ready stock. Tapi yang ni tak leh bagi harga borong. Sebab ni design 2015. Hat bagi murah tu sebab design tahun 2014, 2013, 2012. Saje nak clearkan stor.
sampul duit raya 2015
 Yang ni harganya rm2 sepeket. order banyak lebih murah! wassap taw 017-3065200.

Tuesday, May 26, 2015

Lelong Sampul Duit Raya JDT murah

Puasa nak dekat dah. Tak sampai sebulan je lagi kan. Lepas tu dah nak raya. Baju raya kawan2 dah siap? Baju raya saya dan anak2 dah siap bulan lepas lagi hihi. Semangat sangat belum puasa lagi dah siap kan. Alkisahnya tahun lepas pagi raya tu masa orang solat sunat aidilfitri baru siap baju raya sob3x. So tahun ni terlebih improvement kikiki.

Siapa kawan2 saya orang Johor? Berasal dari Johor? Ramai saudara mara di Johor? Peminat tegar pasukan bola sepak JDT? Kampung saya belah mak di Batu Pahat, Johor. Dulu tiap2 tahun raya pertama mesti kami sekeluarga balik Johor.
Jersey JDT 1 Syawal

We are Johorean

Menang atau kalah

Jom meriahkan raya tahun ni dengan sampul duit raya JDT nak? Ada 8 design Sampul Duit Raya JDT semuanya. 3 design kat atas tu design Sampul Duit Raya JDT tahun 2015. Lagi 5 design Sampul Duit Raya JDT nak lelong murah2. Design seperti gambar di bawah. Siapa nak angkat tangan!!

Yang nak lelong murah ni design Sampul Duit Raya JDT tahun lepas. Sebab ada agent cancel order. Keadaan Sampul Duit Raya JDT masih 100% baru okey. Tiada kecacatan. Kalau nak buat duit raya pun boleh. Untung 100%. U beli RM1 sepeket, U jual RM2 sepeket. Kan untung 100%. Kalau U jual RM2.50 sepeket lagi la banyak untung.

Siapa nak boleh wassap 017-3065200. RM1 sepeket. Dalam ada 5 keping sampul. Boleh COD area Plaza Angsana. Siapa cepat dia dapat taw. Nak lelong Sampul Duit Raya JDT murah2 je. Minggu depan design baru tu harga macam biasa la rm2 - 2.50 sepeket.

Monday, May 18, 2015

PEMBORONG SAMPUL DUIT RAYA 2015 CUSTOM DESIGN

5 SEBAB KENAPA ANDA MESTI TEMPAH SAMPUL DUIT RAYA INI:

1. Lebih 70 design sampul duit raya yang sangat menarik untuk dipilih. Hasil design dari tahun 2012 sehingga sekarang.

2.
Design direka dengan begitu teliti dan hasil printing dan packaging sampul duit raya sangat berkualiti.

3. FREE letak gambar, logo dan tukar warna* pada
sampul duit raya. Kami design sehingga anda berpuas hati.

4. FREE delivery
sampul duit raya ke seluruh Malaysia. Singaporean dan Johorean boleh collect sampul duit raya anda di Johor Bahru.

5. Saiz
sampul duit raya yang panjang. Tak perlu lipat duit raya. Jimat masa dan tenaga hihi
Sampul duit raya juga merupakan satu teknik pemasaran untuk memperkenalkan bisnes anda di musim perayaan. Pasti bisnes anda lebih meriah!
  

Kami berpengalaman selama 4 tahun memasarkan sampul duit raya eksklusif untuk pasaran online, iaitu sejak 2012.

SAIZ SAMPUL: 154mm X 79.5mm
JENIS KERTAS: Gloss Artpaper 130gsm
1 paket mengandungi 5 keping
sampul duit raya

PM/Wassap: 017-3065200 mariahsmilestore@gmail.com atau kunjungi facebook kami.


p/s: Nak menjadi agen kami? Nak mencari duit lebih sempena musim perayaan? Hubungi kami ;)

Wednesday, April 1, 2015

Borong Sampul Duit Raya Eksklusif 2015

Anda ada ahli keluarga besar dan ramai?
Ada fanpage dan instagram?
Nak lebih ramai orang like dan follow?
Nak hargai likers dan followers anda?
Nak tingkatkan jualan dan tarik pelanggan?
Kini ada cara mudah yang rare dan eksklusif!

Tempahan Borong Sampul Duit Raya Eksklusif 2015 untuk mempromosikan bisnes anda telah dibuka.

7 SEBAB KENAPA ANDA MESTI TEMPAH SAMPUL DUIT RAYA EKSLUSIF 2015 DARI KAMI:
1. Design Instagram dan Facebook sangat sesuai untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman sosial.
2. Satu teknik pemasaran untuk memperkenalkan Instagram dan Facebook anda di musim perayaan. Pasti bisnes anda lebih meriah!
3. Istimewa pada tahun ini, anda boleh masukkan Nama, Profile Picture, Cover Timeline dan No. Telefon untuk fanpage Facebook dan Instagram anda.
4. Ada 7 design EKSKLUSIF untuk dipilih.
5. Design direka dengan begitu teliti dan hasil cetakan sangat berkualiti.
6. Kami berpengalaman selama 5 tahun design sampul duit raya eksklusif untuk pasaran online, iaitu sejak 2012.
7. Minimum order 500 keping. Lebih banyak order lebih murah.
Ni design FB.. Boleh customize sampul duit raya. Boleh letak Cover timeline, Profile picture, Nama dan Fon anda di situ.. Best kan?
Ni pun sampul duit raya design FB gak..
Lagi sampul duit raya design FB
Sampul duit raya design FB juga
Haa.. ni sampul duit raya design instagram..

Sampul duit raya design instagram juga
Ha ni sampul duit raya design instagram yang boleh paparkan berapa ribu followers kita..
Best ke best? Best kan.. Cepat2 order sekarang! Tempahan untuk borong sampul duit raya 2015 ditutup pada 27 Jun 2015 (10 Ramadhan)

Maklumat lanjut boleh hubungi ‪#‎mariahsmilepemborongsampulduitrayaeksklusif2015‬ 017-3065200 MARIA.

Tuesday, January 27, 2015

Penyakit kulit Psoriasis

Pernah dengar tak pasal penyakit kulit yang namanya Psoriasis? Saya baru dengar dan tahu hari ni. Nasib baik penyakit ni tak berjangkit. Saya nak share satu kisah berkaitan Psoriasis. Kisah ni saya copy dari Master Zura Betty.

-------Kalau dilihat pada keadaan beliau pada luaran.. Tiada siapa sangka yang dia menderita menahan penyakit kulit Psoriasis ini.. Hampir keseluruhan badan diserang kecuali muka dan tapak tangan..

Dan paling menyedihkan.. beliau pernah ditahan wad dan keadaan memang agak kritikal.. Seluruh tubuh bersalin kulit. Tak boleh kena sedikit pun cahaya. Memang kesian.. Dan lebih menyedihkan masa tu doc kata U ada peluang 50-50 sahaja.. Allahuakbar..

Entah bagaimana tiba-tiba dia whatsap saya dan beritahu ingin cuba VIVIX. Maybe dia tahu tentang vivix ni dari pembacaan atau sebagainya. Sebab saya tak pernah cerita DIRECT pada beliau pasal Vivix ni pun..

Pertama dia memilih Vivix sebab tak sanggup lagi menelan ubat hospital yang menurut beliau kesannya lebih kurang macam dikimo. Habis rambut gugur, kuku pecah,badan membengkak.

Alhamduliah..5 hari dari kesan percubaan VIVIX.. bengkaknya semakin menyusut.. Kulit baru mula tumbuh sedikit demi sedikit. Dan semakin banyak perubahan positif ke atas kesihatan beliau.
Dan kini telah masuk botol ke tiga beliau dengan vivix.

Walaupun kulitnya masih lagi merah.. Tapi keadaan kesihatan beliau semakin baik.. Psoriasis bukan satu penyakit yang boleh terus dirawat 100%.. Ianya mengambil masa.. Kena sabar dan konsisten.. Dengan izin Allah.. insyaAllah tiada yang mustahil..

Maaf saya x boleh kongsikan gambar beliau di sini atas sebab-sebab tertentu ~ Master Zura Betty, www.naluriibu.com-----
psoriasis2
Psoriasis tu ialah keadaan kulit yang tak normal (kulit menebal lebih cepat dari kulit yang normal). Tapi jangan risau sebab tak berjangkit. Kawasan yang biasa kena Psoriasis ialah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Errr.. Ngeri la pulak kan.. Selanjutnya boleh baca di <<SINI>> Alhamdulillah kesihatan beliau makin pulih. Alhamdulillah juga vivix dapat membantu beliau dengan izin Allah. Nak tahu lebih lanjut mengenai vivix boleh hubungi saya di [SMS/WASSAP 017-3065200].

Friday, January 9, 2015

Penyakit tak boleh makan Shaklee

Semua orang tahu Shaklee disahkan halal. Tapi, ada keadaan yang DIHARAMKAN PENGAMBILAN SHAKLEE. Maksudnya jika anda menghidap penyakit tertentu, anda tak boleh makan sembarangan vitamin di pasaran termasuklah sebahagian vitamin yang dikeluarkan oleh Shaklee

Ingat ye, SEBAHAGIAN VITAMIN SAHAJA. Vitamin yang berkaitan dengan penyakit tersebut sahaja. Maksudnya vitamin yang takde kaitan boleh makan, malah sangat bagus untuk kesihatan anda.. Vitamin yang boleh membahayakan kesihatan sahaja tak boleh..

Macam mana nak tahu? Rujuk doktor dahulu untuk memastikan penyakit anda, makanan apa yang anda tak boleh makan dll.. Beritahu consultan Shaklee anda bahawa anda ada mengidap penyakit sekian2.. Dan tak boleh makan sekian2.. Jadi consultan akan mengesyorkan vitamin yang anda boleh makan sahaja.

Berikut adalah panduan.. SEKIRANYA ANDA:-

1) SLE
– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

2) G6PD
– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga tidak boleh mengambil supplemen Alfalfa. Anda boleh menggantikan Alfalfa dengan supplemen yang lain untuk alternative kepada milk booster.

3) THALASEMIA
– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.

4) HYPERTHYROID
– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang tidak boleh diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa

5) HYPOTHYROID
– Pesakit Hypothyroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

Sebarang pertanyaan atau urusan pembelian produk boleh hubungi Mariah_Smile 017-3065200. 

Monday, January 5, 2015

Apabila anak-anak dijangkiti HFMD

Assalamualaikum, saya nak kongsikan hasil discussion kawan saya tentang sakit kaki tangan dan mulut iaitu HFMD (Hand Foot Mouth Deases) bersama housematenya masa belajar dulu. HMFD ni biasanya berlaku pada anak-anak di nursery dan amat mudah berjangkit.

Tanda-tanda HFMD:
------------------------
1. Bintik2 merah atau mengerutu di tangan kaki & ada juga di mulut
2. Ulser di dalam mulut
3. Demam

Apa perlu kita buat apabila anak-anak dijangkiti HFMD?
---------------------------------------------------------------
1. Jumpa doctor. Doc akan report ke jabatan kesihatan untuk pengawalan.
2. Dapatkan spray untuk numbkan ulser di dalam mulut
3. Make sure anak-anak kita yang kena hydrated (cukup air)

Apa yang Shaklee boleh bantu apabila anak-anak dijangkiti HFMD?
----------------------------------------------------------------------------
1. Bancuh Milkshake & bagi anak-anak minum. Bancuh sejuk2 sebab ada sesetengah anak-anak tak boleh minum air kosong. Jadi sejuk & manis sangat membantu.
2. Boleh juga beri performance drink untuk bagi energy
3. Juga boleh berikan mereka Nutriferon.

Mariah_Smile
017-3065200

Sunday, January 4, 2015

Tips kulit putih cerah glowing tanpa make up hilangkan jerawat

Seorang sahabat saya sudi berkongsi cerita dan tips macam mana wajahnya boleh menjadi putih berseri, cerah, glowing tanpa make up.. Sebelum ni mukanya berjerawat. Sekarang kulit mukanya dah semakin lembut dan tak kusam dah.

Katanya mula2 pakai produk ni dia kena healing crisis yang agak teruk.. jerawat semua pakat timbul.. sampai ade yang tegur kenapa jerawat dia banyak sangat... tapi alhamdulillah.. berkat kesabaran dia teruskan ambil produk tanpa henti.. sekarang ni la hasilnya:

Nampak lebih putih dan nampak natural kan? Gambar selepas tu tanpa make up taw. Nampak glowing kan.. Katanya start dia ambil produk ni ramai yang tegur bentuk badan dia cantik dan semakin kecil (baca kurus). Seronok kan? Nak kulit muka cantik, tapi dapat extra, dapat badan  semakin slim.

Tapi bila healing crisis kena la bersabar... Setiap org tak mengalami masalah healing crisis yang sama.. ade yang sekejap, ada yang lama. Apa yang pnting adalah kesabaran dan jangan mudah putus asa. Healing crisis ni berlaku sebab badan nak bagi semua kotor tu keluar. Ade orang yang memang berjerawat so bila ambil produk ni tak lama kemudian terus kulit jadi cantik, jerawat hilang. Sebab jerawat tu tandanya kekotoran nak keluar.

Ada orang yang muka putih gebu.. yang takde masalah jerawat, kemungkinan kotoran tak pernah keluar. Ada orang muka bersih tapi badan ade jerawat. Ada orang badan bersih muka jerawat.. Pokok pangkalnya kotoran tu mesti dikeluarkan baru boleh cantik dalam dan luaran. Macam mana nak keluarkan kekotoran tu? Senang je, detox!

Sahabat saya Norziela ni ambil ESP + vita e + vita c selama 8 bulan.. skarang dia baru perasan kesannya kulit semakin bersih, lembut dan putih.. . Sebab tu dia kata yang penting kena sabar dan tak putus asa!

Nak kulit semakin bersih, lembut dan putih, nampak natural, glowing tanpa make up seperti Norziela? Hubungi saya SMS/Wassap 017-3065200 untuk FREE Consultation!

Wednesday, December 24, 2014

Kebaikan Mandi Air Sejuk

Siapa tak suka mandi pagi2, lagi2 kalau air tu sejuk? Saya dulu tak suka mandi pagi, sebab sejuk sangat. Kalau mandi pun sebab terpaksa hihi.. Sebenarnya bagus mandi sebelum subuh ni taw. Sangat berkesan utk awet muda.

10 Kebaikan Mandi Air Sejuk
------------------------------------
1. Meningkatkan Imunisasi Badan
2. Melancarkan aliran darah
3. Mengawal suhu badan
4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan
5. Mengurangkan Tekanan Perasaan
6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa
7. Menguatkan Pernafasan.
8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat
9. Meningkatkan Tenaga
10. Meningkatkan Penghasilan Hormon.
11) Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

Tuesday, December 23, 2014

Masalah cepat kuruskan badan

Kalau obesiti macam2 masalah akan datang kan. Masalah kesihatan lah, susah nak cari saiz baju lah. Selalu kena tempah khas sebab teringin nak pakai. Tengok orang pakai cunnn je, tapi tu la kos tinggi nak tempah khas.

Kalau badan gemuk, macam2 masalah kesihatan yang datang. Lutut sakit. Nak beribadah pun susah, nak bersukan apetah lagi. Boleh sakit pinggang jugak sebab span kita dah kurang sebab bawa tekanan pada badan. Lepas tu boleh kena diabetes lah, darah tinggi lah. Hm, macam2.

Sebab tu saya suka cadangkan ambil Herb lax dan alfalfa untuk buang toksin. Lepas buang toksin baru la badan kita senang nak serap nutrien. Boleh ambil Lecithin dan Omegaguard juga untuk bakar dan buang kolestrol tak jahat.

Lepas dah buang segala yang tak perlu barula bina otot pulak. Ada 2 pilihan nak cinch atau ESP. Kalau nk kulit cantik sekali makanlah ESP. Tapi kalau nak lagi cepat kurus kena makan cinch la sebab boleh bakar lemak skali.

Kedua2 ni boleh buat replacement meal. Pagi2 makan ni je tak yah dah cari breakfast. Sama je beli breakfast dan beli ni. Harga lebih kurang je untuk sarapan. ESP dan cinch lagi bagus makan sebab takde kolestrol, boleh pulak bagi kulit kita cantik dan kuruskan badan.

Selain tu, supplement2 ni pun boleh bagi tenaga juga. Takde la melepek letih je bila diet. Kurangla sikit ngantuk masa bekerja tu.

Oh ye, semua yang saya cadangkan ni vitamin bukan sintetic taw. Semuanya semulajadi. Selamat dan tak payah risau kesan sampingan. Husband kawan saya dulu memang berbadan besar. Dalam masa 4 bulan turun 10 kg. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tak putus asa makan vitamin. Apa pun semuanya atas izin Allah. Kita usaha kan. Semoga supplement ni asbab untuk jadi kurus dan cantik.

Husband kawan saya ni makan vitamin seperti berikut:
Pagi:
Cinch satu sudu. Dia makan cinch je waktu pagi.

Tengahhari:
3 Biji lecithin sblm mkn.
3 Biji alfalfa dan 1 Biji omega lepas mkn

Malam:
Sama dgn tgh hari.

Dia mkn lunch nasi dan lauk tp kadar sederhana.

Malam roti wholemeal dgn sayur.

Exercise badminton 3 kali seminggu

Hasilnya dalam masa 4 bulan turun 10 kg. Alhamdulillah. Nak kurus seperti beliau? Jom dapatkan khidmat nasihat saya di 017-3065200. Boleh wassap juge ;)

Monday, December 22, 2014

Petua Merancang Jantina anak perempuan lelaki

Dah ada 2 orang anak perempuan of course la nak anak lelaki pula kan. Tapi lelaki atau perempuan tu Allah yang tentukan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha. Kawan saya setiap tahun mengandung dan keenam-enam orang anaknya lelaki. Sekarang dia mengandung lagi dalam misi berusaha untuk mendapatkan anak perempuan. 
 
Saya nak share perkongsian Petua Merancang Jantina Oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat: Menurut Dr Hamid Arshat, petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya..Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan..

Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan)..

Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan)

Tapi jika sperma yang mengandungi kromosom Y yang bercampur dengan ovum yang merupakan kromosom X maka dari percantuman ini,janin yang terhasil adalah kromosom XY(anak lelaki)

Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama..Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali ,sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki sila ikuti garis panduan berikut:

1.Anda perlu menjauhkan Makanan yang asid seperti buah-buahan limau,nanas,mangga,cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba.. Makanan laut adalah digalakkan,zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan..

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri(ovulation)adalah penting.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas.20 ml.Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan..Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi..

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’,atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki..Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan..

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan sila ikuti garis panduan berikut:

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau,asam,nenas,cuka,air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut..

2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid,selang sehari,sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur..

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan..

Pesan Dr Hamid Arshat:

“Kita hanya merancang,Allah swt yang akan menetukan..Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah,dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu”

Walaupun merancang jantina itu daharuskan dalam islam,namun suka untuk saya mengingatkan kepada anda beberapa perkara,seperti berikut:-

1.Jika anda merancang jantina anak tetapi ditakdirkan anda mendapat sebaliknya maka terimalah ketentuan Allah itu dengan redho dan dengan penuh kesyukuran..Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak dan sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat..Anda sangat beruntung kerana masih diberi oleh Allah zuriat.

2.Walaupun Doktor telah memberi petua-petua untuk mendapatkan jantina anak yang anda inginkan tapi ingat Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menentu dan memastikan jantina anak,mereka hanya berkongsi petua atau tips sebagai jalan ikhtiar,yang menentukan jantina adalah Allah..Jangan sampai anda beri’tiqad bahawa Doktor adalah penentu jantina anak yang bakal dilahirkan..Rosak akidah.
 
3.Jika anda telah megambil keputusan memilih(merancang) jantina anak dengan melakukan petua-petua yang Doktor sarankan seperti di atas,ini bermakna kekerapan untuk anda berjima'(bersetubuh) dengan pasangan anda adalah kurang..
Kesan dari kurang melakukan hubungan intim(bersetubuh) kerana ingin merancang jantina ialah:-

-kemungkinan akan berlaku tekanan perasaan dan psikologi kepada anda dan pasangan

-Mengurangkan kebarangkalian untuk si isteri hamil..Oleh itu,daripada merancang jantina lebih baik merancang untuk hamil..

Saturday, December 20, 2014

Diet turun berat badan kurus

Kawan saya haritu beratnya 120kg. Sekarang dah turun 114kg. Alhamdulillah, baru 2 minggu lebih. Katanya kalau nak diet, kita perlu support yang kuat dari family dan orang sekeliling. Ni saya coretkan pengalaman beliau:
Pengalaman saya sendiri, sejak badan makin naik, macam-macam penyakit timbul, datang tanpa dijemput. Mula-mula saya kena bedah untuk WPW Syndrom, suatu penyakit jantung. Kemudian untuk bisul pula (saya boleh tunjuk parut bedah kalau tak percaya). Paling teruk, pernah doktor hampir-hampir nak batalkan pembedahan saya sebab berat badan naik, nasib baik berat saya cukup pada paras maximum.
Sejak dari pembedahan kedua saya tu saya serik dah. Nekad dah nak kurus. Sekarang saya dah amalkan suppliment kurus yang sihat dan penuh zat nutrisi. Selain tu saya dah amalkan pemakanan sihat dan senaman untuk bantu penurunan berat badan dengan sihat.
Selain kurus, suppliment ni juga bantu mencuci toxin dalam badan, yang selama ni duk ganggu kesihatan sampai berat badan naik. Suppliment ni juga bantu membina kembali otot-otot badan dan bekalkan zat-zat nutrisi yang cukup untuk keperluan badan.
Saya sekarang tengah dalam Fasa Platue penurunan berat ni. Platue tu, fasa berat segan nak turun. Ada kaedahnya nak turun. Cuma nak jelaskan, pada masa yang sama boleh nampak perubahan fizikal.

Makan penting taw untuk kurus. Jangan skip makan. Jangan makan banyak. Makan sikit2. Tapi tenghari wajib amek nasi! Kenapa makan penting untuk kurus? Sebab kita nak metabolisma kita stabil. Paling penting, kita kena tahu tentang badan kita. Kadar metabolisma, dan kadar makanan yang kita perlu.

Iya saya juga exercise, sebab nak cepat kurus. Penting exercise sebab saya nak kurus dengan sihat. Bukan kurus semata-mata. Paling penting kena:
1. Elak santan.
2. Elak bergoreng/ minyak
3. Kurangkan manis
4. Kurangkan garam
5. Jangan timbang berat sokmo hihi..

Suppliment/ pemakanan yang saya amek sekarang:

Pagi:
Makan roti wholegrain.
Alfalfa 3 biji
Vita-Lea 1 biji
Zinc complex 1 biji

Minum pagi:
ESP atau roti wholegrain.
Apa-apa yang ringan dalam kuantiti sikit. Untuk kasi kurang terasa nak makan.

Makan tengahari:
Nasi + Lauk + Sayur

Minum petang:
Apa-apa yang ringan dalam kuantiti sikit. Untuk kasi kurang terasa nak makan.

Malam:
ESP atau roti wholegrain.
Apa-apa yang ringan dalam kuantiti sikit. Untuk kasi kurang terasa nak makan.
Alfalfa 3 biji

Dan herb-lax 2 atau 4 biji, 3 kali seminggu.

Nak turunkan berat badan juga? Hubungi saya Mariah_smile 017-3065200.

Friday, December 19, 2014

Kekurangan oksigen dalam darah bahaya tak?

Kalau kurang oksigen dalam darah bahaye tak? Bila kurang oksigen biasanya akan jadi:
-sesak nafas
-gelisah
-sakit kepala &
-tekanan darah tinggi

Kekurangan oksigen dikenali sebagai Hipoksemia (kadar oksigen dalam darah rendah). Biasanya kekurangan oksigen dalam darah disebabkan oleh:
- athma
- gangguan paru-paru &
- kekurangan zat besi

Cara nak tingkatkan oksigen dalam darah antaranya seperti berikut:
-bersenam
-transfusi darah
-supplemen vitalea, oste, ESP, vitamin c dan vitamin e
-kurangkan makanan berlemak
-makan buahan dan sayuran yang kaya dengan calcium, magnesium, vitamin c dan vitamin e.

Mana nak dapatkan supplemen untuk atasi kekurangan oksigen dalam darah seperti vitalea, oste, ESP, vitamin c dan vitamin e tu? Saya ada jual. Boleh pos seluruh Malaysia. Kalau nak ambil sendiri di kawasan Banting atau kawasan UPM Serdang.

Boleh hubungi saya 017-3065200!

Tuesday, December 16, 2014

Petua hilangkan Pedih Mata Terkena Cili

Selalu kalo tumbuk sambal belacan, mata terpercik cili.. pedih oooo. So ape nak buat?

Petua 1: Ambil sejemput garam, letakkan terus ke lidah dan kemam. Rasa pedih mata akan beransur hilang!

Petua 2: Basuh kaki. Kalau mata kanan yg pedih, basuh IBU jari kaki kiri dan kalau mata kiri yang kena, basuh IBU jari kaki kanan. Jangan basuh mata nanti pedihnya merebak.

Petua 3: Paling senang buat, bila mata terkena cili, baca selawat, sapu mata dengan hujung rambut kita sendiri. Gosok 3 kali dengan hujung rambut. Kalau lelaki atau perempuan yang rambut pendek macam mana?

Petua 4: Bila mata terkena cili, ambil kelambu.. Gosok kat mata yang terkena cili tu tadi.. insyaAllah sakit akan berkurangan.

Hm, ada cara untuk elakkan mata terpercik cili.. Antaranya pakai google hihi.. atau pakai topi keledar.. Susah sangat bungkus kepala dengan plastik. Tapi bahaya sikit sebab ada kes kanak2 lemas dalam beg plastik. Memangla bukan kanak2 yang tumbuk cili, tapi apa yang kita buat anak ikut kan.

Boleh juga masa tumbuk lada tu letak sedikit garam. Tapi macam kurang sesuai sebab belacan dah masin kan.. So cuba letak gula masa tumbuk cili. Saya bubuh gula. Prevent is better than cure, right?

Monday, December 15, 2014

Kaitan Roger Barnett dengan Basic H

Siapa kenal Roger Barnett? Roger Barnett ni orang yang sangat penting. Walaupun beliau bukan artis di Malaysia ni, dalam majlis yang beliau hadir mesti beliau dikejar oleh peminat-peminat beliau. Nak selfie lah, autograf lah, nak sembang2 lah dll..

Roger Barnett ni adalah orang yang beli Syarikat Shaklee. Nak tahu tak, beliau beli Shaklee kerana Basic H? Basic H ni antara salah satu sebabnya lah.

Pada suatu masa dahulu, salah seorang anak Roger Barnett alahan alergik detergent. Masa tu la beliau start guna Basic H. Alhamdulillah anak beliau sembuh dari alahan dan beliau terus membeli 1 set produk Get Clean. Kejadian ini menambahkan keyakinan beliau untuk beli syarikat Shaklee.

Kisah yang diceritakan semula oleh en Azmi ni ada dalam youtube.. Dalam Opray Winfrey Show.
Oprah Showcases Shaklee Get Clean: http://youtu.be/IOWmrCGEIhg Roger Barnett muda sangat masa ni.. tengokla. Spencer pun masih kanak-kanak lagi.

Nilah Basic H yang dimaksudkan tu..




Bestkan Basic H ni. 1001 kegunaan. Produk 1st yang saya beli pun Basic H ni la. Setahun baru habis sebotol tu. Jimaaaaatttttt sangat.

Berminat nak cuba? SMS/Wassap 017-3065200 sekarang!

Friday, December 12, 2014

Kuasa tips bisnes berjaya

Saya nak kongsikan 10 kuasa tips bisnes.. Amalkan kesepuluh2 ni insyaAllah mudah mencapai kejayaan. Jom kita amalkan sama2..

1) Kuasa bersyukur.
-Lihat pada apa yang ada barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada nanti kita kufur.

2)Kuasa memberi
-Orang kaya bukanlah terletak kepada berapa figure wang yang dia ada, tetapi orang yang kaya adalah orang yang boleh memberi walaupn sedikit.

3) Kuasa fokus.
-Switch fokus kita segera dan terus maju kehadapan. Hidup ini terlalu singkat untuk melayan emosi semalam. Sedangkan banyak perkara bermanfaat yang kita boleh kongsi untuk ramai orang lain yang memerlukan kita.

4) Kuasa impian
-Antara kunci kejayaan adalah dengan membina impian. Dengan membina impian, seterusnya menulis motivasi & berdoa untuk mencapainya.. tanpa memerlukan wang.

5) Kuasa bertindak
-Your life does not get better by chance, it getd better by change.
-Stop thinking of a million ways of not being able to do something. Start thinking of the 1 way you can do it.
-The best way of learning is by doing.

6) Kuasa karakter.
-Tiada sesiapa dalam dunia ini menghalang kita dari mencapai segala impian kita melainkn diri kita sendiri.
-Stop saying 'i can't'. You can. You just chose not to.

7) Kuasa emosi.
-Setiap sesuatu yang berlaku terutamanya perkara yang kita tidak sukai, menyedihkan atau mengecewakan sebenarnya mempunyai hikmah & pengajaran.

8) Kuasa kerjasama berkumpulan.
-Gagal untuk berkomunikasi adalah salah satu kunci kegagalan dalam memimpin sesebuah organisasi.

9) kuasa sumbangan.
-Nikmat atau rezeki yang berkat adalah yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Contohnya ilmu, bakat, kemahiran & pengalaman.

10) Kuasa sikap.
-Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
-It hurt to run but it pains me so much more to stop.

Sekian sahaja.. tak pasti kawan saya dapat dari mana tips ni. Rasanya dari Datuk Azizan Osman. Yang bermanfaat saya nak kongsikan untuk semua, insyaAllah..

Sunday, December 7, 2014

Petua cara mudah kopek kerang


Sedapnya makan kerang cicah cili kicap!! Tapi kadang2 ada kerang yang susah nak dikopek. Kalau yang susah kopek tu kerang yang besar, usaha jugak banyak kali nak kopek kan.. Saya kopek guna sebelah tangan je, tangan kanan. Cara ni ayah saya yang ajar. So tangan kiri boleh garu2 kalo ada nyamuk gigit ke, kan hihi.

Ada cara mudah taw nak bagi kerang mudah dikopek. Bolehla pilih mana2 cara yang berkenan di hati. Antaranya:


1. Nak mudah terbuka senang je, rebus air sehingga mendidih dulu, kemudian baru letak kerang..cepat la terbukanya kerang nanti.

2. Jangan rebus lama sangat.. masa rebus tengok kerang dah terbuka tu, dah boleh tutup api.. Kalau rebus lama sangat nanti susah nak kopek

3. Semasa hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.



Itu sahaja Petua cara mudah kopek kerang. Boleh la try nanti. Petua mudah2 je ni.

Saturday, December 6, 2014

Petua cara mudah bersihkan kulit kerang

Siapa suka makan kerang? Saya sangat2 suka makan kerang. Dulu kalo makan kerang mesti gatal2 badan macam diserang nyamuk gitu.. Mungkin kerang tu dah tak elok (tapi org lain makan okey je) atau saya yang alergik kerang? Hahaha. Jenuh nak tahan garu. Tu kisah 2 tahun dulu la. Sekarang tak gatal2 dah.

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri tak? Ada sape2 nak jawab? Sebelum ni saya gaul2 ramas2 gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus. Rupa2nya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang. Ni hasil saya facebookwalking, ramai kawan2 share petua. So saya compile kan seperti berikut, bolehla pilih mana2 petua membersihkan kerang yang dirasakan mudah.

 Cara 1:Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. <<< Kalo ada serai la kan. Saya dah tanam serai kat belakang rumah, import dari Ipoh. 3 rimbunan dah.

Cara 2: Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya. <<< Pokok pisang saya tak sempat tinggi, baru tumbuh 2-3 daun dah dihancurkan oleh monyet. Sadissss sangat.

Cara 3: Gaul dengan daun ubi. ramas2kan... bersih jugak. <<< pokok ubi saya senasib dengan pokok pisang huhu.

Cara 4: Guna daun betik pun boleh putih bersih. <<< Pokok betik baru tumbuh sejengkal, tapi tiba2 hilang. Kene kacau dengan monyet jugak kot.
 
Cara 5: Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. <<< Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan kotak je untuk masak.

Cara 6: Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh. <<< Ha, petua ni senang.

Cara 7: Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang. <<< Petua ni pun senang juga.

Cara 8: Rendam asam keping pon boleh...dalam setengah jam gitu... putih bersih kerang. <<< Petua ni saya suka. Nanti boleh cuba.

Cara 9: Rendam kerang guna garam. <<< Petua ni pun senang. Kena beli 2 jenis garam la. Garam halagel untuk masak, garam yg murah2 untuk cuci kerang.

Siap.. Ni je petua cara bersihkan kerang yang kawan2 saya share dalam facebook. Kalau ada petua lain bolehla share di komen entry ni. Nak tahu cara mudah untuk kopek kerang? Nantikan entry seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome