Showing posts with label keselamatan kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label keselamatan kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Panduan jadual waktu homeschooling

Homeschooling memerlukan gabungan struktur dan kreativiti sebuah keluarga. Sama juga halnya dengan penetapan jadual waktu homeschooling. Berikut merupakan Panduan merangka jadual waktu homeschooling anak-anak.

1. Tentukan waktu bermula dan waktu berakhir - Anda perlu memberitahu anak-anak bila waktu aktiviti homeschool seharusnya bermula dan sepatutnya berakhir. Langkah sebegini penting bagi menentukan jangkaan masing-masing terutamanya bagi pihak si anak.

2. Waktu makan dan rehat perlu dimasukkan - Untuk setiap aktiviti, waktu rehat selama lebih kurang 15 minit adalah penting selepas tempoh 30 minit pembelajaran. Ketahuilah bahawa jangka waktu serapan dan fokus minda anak-anak perlu dioptimumkan bagi mendapatkan hasil yang efisien.

3. Kepentingan sesi seorang dengan seorang - Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak sewaktu melakukan homeschooling, sesi khusus seorang-dengan-seorang amat penting bagi setiap anak. Sesi ini boleh anda praktik semasa anak yang lebih kecil tidur.

4. Sesi intensif perseorangan - Bagi anak-anak yang memerlukan lebih perhatian, sesi intensif perseorangan boleh dilakukan semasa anak yang lain melakukan kerja sendiri ataupun sedang membaca bersendirian.

5. Aktiviti membaca, menulis dan mengira - Ketiga-tiga aktiviti yang memerlukan tumpuan ini perlu dilakukan pada waktu di mana kesemua anak berada dalam keadaan paling segar dan mampu memberi fokus terhadap pembelajaran. Waktu yang dicadangkan ialah pada waktu pagi. Untuk waktu petang pula, aktiviti homeschooling yang sesuai ialah aktiviti fizikal ataupun projek yang memerlukan masa yang panjang seperti membuat tabung dan sebagainya.

6. Bersedia untuk fleksibel - Kelebihan homeschooling adalah waktu anda boleh menjadi fleksibel. Jadi, ikut kesesuaian waktu anda dan anak-anak juga. Gunakan masa ini dengan menikmati kegembiraan menghabiskan waktu berkualiti bersama-sama.

Membina jadual waktu oleh Mommy Luna (Puan Siti Nur Suraya) - dalam Kolumn Rumahku Syurgaku Pa&Ma April. 
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Wednesday, March 13, 2013

siku terkehel pada kanak-kanak

"Siku terkehel pada kanak-kanak"
Disebabkan oleh kekurangan pengetahuan ibu bapa.


Saturday, March 9, 2013

Keselamatan bayi di rumah

Tips keselamatan bayi di rumah 
------------
1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.

2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan bahan kimia lain yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan ini dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman

3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak

4. Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah, jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.

5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.

6. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda daripada memasukkan jarinya atau benda lain ke dalamnya.

7. Lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.

8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di rumah dan pastikan setiap orang dewasa dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan alat ini.

10. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.

11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter saja.

12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak mengenai tempat berkumpul di luar rumah jika berlaku kebakaran.

13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan makan ubat di depan anak.

Sumber: Panduan Pencegahan Kecederaan Kanak-kanak, Persatuan Pediatrik Malaysia

Thursday, February 28, 2013

Cara Manfaat mengurut bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak malah merupakan rangsangan yang terbaik iaitu rangsangan menerusi sentuhan atau belaian. 

Bayi perlu diurut atau dibelai dengan penuh kasih sayang. Selain dapat membantu pertumbuhan bayi dengan cepat, urutan juga dapat menyihatkan bayi serta menjadikannya cerdas dan riang di samping memantau kesihatan bayi .

Luangkan masa mengurut sama ada selepas mandi atau ketika bayi tidak tidur.

Manfaat urutan pada Si Comel Anda.

1. Memperbaiki perjalanan darah
2. Merangsang deria.
3. Mengurangkan tekanan.
4. Memperbaiki sistem penghadaman.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.
6. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7. Membantu memudahkan bayi tidur.
8. Merangsang aliran oksigen dalam badan
9. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.Membantu perkembangan fungsi otot.
11.Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.Merangsang penghasilan hormon.

(artikel dari: https://www.facebook.com/Lunatots)

Ada 6 step untuk mengurut bayi:

  1. urutan kepala dan muka bayi.
  2. urutan dada bayi
  3. urutan tangan bayi
  4. urutan kaki bayi
  5. urutan perut bayi, dan
  6. urutan bahagian belakang bayi.
Klik link ini dan simpan untuk panduan cara dan kaedah mengurut bayi dengan betul:


Wednesday, February 27, 2013

Idola kecil, idola sekolah dan idola remaja

Sedikit cebisan perbualan membuka minda sebagai ibu bapa:

Ibu bapa sepatutnya mendapat tempat di hati anak dan menjadi model contoh atau idola. Bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, ia hanya berlaku ketika anak itu masih kecil.

"Bila mula pandai bercakap, emak bapa dialah segalanya. Emak dialah yang paling cantik. Emak dialah yang paling pandai.

"Apabila anak mula bersekolah, idolanya bertukar kepada guru. Kalau kita cakap tentang sesuatu, dia akan merujuk kepada gurunya. Bagi anak ini, guru dia lebih menyakinkan.

"Masuk usia remaja, anak ini berubah arah. Idolanya ialah rakan sebayanya. Kalau ibu bapa tidak mengambil langkah selanjutnya, anak itu akan kekal begitu. Cakap ibu bapa tak dengar. Cakap guru pun tak diendahkan," .

Keadaan tersebut perlu diubah di mana ibu bapa patut kekal menjadi idola anak serta menjadi rujukan mereka. Apa komen anda?



Like ·  ·  · 35 minutes ago · 
  • 56 people like this.
  • Lisa Mohamad batul tu. jadi mcm mana kita nak tarik perhatian anak2 untuk tetap jadikan kita sbg contoh dan sumber rujukan mereka?
  • Aty Sapura Setuju..cabaran yg hebat. Akan berusaha keras agar anak2 mengidolakan kebaikan kami..menjadi idola org luar amat mudah..
    Like · Reply · 31 minutes ago via mobile
  • Udiana Jamalludin Pendapat saya, lebih baik Rasulullah (saw) serta sahabat2Nya menjadi tempat contoh dari kecil....
    Like · Reply · 28 minutes ago via mobile
  • Anakrantau Sembilanlapan kalau boleh, pastikan jangan ada tv di rumah
  • Nor Ismah Abdullah Bersetuju 100%... walau bagaimana pun... ibu bapa sgt memainkan peranan membentuk fikiran anak2...saya suka berpegang pada ajaran yg disarankan oleh agama kpd kita sbg umat islam.. iaitu 7thn pertama.. 7 thn pertengahan.. dan 7thn akhir.. alhamdulillah.. dgn izin Nya setakat ini saya tidak menghadapi masaalah besar.. * saya juga merasakan bahawa setiap anak adalah individu tersendiri.. dan setiap anak itu wajib diraikan tanpa mengira besar mana pun kjyaan yg dicapainya.. dan sentiasa mendengar luahan hati anak2.. kerana mungkin issunya tak srberapa pd kita.. tapi besar bagi mereka... keperihatinsn kita membina rasa yakin mereka bahawa kita adalah rujukan yg boleh dipercayai.. wallahu'alam..
    Like · Reply · 1 · 22 minutes ago via mobile
  • Nadia Bakri Untuk kekal menjadi idola, rasanya ibu bapa perlu nampak 'hebat' pada pandangan anak;
    hebat mengambil hati, hebat mengendali emosi, rajin jawab pertanyaan2 anak anak, 'sentiasa' bersama dengan anak anak secara fizikal mahupun di hati mereka, berdaya melindungi dan mencurahkan kasih tak berbelah bagi..
    Like · Reply · 19 minutes ago via mobile
  • Khairul Asyraf Setuju. Antara tips ialah ibubapa di kala bersama-sama anak, perbanyakkan mengajar/memberi tips kehidupan kepada mereka. Barulah mereka menghargai kewujudan kita.
    Like · Reply · 17 minutes ago via mobile
  • Ummu Haikal Doa ibubapa yg berpanjanganlah yg paling ampuh agar anak anak sentiasa di atas jalanNya yg lurus
    Like · Reply · 16 minutes ago via mobile

Saturday, February 23, 2013

Kahak pada bayi dan kanak-kanak


Makanan yang menyebabkan kahak dan yang boleh menghilangkan kahak.. 

(Kahak boleh dikeluarkan melalui 3 cara, daripada batuk kahak, selsema (hingus) atau najis)
(pastikan ambil bahan yang tiada alahan pada pesakit dan sesuai mengikut umur)

Tambahan:
-Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak (umur 7-10bulan)
-Madu (umur 1 tahun ke atas) boleh diambil bersama air suam juga bileh di campur perahan lemon atau limau nipis, diminum untuk hilangkan selsema, batuk n kahak
-Banyakkan minum air suam juga susu ibu
NOTES : Elakkan pengambilan madu / delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan.Kerana madu/delima bersifat panas.

Mengenal batuk kahak :
kahak jernih = badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.
kahak pekat/kuning/hijau = badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk. 

kopipes dr group laman kesihatan ibu, bayi dan anak2

Friday, February 22, 2013

KHASIAT KURMA UNTUK SI MANJA

KURMA sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada minda umat Islam kerana sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan Baginda ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kita beroleh pahala sunnah.

Namun tahukah Mommies bahawa buah kurma juga amat baik untuk kesihatan SiManja yang sedang membesar ? Tetapi apakah khasiatnya?

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu
memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E.

Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada SiManja yang sedang membesar.

“ Biasakanlah SiManja anda dengan amalan sunnah Rasullullah S.A.W. semenjak kecil lagi “

Sumber : Utusan Malaysia & Editorial Pa Ma

Monday, February 18, 2013

Cara basuh guna pakai CD Cloth Diaper


info Lampin kain Moden/ Cloth diaper (CD)
- Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
- Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain bamboo charcoal (warna kelabu) yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa seakan lampin pakai buang.
- Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
- Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
- Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saiz S,M dan L.

Cara basuh Cloth diaper (CD)
- CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3x tanpa sabun (prewash) sebelum menggunakannya untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.. Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya.. (kalau basuh sekali je nak terus pakai pun boleh, tapi jgn pakai lama sangat nanti bocor).
- keluarkan insert dari CD untuk basuh.
- CD yang terkena poo (tahi bayi), pancutkan air ke CD untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee (kencing), cuma bilas dengan air saja.
- Gunakan sedikit sahaja (1/4 scoop) sabun serbuk yang tidak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. 


- Jika basuh Cloth diaper (CD) guna mesin basuh, boleh kumpul CD dalam baldi kering bertutup sehingga 2-3 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik).
- CD seeloknya dimasukkan dlm laudry bag (beg jaring) supaya getahnya tahan lama.
- basuhan kali pertama tanpa sabun, setkan pada rinse (bilas) dan spin.
- basuhan kali kedua seperti basuh baju biasa dengan 1/4 scoop sabun.


- sabun yg sesuai utk cuci Cloth diaper (CD):
Fab
Trojan
Kuat Harimau
BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
Cosway Kiddiewash
Might Detergent
Cosway Ecomax - for cp and cd
Shaklee Basic H
Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent
Charlie's Soap (powder)
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent
LunaCare Detergent
Nellie's Laundry Soda
Mountain Green
BumGenius Diaper Detergent.

- sabun yg TAK BOLEH guna utk cuci Cloth diaper (CD):
Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent
tak boleh guna sbb mengandungi:
- Softener
- Enyzme
- Bleach/ Whitener
- Anti-bacterial properties
dan Oils yg akan merosakkan CD.

Cadangan Jadual Penggunaan Cloth diaper (CD):
 7.00 – 10.00 PAGI : 1 CD + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM : 1 CD + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI : 1 CD + 2 INSERT

cara pakai Cloth diaper (CD):
1- laraskan 3 baris butang dihadapan kpd saiz S (cantumkan butang di baris 1 dgn baris ke 3), M (cantumkan butang di baris 1 dgn baris 2) atau L (tak perlu cantumkan butang).
2- masukkan 1 atau 2 insert ke dalam lubang CD, kemaskan.
3- pakaikan pada baby spt pakai pampers biasa. Butangkan dgn kemas supaya kencing tidak bocor.

pesanan semasa ber Cloth diaper (CD):
- jika pakai bedak/krim pada punggung bayi, sapu rata terlebih dahulu, kemudian baru pakaikan CD. Elakkan bedak dari tumpah terkena CD kerana boleh mengganggu penyerapan.
- guna biodegradable nappy liner (liner yg boleh buang dlm mangkuk tandas) supaya najis bayi tak terlalu mengotorkan CD atau washable nappy liner (liner yg boleh dibasuh).
- tak guna liner pun takpe, kuning/coklat pada CD boleh hilang semasa proses menjemur di bawah cahaya matahari.
- JANGAN SESEKALI MEMBERUS KEKOTORAN. gosok2 manja dengan tangan shj. JGN guna berus.

- semasa keluar berjalan2, boleh simpan CD yg dah kotor dlm wet bag (beg kalis air berzip supaya baunya tidak merebak keluar)

Wednesday, February 6, 2013

How to keep your kids safe in public places

With all the recent cases of missing kids, let's all be more alert and ensure that our children are safe.



Source: The STAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome