Showing posts with label Bayi kembung perut. Show all posts
Showing posts with label Bayi kembung perut. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Cara Manfaat mengurut bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak malah merupakan rangsangan yang terbaik iaitu rangsangan menerusi sentuhan atau belaian. 

Bayi perlu diurut atau dibelai dengan penuh kasih sayang. Selain dapat membantu pertumbuhan bayi dengan cepat, urutan juga dapat menyihatkan bayi serta menjadikannya cerdas dan riang di samping memantau kesihatan bayi .

Luangkan masa mengurut sama ada selepas mandi atau ketika bayi tidak tidur.

Manfaat urutan pada Si Comel Anda.

1. Memperbaiki perjalanan darah
2. Merangsang deria.
3. Mengurangkan tekanan.
4. Memperbaiki sistem penghadaman.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.
6. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7. Membantu memudahkan bayi tidur.
8. Merangsang aliran oksigen dalam badan
9. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.Membantu perkembangan fungsi otot.
11.Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.Merangsang penghasilan hormon.

(artikel dari: https://www.facebook.com/Lunatots)

Ada 6 step untuk mengurut bayi:

  1. urutan kepala dan muka bayi.
  2. urutan dada bayi
  3. urutan tangan bayi
  4. urutan kaki bayi
  5. urutan perut bayi, dan
  6. urutan bahagian belakang bayi.
Klik link ini dan simpan untuk panduan cara dan kaedah mengurut bayi dengan betul:


Thursday, February 14, 2013

KEMBUNG PERUT DIKALANGAN BAYI

Tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut (colic): 

1)menangis atau menjerit yang kuat dan berterusan - selalunya semakin teruk pada waktu petang dan malam 
2)bayi anda menarik-narik kakinya ke arah perut
3)kentut
4)muka menjadi merah
5)perut kembung selepas makan / minum susu

Ada beberapa sebab kenapa kembung perut terjadi. Walaupun ia tidak berapa diketahui, kemungkinan ia berlaku kerana:

1) usus perut mengalami spasm
2)tertelan udara semasa minum susu atau semasa menangis
3)alahan kepada makanan atau tidak tahan dengan laktosa
4)lapar
5)tidak hadam makanan

Cara-cara merawat 
kembung perut:

Langkah-langkah yang tidak melibatkan penggunaan ubat boleh dilakukan:
1)meletakkan tuala yang suam ke atas perut bayi boleh dilakukan
2)letakkan bayi di atas perutnya dan usap belakang badannya
3)gerakkan bayi anda secra berirama (dodoi)
4)alihkan perhatian bayi anda seperti memandikannya dsb.

Copied from, Irsya Healthy House
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome