Showing posts with label sijil simpanan premium. Show all posts
Showing posts with label sijil simpanan premium. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Tempoh masa menang SSP Draw BSN

Sebenarnya xde mood nak buat entry, tapi disebabkan satu permintaan dari Anonymus, ku gagahkan jua.. Rentetan dari entry Fakta yang perlu anda tahu tentang Cabutan Sijil Simpanan Premium.

Saya mula terjebak dengan SSP ini ialah pada 5 Februari 2010. Ex-officemate yang ajak join, tak rugipun katanya. Disamping menyimpan, kita berpeluang untuk menang hadiah setiap bulan. Minimum RM10, dan boleh keluarkan balik RM10 tu bila-bila masa (fakta: sebulan selepas tarikh join baru boleh keluarkan - kalau saya tak silap). Sounds great kan.

Selepas join, saya dapat sekeping kertas ala-ala cek yang bertulis SIJIL simpanan premium berjumlah RM10 seperti gambar ini (pinjam gambar sat noooo sape punye gambar ni)

Saya masuk RM10 je hihi. Lagipun hujung bulan tu dah nak berhenti kerja, bulan Mac nak buat walimatul urus. Mana nak cekau fulus masuk banyak2 kan.

LAMA selepas itu, adik telefon beritahu surat BSN sampai kat rumah (Ipoh, Perak), menang RM100 sebanyak 10 unit.. jumlahnya RM1000...? WOW hahahha. Lantas saya meminta adik pos surat tersebut ke alamat baru saya (Banting, Selangor). Kecewa sedikit apabila surat tu sampai, rupa2nya menang RM100 je. 10 unit tu bermaksud menang RM10 sebanyak 10 kali, jumlah RM100. Faham tak?

Selepas kemenangan kecil itu, tiba2 akaun Maybank saya banyak duit. TIGA RIBU LEBIH. Cek duit masuk, dia tulis CR PYMT SAFE BATCH. Pening jugak fikir dapat duit dari mana, akhirnya dapat jawapan. Klik sini untuk baca duit apa yang masuk tu ^^

Dengan duit itu, pada 17 Februari 2012 saya masuk lagi SSP dengan jumlah RM2500. Rugi tak masuk RM3000 kan, tapi kami memang nak guna RM500 masa tu isk3x.. Di kaunter, pegawai BSN yang cantik manis tu tanya "jumlah ni layak masuk Special Edition SSP. Tapi 6 bulan baru boleh keluar. Keuntungan 2%. Macam mana?"

Husband setuju sebab kami memang tiada rancangan untuk gunakan duit tu dalam 6 bulan akan datang. So selesailah akad persetujuan dan kami hanya mendapat kertas nipis bercetak... uhuk3x.. tapi tetap SAH sebab jumlah yang dicetak tu betul, ada tandatangan, bla3x...

Kemudian berlakulah kisah kemenangan seperti yang saya telah ceritakan di SINI. Ha, baca la semula kalau dah lupe hihihi.

Rumusan:

  • 05 Feb 2010 - join RM10 - no. sijil: 12345 (1 unit x RM10)
  • 25 Ogos 2012 - no. sijil: 12345 menang SSP hadiah ke 5 RM100 - dapat no. sijil: 67892 hingga 67901 (10 unit x RM10)
  • 17 Dec 2012 - join RM2500 - no. sijil: 87664 hingga 87913 (250 unit x RM10)
  • 29 Dec 2012 - no. sijil: 87830 menang SSP Extra Draw hadiah ke 2 RM500 - dapat no. sijil: 98723 hingga 98772 (50 unit x RM10)

Ha, cerita saya ni menjawab soalan tak? Soalannya: berapa lama masa yang diperlukan untuk menang SSP Draw?

Nak tips bagaimana untuk menang SSP dengan mudah? Nantikan entry seterusnya hihi


Wednesday, February 20, 2013

Fakta Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP)

Seseorang bertanya saya: berapa lama anda amek masa untuk menang ye? 
Soalannya adalah berkaitan kemenangan saya dalam Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN). Klik SINI untuk baca :)


Jawapannya panjang. Kalau pendekkan takut tak sampai maksud :P Jadi, bacalah sampai habis. Oh, sebelum tu nak bagitahu, cabutan SSP Februari ialah pada 23 February 2013 di Kompleks bukit Jambul Bayan Baru, pulau Pinang dari jam 3 hingga 5 petang. Boleh rujuk di SINI.


Serba Sedikit tentang Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) yang saya tahu:

  • Tertakluk kepada konsep Mudharabah, pembahagian keuntungan adalah seperti berikut (customer:bank)
  • Sijil Simpanan Premium
    SSPProfit Sharing RatioIndicative Profit Rates
    < RM5,0002:980.15%
    Up To RM50,0003:970.20%
    > RM50,0006.5:93.50.60%
    Special Edition SSP
    Special Edition SSPMinimum SavingsProfit Sharing RatioIndicative Profit Rates
    6 MonthRM100025:752.00%
    12 MonthRM300030:702.42%
  •  Manfaat menyimpan di SSP:
         dot_org01.gif  Menyimpan/ menabung disamping berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Klik SINI untuk tengok senarai hadiah.
         dot_org01.gif  Layak memohon BSN AFLAH SSP Pledging Financing-i.

  • Ada 3 jenis cabutan:
  1. Monthly Premium SSP Draws - Cabutan pada setiap bulan. Minimum simpanan ialah RM10.
  2. Thirteen (13) SSP Localised Draw - Cabutan pada setiap bulan. Minimum simpanan ialah RM10.
  3. SSP Special Draw - cabutan hanya pada hujung Dec 2013. Minimum simpanan ialah RM3,000 sebelum 25 December 2013.
Habis sudah fakta yang penting tentang Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) ini. Kronologi penyertaan dan kemenangan untuk persoalan di atas akan saya ceritakan dalam entry seterusnya. Tunggu.... sebab nak buka kotak dulu tengok tarikh mula2 join Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Friday, February 1, 2013

Menang Sijil Simpanan Premium SSP RM500


Siapa pernah menang Sijil Simpanan Premium (SSP)? Siapa yang belum tahu keputusan SSP Draw Result January 2013 boleh cek SINI. Saya pernah menang. Dua kali ^^ (tiada unsur riyak ye di sini, unsur nak share shj yg ada).

Biasa cek di website www.mybsn.com.my mesti jawapannya mengecewakan.

We are Sorry!

IC Number / SSP Cert Number included are not listed as a winner in this month. You can check back next month

Tapi tiba2 datang en. posmen membawa surat kemenangan. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Benarlah intisari surah al-Fatihah; hanya kepada Allah SWT kita perlu minta pertolongan. Tak perlu minta tolong pada makhluk spt manusia atau bank?



Nak tips macam mana boleh menang? Tunggu entry2 seterusnya :)

Monday, January 28, 2013

SSP Draw Result January 2013


Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Januari 2013 dah keluar! Siapa yang ada menyimpan tu bolehla cek, kite tengok siapa yang kena kali ini!




Okey, BMW 320I itu menjadi milik Lim Yoon Khim
PERODUA MYVI 1.5 SE pula menjadi milik Zamri bin Yusoff

BAUCAR BARANG KEMAS, IPHONE, IPAD, GALAXY TAB 10.1
KAMERA DIGITAL dan SSP 150 menjadi milik?
Ramai okey.. boleh cek kat SINI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome