Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Friday, March 29, 2013

PANTANG LARANG MAKANAN SELEPAS BERSALIN

Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari. Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.

3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.

4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.

5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

Penaja: Stokis Nawal Herbal Beauty
Dalam gambar ni semua tak boleh makan taw
Dah semuanya tak boleh makan, apa yang boleh dimakan oleh ibu dalam pantang? Ini antara yang dikongsi:

  • Nasi dengan ikan bilis
  • Nasi dengan ikan gelama dan lada hitam serta sayur sawi
  • nasi panas, sayur sawi rebus dan ikan gelama bakar atau ikan selar bakar 
  • ayam dan daging boleh diambil tapi cara masakan kena bakar


Thursday, March 21, 2013

Memujuk Bayi Menyusu susu Ibu

Bayi kerap tidur selepas dilahirkan dan enggan menyusu. Jadi ibu-ibu perlu mengambil inisiatif untuk Memujuk Bayi supaya Menyusu susu Ibu setiap 2 jam sekali. Bagaimana nak kejut baby yang asyik nak tidur sahaja? Antaranya ialah:

1. Bukakan ikatan bedungnya
Bayi lebih lena bila dibedung kerana ianya imitate keadaan dalam perut ibu yang ketat.Buka ikatan bedungnya supaya dia terjaga dari lena dan mahu menyusu.

2. Letakkan tangan di tepi mulutnya
Ini bagaikan signal untuk memberitahu bayi bahawa ianya waktu menyusu. Juga refleks daripada bayi yang dia mahukan susu (sekiranya dia mengikut jari anda) Menariknya refleks ini akan hilang selepas bayi berusia lebih kurang 2 ke 3 bulan

3. Perah sedikit susu ibu dan titiskan ke mulutnya
Bayi akan menjilat-jilat menggunakan lidahnya (Kemudian sambung tidur semula – mungkin dia terlalu mengantuk walaupun sudah 2 jam tidak minum susu)

4. Joggingkan bayi untuk membangunkannya
Gerak gerakkan kaki dan tangannya secara perlahan lahan. Bercakap dengannya 'bayi perlu disusukan sekerap mungkin'


Memujuk Bayi Menyusu Ibu ditulis oleh Puan Suraya Ali menerusi blog beliau http://www.lunafamily.my/diary/breastfeeding/


Wednesday, March 20, 2013

Tanda tanda bayi ingin menyusu

Jom kenali tanda-tanda bayi anda ingin menyusu. Terutama kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome