Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Ibu bapa mendidik anak DERHAKA

Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

"Ibubapa yg menyuruh anak lebih dari sekali, telah mendidik anak menjadi derhaka"

ulang lagi...

"Ibubapa yg menyuruh anak LEBIH dari SEKALI, telah mendidik anak menjadi DERHAKA"

**biaq betui??!!!! ~_*

Jadi, bagaimana ibubapa nak suruh anak dengan "sekali" suruh sahaja?

Tips Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah:

1. DOAKAN ANAK UNTUK JADI ANAK YANG TAAT

Bacakan doa berikut sekali setiap hari kepada anak-anak:

1. Surah Al fatihah (penawar segala apenyakit),
2.Ayatul kursi (ayat menghalau gangguan syaitan),
3.Surah Al insyirah (doa penenang hati),
4.Ayat 1-5 Surah Taha 1-5 (Ayat pelembut hati)
5.Al hasyr 21-24, (Ayat melembutkan hati)
6.Doa pembuka 12 pintu kebaikan (Doa segala kebaikan)

"Allahummaf tah li abwabal khair, wabwaabas salamah, wabwaabas sihhah, wabwaabas ni'mah, wabwaabal barakah, wabwaabal quwwah, wabwaabal mawaddah, wabwaabar rahmah, wabwaabar rizq, wabwaabal ilm, wabwaabal maghfirah, wabwaabal jannah."

Hembuskan pada ubun anak2, air, makanan atau pakaian anak-anak belum dicuci. InsyaAllah, anak-anak akan jadi anak yg taat.

2. HORMATI ANAK

Contoh situasi;Sebelum minta anak buat sesuatu, tanya pada anak apa pekerjaan yang sedang dilakukan....

Mama: "Abang Haaziq buat apa?"..Anak: "Tengah tengok Bola kampung"

3.NEGOTIATE DENGAN ANAK

Mama: "Anak abah nak mandi pukul berapa?"Anak: "Lepas Bola kampung habis, baba..."mama: " Ok, bagus! 6.30 pergi mandi ye sayang.."

Kalau anak kata..

Anak: "Pukul 10malam saya mandi" mama: "Ohh..tak boleh...Sebab kita nak makan malam sebelum maghrib. Jadi, abg kena mandi pukul 6.30 ye. Lepas bola kampung habis terus mandi"Anak: "Ok ma.."

4.KUATKUASAKAN

Bila dah anak dah setuju, ibubapa perlu kuatkuasakan.

Sebaik sahaja pukul 6.30 petang, pergi pada anak dan cakap.

mama: "Ok,dah pukul 6.30. Sekarang kena pergi mandi"

Pegang tangan anak, pimpin dia, bawa ke bilik air untuk mandi.DONE! Sekali suruh sahaja ^_^

5. PUJIAN & PENGUKUHAN

Bila anak dah berjaya lakukan perjanjian yang dibuat, ceritakan kejayaannya di hadapan ahli keluarga yang lain.

Masa makan malam...Ibu: "Baba, tadi anak kita ni....dia janji nak mandi lepas citer bola kampung habis. Tepat jam 6.30ptg, terus dia pergi mandi. Bagus anak baba!

^_^

Rupa-rupanya, nak suruh anak pun ada CARA..Jom kita terus belajar & belajar menjadi ibubapa yg TERBAIK. KataDato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bila ibubapa berubah, anak-anak pun akan berubah..InsyaAllah. Aamiin.


Sumber Nota: Video ceramah Bina1Malaysia, Ibubapa1Malaysia sebagai Motivator (part 7) ~boleh cari di YouTube - 
Little 'Ilmy'

Monday, March 25, 2013

Tips tidur sekatil bersama bayi

Tahukah anda bahawa tidur bersama si manja memberi banyak kebaikan kepada ibu bapa dan bayi sendiri? Namun sebelum membuat keputusan untuk tidur bersama, pastikan panduan berikut dipatuhi agar dapat menikmati kebaikannya.

Waktu tidur adalah masa yang penting untuk bayi kerana mereka membesar dan berkembang cepat ketika ini. Pastikan mereka mendapat tidur yang lena dan selesa di samping papa dan mama.

1. Pastikan ini satu persetujuan bersama

Sebelum mengambil keputusan ini bincang dengan pasangan. Pastikan anda berdua bersetuju mempraktikkan cara ini. Jika salah seorang ragu, beri masa untuk mempertimbangkan semula. Ini kerana tidur bersama hanya selesa jika dipersetujui oleh papa dan mama.

2. Dapatkan katil yang besar

Saiz katil memainkan peranan penting menjayakan perkara ini. Tidur bersama bukan perkara yang selesa atau menyeronokkan jika katil terlalu kecil. Katil bersaiz besar adalah yang terbaik tetapi jika bajet anda (atau bilik tidur anda!) tidak begitu besar, belilah kot tepi katil (yang anda boleh dilekapkan di tepi katil anda) atau letakkan kot biasa di tepi katil anda dengan susurnya diturunkan.

Walaupun ini tidak penting, sebenarnya ia memudahkan anda menyentuh atau mengusap bayi jika boleh menyesuaikan tinggi tilam bayi bersamaan dengan tilam anda. Cara ini amat sesuai jika bayi berpusing-pusing/bergerak. Dia masih boleh dicapai dengan mudah.

3. Keselamatan tilam

Pastikan tilam adalah selesa dan selamat. Bayi boleh lemas atau terlebih panas jika dia tidur atas tilam lembut atau dikelilingi oleh bantal serta alas dan selimut yang longgar. Jika katil anda berangka atau mempunyai kepala atau diletakkan di tepi dinding, pastikan tiada ruang antara tilam dengan rangka, atau tilam dengan kepala katil atau dinding, supaya tiada risiko bayi anda jatuh.

4. Guna cadar dan selimut yang minima

Penggunaan cadar dan selimut yang minimum perlu dilakukan apabila anda tidur bersama dengan bayi yang berusia kurang dari 12 bulan. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko bayi lemas atau terlalu panas. (Ini mungkin berlaku semasa tiga bulan pertamanya; dari tiga hingga 10 bulan, risiko terbesarnya ialah jatuh ke dalam ruang antara tilam dan rangka katil, kepala katil atau dinding.) Ada juga kemungkinan dia akan dihimpit oleh bantal tambahan atau anak patung lembut. Jadi jauhkan semua ini dari katil anda!

5. Jangan lakukan di atas sofa atau katil air

Sofa tidak selamat untuk dijadikan tempat bagi tidur bersama bayi. Si manja anda boleh terhimpit dalam ruang antara kusyen atau antara anda dan belakang sofa. Katil air terlalu lembut dan mungkin mempunyai ruang-ruang yang dalam di sekeliling rangka dan bayi anda mungkin terperangkap. Tambahan pula, pergerakan badan anda juga boleh menyebabkan bayi anda melayang dari katil.



6. Pastikan bayi selesa

Membalut bayi kecil dengan bedung atau pakaian yang selesa amat penting bagi mengelakkannya berasa panas. Pilih fabrik yang nipis semasa tidur kerana sentuhan dengan kulit orang lain akan meningkatkan suhu kulitnya. Satu petua yang baik ialah: jika anda selesa, bayi juga akan berasa selesa.

7. Tiada bantal di sisi bayi

Jangan sekali-kali membiarkan bayi tidur di atas bantal sebab ia berisiko untuk jatuh atau lemas di dalam lipatan. Periksa bayi dengan kerap untuk memastikan dia tidak menggelungsur ke bawah sehingga kepalanya tertutup oleh selimut atau duvet. Ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu panas atau sukar bernafas.

8. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersebelahan

Anda boleh berkongsi katil dengan bayi dan kanak-kanak kecil selagi mereka tidak tidur bersebelahan. Kanak-kanak kecil tidak faham bahawa bayi tidak boleh melindungi diri daripada lemas dan mereka boleh berguling ke atas bayi atau meletakkan lengan di mulut atau kepala bayi secara tidak sengaja. Kanak-kanak kecil juga kerap tidur berpusing dan boleh memukul atau menendang bayi secara tidak sengaja. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersama sendirian di atas katil yang sama. Anda dan suami perlu tidur di antara mereka.

9. Jangan tinggalkan bayi tidur sendirian di atas katil

Walaupun bayi kelihatan selamat jika tidur di tengah-tengah anda dan suami, namun dia akan mudah jatuh jika anda bangun untuk ke tandas atau bangun lebih awal di waktu pagi. Ramai ibu bapa meletakkan bantal di kedua-dua sisi bayi apabila dia tidur sendirian, tetapi ini bukanlah idea yang baik kerana bayi boleh berguling ke dalam bantal dan menjadi terlalu panas dan/atau sukar bernafas. Secara idealnya, beli susur katil yang melekap pada katil atau letakkan dia di tempat yang selamat seperti raga bayi atau kot semasa anda di luar bilik.

10. Tidak sesuai untuk pesakit apnea dan perokok

Penyakit tidur seperti apnea tidur boleh membuatkan tidur sangat lena sehingga boleh membahayakan bayi jika tidak sedar apabila anda menghimpit bayi. Ibu bapa yang merokok juga tidak boleh tidur bersama. Tiada siapa tahu mengapa, tetapi apabila perokok tidur bersama bayi mereka, risiko kematian kot adalah lebih tinggi.

  • Adakah tidur bersama sesuai untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa? 

Mungkin tidak. Tiada model yang bersesuaian dengan semua orang dalam gaya tidur untuk anda dan anak. Sesetengah ibu bapa suka tidur dengan anak-anak mereka dan sesetengahnya tidak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan belaian yang lebih pada waktu malam dan sesetengahnya tidak. Bukan semua kanak-kanak mahu tidur sepanjang malam, setiap hari dengan ibu bapanya. Anda perlu mencuba beberapa cara tetapi lambat laun anda akan dapat satu kaedah yang sesuai dengan anda, suami dan bayi anda.

Info : Pa Ma


  • Takut tidur lasak sehingga mencederakan bayi?
    Biarkan mama tidur bersama dengan bayi. Papa tidur di sebelah mama. Jika ruang tidak mencukupi, papa tidur di tilam yang lain. Ini cara kami, cara anda?

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?
Ketahui cara2nya di SINI

Friday, March 15, 2013

Tips anak demam selesema batuk

Anak anda demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=307501826042052&set=a.306207329504835.1073741830.305776922881209&type=1&theater

Wednesday, February 27, 2013

Idola kecil, idola sekolah dan idola remaja

Sedikit cebisan perbualan membuka minda sebagai ibu bapa:

Ibu bapa sepatutnya mendapat tempat di hati anak dan menjadi model contoh atau idola. Bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, ia hanya berlaku ketika anak itu masih kecil.

"Bila mula pandai bercakap, emak bapa dialah segalanya. Emak dialah yang paling cantik. Emak dialah yang paling pandai.

"Apabila anak mula bersekolah, idolanya bertukar kepada guru. Kalau kita cakap tentang sesuatu, dia akan merujuk kepada gurunya. Bagi anak ini, guru dia lebih menyakinkan.

"Masuk usia remaja, anak ini berubah arah. Idolanya ialah rakan sebayanya. Kalau ibu bapa tidak mengambil langkah selanjutnya, anak itu akan kekal begitu. Cakap ibu bapa tak dengar. Cakap guru pun tak diendahkan," .

Keadaan tersebut perlu diubah di mana ibu bapa patut kekal menjadi idola anak serta menjadi rujukan mereka. Apa komen anda?



Like ·  ·  · 35 minutes ago · 
  • 56 people like this.
  • Lisa Mohamad batul tu. jadi mcm mana kita nak tarik perhatian anak2 untuk tetap jadikan kita sbg contoh dan sumber rujukan mereka?
  • Aty Sapura Setuju..cabaran yg hebat. Akan berusaha keras agar anak2 mengidolakan kebaikan kami..menjadi idola org luar amat mudah..
    Like · Reply · 31 minutes ago via mobile
  • Udiana Jamalludin Pendapat saya, lebih baik Rasulullah (saw) serta sahabat2Nya menjadi tempat contoh dari kecil....
    Like · Reply · 28 minutes ago via mobile
  • Anakrantau Sembilanlapan kalau boleh, pastikan jangan ada tv di rumah
  • Nor Ismah Abdullah Bersetuju 100%... walau bagaimana pun... ibu bapa sgt memainkan peranan membentuk fikiran anak2...saya suka berpegang pada ajaran yg disarankan oleh agama kpd kita sbg umat islam.. iaitu 7thn pertama.. 7 thn pertengahan.. dan 7thn akhir.. alhamdulillah.. dgn izin Nya setakat ini saya tidak menghadapi masaalah besar.. * saya juga merasakan bahawa setiap anak adalah individu tersendiri.. dan setiap anak itu wajib diraikan tanpa mengira besar mana pun kjyaan yg dicapainya.. dan sentiasa mendengar luahan hati anak2.. kerana mungkin issunya tak srberapa pd kita.. tapi besar bagi mereka... keperihatinsn kita membina rasa yakin mereka bahawa kita adalah rujukan yg boleh dipercayai.. wallahu'alam..
    Like · Reply · 1 · 22 minutes ago via mobile
  • Nadia Bakri Untuk kekal menjadi idola, rasanya ibu bapa perlu nampak 'hebat' pada pandangan anak;
    hebat mengambil hati, hebat mengendali emosi, rajin jawab pertanyaan2 anak anak, 'sentiasa' bersama dengan anak anak secara fizikal mahupun di hati mereka, berdaya melindungi dan mencurahkan kasih tak berbelah bagi..
    Like · Reply · 19 minutes ago via mobile
  • Khairul Asyraf Setuju. Antara tips ialah ibubapa di kala bersama-sama anak, perbanyakkan mengajar/memberi tips kehidupan kepada mereka. Barulah mereka menghargai kewujudan kita.
    Like · Reply · 17 minutes ago via mobile
  • Ummu Haikal Doa ibubapa yg berpanjanganlah yg paling ampuh agar anak anak sentiasa di atas jalanNya yg lurus
    Like · Reply · 16 minutes ago via mobile

Monday, February 18, 2013

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. 


Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri


~copy dari FB.. xingat sape huhu

Sunday, February 17, 2013

Tanda-tanda bayi mengantuk ingin tidur

Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
-------------------------------------------------------------------
# Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.

# Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.

# Menggosok-gosok mata.

# Bibir mata bayi kemerah-merahan.


# Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.

# Menarik telinga.

# Menggeliat.

# Menolak badannya ke atas.

# Menggaru-garu kepala.




sumber Info Tajaan I Sinar Studio Photography

Thursday, February 14, 2013

KEMBUNG PERUT DIKALANGAN BAYI

Tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut (colic): 

1)menangis atau menjerit yang kuat dan berterusan - selalunya semakin teruk pada waktu petang dan malam 
2)bayi anda menarik-narik kakinya ke arah perut
3)kentut
4)muka menjadi merah
5)perut kembung selepas makan / minum susu

Ada beberapa sebab kenapa kembung perut terjadi. Walaupun ia tidak berapa diketahui, kemungkinan ia berlaku kerana:

1) usus perut mengalami spasm
2)tertelan udara semasa minum susu atau semasa menangis
3)alahan kepada makanan atau tidak tahan dengan laktosa
4)lapar
5)tidak hadam makanan

Cara-cara merawat 
kembung perut:

Langkah-langkah yang tidak melibatkan penggunaan ubat boleh dilakukan:
1)meletakkan tuala yang suam ke atas perut bayi boleh dilakukan
2)letakkan bayi di atas perutnya dan usap belakang badannya
3)gerakkan bayi anda secra berirama (dodoi)
4)alihkan perhatian bayi anda seperti memandikannya dsb.

Copied from, Irsya Healthy House

Sunday, February 10, 2013

apa nak buat jika Bayi tercekik


TERCEKIK

A.Bayi (Umur kurang daripada setahun)

Tanda-tanda tercekik:
Bayi sukar bernafas.
Muka dan leher menjadi merah.
Bayi mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap.

Bantuan kecemasan:

1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.
2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.
3. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).
4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.
5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).
6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.

B. Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun)

Tanda-tanda tercekik::
Sesak nafas.
Susah bercakap.
Batuk.
Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya).

Bantuan kecemasan:
1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk.
2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya.
3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.
4. Tarik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah 5.
5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, bawa ke hospital berdekatan..

please feel free to SHARE, LIKE & TAG


PENAJA KAMI:

@[142791042464813:274:Baby Idaman Shop]



TERCEKIK

A.Bayi (Umur kurang daripada setahun)


Tanda-tanda tercekik:
Bayi sukar bernafas.
Muka dan leher menjadi merah.
Bayi mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap.



Bantuan kecemasan:
1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.
2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.
3. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).
4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.
5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).
6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.


B. Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun)

Tanda-tanda tercekik:
Sesak nafas.
Susah bercakap.
Batuk.
Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya).

Bantuan kecemasan:
1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk.
2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya.
3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.
4. Tarik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah 5.
5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, bawa ke hospital berdekatan.

Wednesday, January 16, 2013

Barangan bayi ke hospital

Persiapan menyambut kelahiran bayi yang paling famous adalah persiapan barang2 baby.. Bakal ibu dan bapa akan mula membuat persiapan apabila kandungan ibu sudah mencecah 7 bulan. 

Sebahagian kelengkapan bayi perlu diasingkan untuk dibawa ke hospital. Lebih bagus jika diasingkan dan diletakkan siap2 dalam kereta terutama apabila kandungan sudah mencapai 9 bulan. Ini boleh mengelakkan lupa atau tercari-cari apabila masing-masing panik.


barangan bayi yang perlu dibawa ke hospital

Atas permintaan seorang rakan, berikut merupakan senarai semak barangan kelengkapan bayi untuk dibawa ke hospital:

-keperluan BABY: 
  • Baju, seluar, stokin tgn & kaki (3 pasang). 
  • Topi, barut, bedung, sapu tangan, minyak telon (ada jenama minyak yuyi mengandungi unsur khinzir, jadi berhati2)
  • Pampers newborn, tissue wipe, bedak, plastik isi pampers yg dah guna & plastik isi bj kotor.

-keperluan MOMMY: 
  • Stokin, pad (maternity/normal pad) dan kawan2nya. Dispossable panties pun okey.
  • Getah rambut, berus gg, ubat gg, pencuci muka, sabun, make-up, tuala kecil.
  • Makanan/minuman (biskut, wafer, air kotak, air mineral.. apa2 shj mengikut selera)
  • Pakaian nak keluar wad. Make sure yg senang nak bf baby spt blouse butang boleh dibuka.
  • Selipar? - nanti hubby bawakkan. Nak prepare selipar lain pun xpe, kot2la hilang selipar yg guna masa datang labour room.
  • Jacket/sweater? - kat HTAR dulu panassssss...
  • corset? - kalo rajin boleh je nak pakai. kat rumah nanti pun boleh pakai. 
  • breast pump - ikut keperluan. Kalo perlu nanti minta hubby tolong bawa.

-LAIN2: buku merah, henset, camera. 

p/s: ni je rasenye.. sume ni kalo boleh letak dlm 1 beg. Banyak2 beg nurse marah 

senarai barang keperluan bayi
cantikkan beg ni, kalo korang hebat, boleh muat semua barang..
sebab kalo boleh, semua benda rasa perlu je nak bawak kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome