Showing posts with label bebelan 2012. Show all posts
Showing posts with label bebelan 2012. Show all posts
Friday, December 28, 2012
Apabila perempuan menjadi lelaki
Apabila tikus menebuk dinding playwood mencari makanan.. satu lubang.. dua lubang.. tiga lubang.. perempuan yang duduk di rumah mencari papan yang sesuai.. mencari paku.. mengambil lesung batu.. lalu menampal lubang2 tersebut.
Apabila telah setahun, dua tahun, tiga tahun berumah tangga.. perempuan di rumah mengalihkan perabot2 yang agak berat ke ruang yang lain.. deco2 kata orang.
Apabila kotak2 khazanah harta karun dibiarkan bertahun2.. perempuan di rumah mengalihkan kotak2 yang berat.. mengelap, membuang saki baki pekerjaan si tikus dan si lipas.
Apabila terlupa tarikh temujanji di klinik kesihatan atau pabila anak sakit.. perempuan di rumah mengambil kunci kereta, meletakkan anak di sebelah, dan memandu sendirian ke klinik kesihatan.
Apabila sampah menimbun dalam bakul sampah sebanyak timbunan baju2 yang belum dilipat, perempuan di rumah menyeret sampah ke tempat pembuangan sampah.
Apabila pulang dari cuti2 Malaysia, perempuan di rumah mengangat beg2 berisi baju dan barang2 dari bonet kereta ke rumah kemudian mengemasnya.
Apabila kain menimbun dalam bakul.. perempuan di rumah mengangkatnya ke mesin basuh lalu menyuruh mesin untuk membasuhnya. Setelah selesai, perempuan di rumah mengangkat bakul yang menjadi lebih berat ke ampaian untuk menyidai baju.
Apabila perbelanjaan isi rumah cukup2 makan atau melebihi pendapatan, perempuan di rumah menyumbang dari segi kewangan atau bekalan makanan.
berapa banyak apabila daaa...
- perempuan di rumah bermaksud isteri, ibu atau adik beradik.
- menjadi lelaki bermaksud dari segi membuat pekerjaan yang berat2.
- saje terfikir apabila ada masa lapang..
Tuesday, December 25, 2012
syukur ketika musibah
tika Allah mendatangkan musibah padamu
bersyukurlah kerana ianya hanya berupa peringatan
menjadi pengajaran buat meniti kehidupan
yang masih panjang penuh ranjau dan liku
muhasabah kembali tingkah lakumu sebelum musibah
ia juga satu kifarah penghapus dosa-dosamu
bertaubatlah dengan taubat nasuha
moga dosa tidak membebankanmu di akhirat kelak
tika Allah menarik salah satu nikmat
bersyukurlah kerana hanya satu nikmat ditarik
sedangkan banyak lagi nikmat yang masih Allah beri pinjam
spt nikmat bernafas, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat mendengar dll
p/s: buat renungan bersama..
spek mata patah dua

Monday, December 24, 2012
SENARAI NAMA PEMENANG YG TIDAK MENUNTUT HADIAH SSP
Dear Valued Customer,
Link below are the list of SSP Prizes that are not claimed by the winners for the month of January until June 2012.
As stated in Terms and Conditions of the SSP prizes, Prizes won must be claimed by winners no later than 1 year from the date of SSP draw. The Bank will not entertain any claim after the said period.
Winners of each categories are required to submit a copy of Identity Card (I/C) , a copy of SSP cert (if available), up-to-date address and phone numbers to the Bank via facsimile or post to the address or number as stated below:-
sumber: http://www.mybsn.com.my
P/S: Nama ku tak de.. kalo korang tak nak bagi la kat aku yang nak ni ^^
Thursday, December 13, 2012
demi suami tercinta
13 Dec - Seorang wanita 25 tahun sanggup mengenepikan rasa geli dan takutnya demi memenuhi keinginan suaminya. Kejadian berlaku di Kg Tali Air, Morib jam 9.30 pagi.
Bermula dengan bacaan selawat dan menguatkan tekad di hati, beliau membuka plastik dan mengeluarkan isinya sambil menelan air liur. "Ada 4 ekor, memang macam ular, nasib baik dah mati. Mintak-mintaklah dia tak hidup balik" bisik hatinya.
Dia yang berlumuran lendir diambil dan disembelih kepalanya tanpa banyak periksa. Banyak darah yang keluar. Wanita tersebut memotongnya sepanjang lebih kurang 3cm. Setiap potongan mengeluarkan darah. Hujungnya dipicit sedikit atau dipotong bawahnya untuk membuang tahi lalu dibasuh gosok-gosok sehingga bersih.
Wanita tersebut kemudian merendamnya dalam air asam jawa selama 10 minit. Seterusnya membilas dan merendamnya semula. Tetapi kali ini dalam air tepung gandum dan diperah sebiji limau nipis sebesar telur ayam saiz A.
Hasilnya kulitnya menjadi kasar, tidak lagi licin berlendir. hujung bahagian yang dipotong menjadi agak putih. "Suami saya mintak dimasak asam pedas. Selebihnya saya nak goreng. Rasanya saya dah boleh makan belut ni, tak geli dah. Pasti lazat dan berkhasiat. "
Friday, December 7, 2012
komisen affiliate terus masuk akaun
alhamdulillah
1st time dapat komisen affiliate
biasa kene cek kan berapa jumlah yang terkumpul?
kemudian proceed utk payment
tapi affiliate ni tak perlu cek tak perlu proceed
tiba2 je dapat email beritahu komisen sudah pun di bank in
sila semak akaun...
alhamdulillah
walaupun jumlahnya sedikit <rm50
syukran kepada tuan affiliate kerana kejujurannya
moga Allah merahmati beliau dan usahanya yang murni
klik SINI utk ke affiliate tersebut :)
Monday, December 3, 2012
Saya sayang kamu, sahabatku!
ingat tak masa kita kat UKM dulu?
sem 2 kalo xsilap
aku lepak bilik kau (bilik single)
kita tengok citer korea same2
dari mlm sampai pg
dr pagi smpai mlm
tak ingat dunia kate org
tapi kite xtinggal solat
dan kau bc surah yasin setiap mlm Jumaat
Sem 3 kalo aku xsilap
kita naik moto AFM bersama
(pengorbanan ayah kau dari taiping ke UKM)
~seronok sebab da xperlu tunggu/rebut naik bas~
pergi kuliah, pergi tutorial
pergi cek gigi kat pusat kesihatan
pergi ptsl sampai ke library FUU
pergi exam di KETAM?
pergi meeting, pergi pasar malam
pergi cari makan sampai ke za'ba
shopping kain baju kat pusaneka
cari hadiah sampai ke warta
banyak persamaan antara kita
sama2 rendah, sama2 belum berpunya
citarasa, favourite kita pun sama
lahir january walaupun berlainan tahun
pergi kuliah, balik kuliah
(selalu sangat pakai baju tema sama
walaupun kita tak rancang)
balik kampung, outing
di mana ada kau
di situ ada aku
kawan lame kau, kawan aku rupanya
kawan lame aku, kawan kau rupanya
~keciknya dunia~
kita cari kelas tutorial sama2
ku ajar kau maharat
kau pinjamkan aku buku rujukan
kau ajar aku cara berjimat beli makanan
ku turunkan ilmu ni pada adikku hihi
walaupun aku blok 11, kau blok 14 di KKM
walaupun aku dok Ipoh, kau dok Taiping
ingat tak masa nak balik cuti
slps habis kuliah undang2 hari Sabtu
kita tebalkan muka dengan sorang kakak ni
mintak tumpang balik rumah
(gara2 tiket bas dah habis)
dapatla kita merasa ikan stim cicah budu
dan pulang ke Ipoh dan Taiping PERCUMA
sem akhir ketika ku sudah punyai cinta hati
hubungan kita mulai renggang
aku dengan cinta hatiku
kau pula dengan roommate mu
tapi kita sama2 buat tak tahu
masih dengan rutin yang dulu
cuba utk sama2 susah, sama2 senang
ingat tak masa kita arrangekan trip Undang2 perbandingan
sampai kau kena marah dengan Dekan
aku tak mampu buat apa2
cuma dapat menemani kau,
beri semangat dan cari idea jalan penyelesaian..
tapi trip kita berjaya!!
main kayak, jungle tracking
konon2 nak tido dlm khemah tapi xjadi sbb hujan lebat hahaha
~seronok sangat2~
walaupun ada classmate tiba2 merajuk minta dipujuk?
walaupun hensetku masuk air (lupa nak keluarkan sebelum berkayak)
walaupun dlm perjalan pulang kita bertengkar
gara2 nasi bungkus tak cukup
sebenarnya cukup, ku dah kira betul2
semua org dapat bahagian masing2
memang ada 1 nasi lebih
jadi ku beri pada cinta hatiku daripada terbiar membazir
masa kau tahu ini kau marah sangat2
aku hanya diam shj (rasanyalah)
kau duduk di kerusi lain (dalam bas)
dan aku duduk di kerusi lain
duduk sorang2 aku menangis
tapi tak la sampai teresak2
nangis dalam diam, cuma keluar air mata
sedih sebab salah faham ini
tak siapa pun tahu aku menangis
melainkan classmate yang tiba2 merajuk minta dipujuk tue
banyak lagi memori kita bersama
tak cukup 3 hari 3 malam nak cerita
setiap kali kau drop aku depan blok 11
kau akan cakap ayat macam ni lebih kurang
'nanti miskol kejut akak, da siap akak miskol ko'
hahaha.. same2 kedekut kredit!!
ingat tak masa kita berjalan depan canselori
kite tengok pameran, ada rangka manusia,
barang2 zaman paleolitik, mesolitik dll
tiba2 wartawan menemuramah dan mengambil gambar kita
beberapa minggu kemudian rakan beritahu gambar ku masuk paper
~seronok sangat, of course la gambar kita~
dengan excitednya singgah petronas beli paper BH
tapi yang ada gambar ku seorang
gambar kau tak ada
aku tak tahu macam mana nak bereaksi
perlu ke aku minta maaf? (bukan salah aku atau kita)
sebab aku tahu kau kecewa dan sedih
walaupun luaran kau nampak gembira
sebulan dua lepas tue
baru gambar kau pula masuk paper
aku tahu kau gembira
tapi ku tak tahu gembira yang macam mana
mungkin lebih gembira kalau gambar kita sama2 ada masa mula2 dulu
rasanya ku tak pernah ucap terima kasih
atas jasa kau dan AFM yang amat banyak
kite pernah naik AFM bertiga dengan roommate mu
masa balik meeting tengah2 malam
AFM padaku: A - plat perak. F - Fik cinta hatiku. M - maria (aku la tue).
Masa ni plat cinta hatiku BFM.
B- plat selangor. F - Fik cinta hatiku. M - maria (aku la tue).
(haha, gurau je)
terima kasih banyak2 sudi jadi sahabat aku
terima kasih banyak2 sudi tumpangkan aku naik AFM
terima kasih banyak2 belajar dengan aku
terima kasih banyak2 sebab kau banyak mendorong aku
dengan semangat dan aura kau yang luar biasa
terima kasih banyak2 sebab cuba menerima aku dengan cinta hati aku
terima kasih banyak2 sebab kau banyak membawa tuah
dan kegembiraan dalam hidupku
saat ini pasti kau sudah bergelar isteri
moga kau bahagia bersama suami tercinta
ingat, jadi isteri solehah
jangan buli suami (sian basri yang lemah lembut tue)
ikut cakap suami selagi tak ke arah maksiat
kerana redho suami segala2nya
aku post ni kat fb kau pagi tadi
aku tahu kau sibuk sebab hari ni kau jadi raja & permaisuri?
maaf ku tak dapat hadir di hari bahagia mu
ku tahu kau pasti sangat cantik hari ni
ni salah satu gambar kenangan kita
![]() |
| ~satu pagi di kursus perkahwinan... ngantuk kot time ni~ |
Aku Maria (pakai spek) dan kau Kak Eny
(aku panggil kakak sbb kau awal setahun dari aku
walaupun fakta kau rendah seinci dua dari aku hehe)
Aku sayang kau sebab aku sayang kau la
~mariah_smile 11a.m. 01/12/2012~
Saya sayang kamu, sahabatku !
*klik banner utk join*
im proud of myself!!
ku bangga dengan diri ku sendiri
tapi tak la sampai hidung kembang
just rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri.
walaupun ku hanya suri rumah
husband gaji basic < rm2000
tiada rumah sendiri
kami punya harta a.k.a. hutang myvi
tapi ku mampu bayar hutang belajar sendiri
tanpa bantuan en.suami
alhamdulillah
start bayar 1 january
setiap 1 hb ku maintain bayar rm200
hari ini 1 december
bermakna ku dah bayar rm200 x 12 bulan = rm2400
hanya dari hasil keuntungan bisnes online
alhamdulillah
tq customer mariah_smile store
walaupun untung < rm10 - rm2 bagi setiap item
ku bersyukur
sikit2 lama2 jadi bukit
bukan xnak cas lebih a.k.a. mahal
tapi kalau ku yang jadi customer
memang ku nak cari yang murah2 je
kalau mahal minta maaf la
tak dapat nak membelinya
ku cuma insan biasa yang ingin menjadi luar biasa
walaupun tidak dipandang, tidak dikenali
asal kenal kemahuan sendiri
nak hadiah? klik sini
Friday, November 16, 2012
Superior room vs Deluxe room di Pantai Cherating?
Orang cakap Cherating ni best. Betul ke?
Perjalanan ke sini bukan main jauh..
Seseorang telah berkata:
"Taubat aku nak pergi lagi,
lebih baik pergi Port Dickson.
Pantai juga, tak lah jauh sangat macam ni".
Berkumpul pukul 8pg (agak2 kami bersiap pukul berapa?)
Tiba di sini lagi 5 minit pukul 2 ptg.
Kenapa lambat sangat sampai? Biasala konvoi..
Berapa buah kereta tak sempat pulak nak kira
Dalam 8 - 9 biji rasanya.
Malam tadi ku dah google pasal hotel ni
The Legend Cherating Beach Resort
Sajelah nak tahu.. best ke, kemudahan ape je yg ada
Kesimpulannya.. tempat ni amatlah best
Boleh baca review tu kat SINI
Sampai2 je staff hotel yg ramai tue
tolong angkat barang dr bonet
tolong letak dlm troli
ohhh.. macam yg diceritakan ^^ bagus2
Oleh sebab barang kami semua teramatlah banyak
Troli yg satu tue hanya muat utk separuh barang ahli rombongan
Troli yg kedua tak kunjung tiba.. lama jugakla menunggu
Penat ooo dengan anak meragam
Terpaksa rela kami angkat barang yang berat tue sendiri ke bilik
Dengan hati yg berbuku2.. bukan hatiku haha
Moral: Memang kene beli troli sendiri la lain kali
(Hampir beli mlm td di Econsave tp xjadi)
No bilik 209.. Superior room rasanya
Yang pasti bukan deluxe room spt gambar di link tue
Sebab berbeza sikit design dan kemudahannya
Nah persamaan dan perbezaannya
v
v
v
v
Tv biasa je, bukan flat
Sofa hitam tue tiada, ada 2 bj kerusi dan 1 meja bulat,
langsir yg same cadar yg same
Ada balkoni, ada meja dan cermin
Peti Ais berisi 2 botol air mineral
Ada 4 power soket je
(1 utk tv, 1 utk kettle & 2 kosong tp yg kat bilik ni 1 da mmg rosak)
(1 utk tv, 1 utk kettle & 2 kosong tp yg kat bilik ni 1 da mmg rosak)
Arah kiblat pun ada
Buah2an tidak disediakan okey :D
Iron board & iron tiada (kene mintak kot, ku tak perlukannya)
hair dryer/ suis utk shaving ada..
water kettle dan kawan2nya ada
bedroom slippers xde... amat sejuk nak pijak lantai
ada ubat nyamuk (first time ku jumpe hotel ada bagi ubat nyamuk)
last but not least
tiada paip utk buang air di tandas
tak pasal2 kene tarik shower yg xberapa panjang tue?
Sabar je la...
last but not least
tiada paip utk buang air di tandas
tak pasal2 kene tarik shower yg xberapa panjang tue?
Sabar je la...
p/s: sila rujuk gambar pada link di atas utk perbezaan deluxe room dan superior room.
Ku tak ada rasa nak snap2 gambar
Sebenarnya malas nak transfer2 gambar ni... leceh
Selamat membaca lah ye :)
Ku tak ada rasa nak snap2 gambar
Sebenarnya malas nak transfer2 gambar ni... leceh
Selamat membaca lah ye :)
Okeylah, nak bawa anak kecil ini jalan-jalan sekeliling hotel.
(Naluri ibu dapat baca kemahuan anak yang bijak ini,
tahu2 je yang dia berada di hotel,
tadi dia cepat je nak cari bilik, meluru masuk bilik
terus panjat katil, lompat2 dengan riangnya
rugi mama tak rakam aksi kamu nak.. bukan senang)

moga maklumat ini berguna
utk sesiapa yg belum pernah ke sini
dan berhajat ke sini
p/s: pengalaman hari pertama di sini sehingga jam 5.47 pm
Saturday, November 3, 2012
ape kene ngn facebook ni
eh.. nape FB xleh buka ni? bnyak kali try dah ni.. loading page pun x.. warna putih je screen ni. xnampak batang hidung warna biru facebook tue pun huhu.. kalutttt...
time nak cepat time ni la fb wat hal.. sume detail product ngn harga ada kat fb.. cmne nak cek ni?
huihuihui... facebook wat maintanence besar2an ke.. sib bek google leh loading.. ngatkan td problem kat modem/ laptop ni wat hal.. sabau je la.. tergendala sebentar bisnes yg suam2 kuku bulan ni..
time nak cepat time ni la fb wat hal.. sume detail product ngn harga ada kat fb.. cmne nak cek ni?
This webpage is not available
huihuihui... facebook wat maintanence besar2an ke.. sib bek google leh loading.. ngatkan td problem kat modem/ laptop ni wat hal.. sabau je la.. tergendala sebentar bisnes yg suam2 kuku bulan ni..
Tuesday, October 30, 2012
korbankan ular sawa batik pada hari raya keempat
Raya Aidil Adha biasanya orang korbankan lembu, paling canggih pun korbankan unta. Tapi Aidil Adha di sini korbankan ular sawa batik... uhh, biar betul!! Kejadian berlaku pada malam raya ke empat (esoknya raya ke empat a.k.a. hari terakhir untuk korban).
![]() |
| gambar original okey.. bukan copy paste.. saya yg snap gambar ni |
Kejadian disedari apabila ayam membuat bunyi yang amat bising. Mengesyaki sesuatu berlaku, tuan rumah segera turun memeriksa reban ayam. Disangka biawak, rupanya seekor ular sawa batik. Ular tersebut disyaki telah mematuk seekor ayam namun belum sempat memakannya.
Setelah sesi toleransi dilakukan, akhirnya kepala ular tersebut telah dicantas namun ajalnya belum tiba. Setelah beberapa kali aksi tarik menarik dan jerit menjerit, akhirnya ular tersebut menyerah diri dengan kepalanya diikat.
"Ular tu dah panjat rumah. Kami ingat ular tu dah mati malam tadi tapi pagi ini ular tersebut tiada.
Rupanya dia telah bersembunyi di bawah kereta sepanjang malam" maklum tuan rumah. Ular yang masih bernyawa itu diseret dan diikat di tiang.
"Kami memukulnya lagi menggunakan kapak tapi kami yang penat. Kebal betul ular ni. Cina yang datang tak mahu ambil ular ni kerana badannya dah cedera dan nyawa-nyawa ikan. Dia nak ular yang hidup" kata tuan rumah.
Ular itu kemudiannya disedari telah mati sendiri pada jam 10.30 pagi ketika bomba sampai.
"Lain kali telefon awal-awal. Bahaya ular ni. Banyak bela ayam, tu yang dia datang" kata encik bomba yang tiba menaiki lori bersama alat-alat menangkap ular.
Untuk menonton video boleh request pada tuan rumah, namun diingatkan, video bukanlah ketika kejadian tengah panas. Sekian, terima kasih.
Untuk ketahui cerita kenangan raya yang lebih menarik, boleh kunjungi/ sertai:
Klik banner kat atas ni untuk join.
Thursday, February 2, 2012
RAHSIA kesihatan masyarakat cina kini terbongkar!!!
Antara Melayu, Cina dan India
Melayu yang plg ramai sakit dan masuk hospital
Asbab pemakanan kah?
"90% penyakit berpunca dari usus. Daripada 22,000 pembedahan yang saya pernah buat, saya tidak pernah jumpa satu usus yang normal. Antara 100,000 usus besar, hanya 6% yang benar-benar normal", kata Dr Harvey W Kellog
- Tips mengatasi masalah berat badan, kolestrol tinggi, buasir, sembelit, jerawat dll
- Tips menguruskan badan tanpa senaman
- Tips atasi perut buncit & selulit
- Kelebihan Aloe vera gel membantu pesakit diabetis?
- Penawar Darah tinggi & kolestrol tinggi
- Senggugut & Menopause?
- Bagaimana aloe vera singkirkan toksin?
- Forever Living VS produk jenama lain
- Testimoni
- Kesilapan semasa menguruskan badan
- Menu kuruskan badan
- Cara menjadi ahli/ Peluang Bisnes
- keratan akhbar
- Peringatan
Saturday, January 21, 2012
Buat duit dengan dropshipper?
- Jual brg dgn harge yg ditetapkan, dpt komisen yg ditetapkan. biasanya komisen rm5 utk 1 brg.
- Sukahati dropshipper nak jual harga berapa, yg penting bayar dekat penjual/supplier harge yg die jual. cth: Abi jual syampu rm5. Dropshipper jual pd custmer rm15. Dropshipper dpt untung rm10 slps bayar kat abi rm5.
Saya lebih suke yg no.1 sbb xda persaingan dr segi harga. fair n square. custmer mestila nk beli brg dgn harge yg plg murah ^_^ (sy juga seorang custmer)
BERHATI2 utk menjadi dropshipper kerana dropshipper lebih banyak kena tipu berbanding customer. Maksudnya penjual/supplier yg menipu dropshipper terutama pada musim perayaan. Lebih banyak di sini bermaksud dari segi wang. Dari segi bilangan, kena buat soal selidik, statistik la pulak, ngeee~~
Alhamdulillah saya xpernah lagi kene tipu, Ada member FB yg kena tipu mase Raya Puasa haritu.. Boleh cek group FB 'kami di sini kamu di sana' 'kami benci penipu...' dll lagi group FB yg menyiarkan on9 seller yg kaki menipu.
Beberapa tips untuk menjadi dropshipper:
- Tanya diri sendiri minat nak jual barang apa. ~Baju baby dan kanak2, mainan kanak2, cloth diaper, baju perempuan, handbag, perfume, jam tangan, tudung, kerongsang dll.. Belacan pun dah ade yang jual kat FB taw hehe.
- Cuba beli barang tersebut dahulu untuk diri sendiri.
~Apabila barang selamat sampai, barulah timbul keyakinan bahawa penjual tersebut tidak menipu.
~Dapat melihat rupa barang tersebut sendiri, warna, kualiti dan sebagainya.
- Pasa masa ini jika telah timbul perasaan puas hati dengan barang tersebut dan servisnya, apa tunggu lagi? Mendaftarlah sebagai dropshipper dan mulakan perniagaan anda!
![]() |
| ~gambar xde kena mengena~ |
Kebaikan Vs Keburukan dropshipper:
- Kebaikan
- Tak perlu modal permulaan.
- Tak perlu simpan stok.
- Hanya perlukan internet, laptop dan seumpamanya untuk memulakan bisnes.
- Dapat untung tanpa perlu bersusah payah kira stok, packing, pos dll. Orang cakap 'untung atas angin'.
- Keburukan
- Tidak melihat/ mengetahui keadaan barang jualan.
- Terpaksa mempercayai supplier dari segi kualiti barang dan pembungkusan.
- Customer mencari/memarahi/menyalahkan anda sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan barang, packaging dll.
- Perlu menjaga hubungan baik sebagai orang tengah antara customer dengan supplier.
Friday, January 20, 2012
Surat Cinta Pelajar IPTA
Salam alaik buat kekandaku sekalian,
Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan redha dan rahmat Allah selalu. Kehadiran warkah ini adalah bertujuan untuk meminta pendapat kekanda berdua dalam dinda membuat keputusan.
k.xmo skema. Dlu ana ada berbincang ngan ayah ngan bonda berkaitan ngan sorang muslimin yang telah merisik ana melalui seorang ustaz (kaedah baitul muslim). Ana dah melalui sesi taaruf dengan muslimin tersebut dan telah beristikharah serta bertanyakan pendapat ayah dan bonda. Bonda kata --> ikut la apa yg terbaik. Ayah mcm senyap je. So..ana xtau apa pendapat dan pandangan ayah.
Ye..ana tau ana masih belajar. Bukan ana merancang tuk kawin dalam masa terdekat ni. Ana pun xdela kenal muslimin tersebut sepenuhnya. Jumpa dalam program2 persatuan je n last bertemu empat mata pun masa sesi taaruf dengan kehadiran ustaz ustazah. Objektif baitul muslim adalah untuk mengelakkan gejala couple2 skrg ni dengan membina alternative orang tengah dalam perhubungan.
Tujuan utama disini..nak mintak pendapat kalian. Macammana ana nak fahamkan ayah ngan bonda yang kaedah baitul muslim ni..betul2 serius la. Bkn main2. Dlm pd msa melalui ikatan ni, ktorang perlu putuskan bersama perancangan akan dtg. Nak jmpa family 2 belah pihak bila, kawen bila, lepas kawen..nk smbung blajar or nk kerje, menetap kat mana bila dah kawen, dll.
Ana kira, perlu untuk ana meminta muslimin tersebut datang ke rumah untuk bersuai kenal dengan ayah ngan bonda. So..klo ayah ngan bonda xberkenan dihati..ana boleh reject awal2 sebelum betul2 serius merancang. Apa pendapan kalian??
Alhamdulillah bagus niat tue..tp harus diingat dinda kan masih menuntut lagi,masih tergalas lagi dibahu dinda tue amanah dan harapan abi ngan umi untuk melihat dinda berjaya di universiti sehingga memiliki kerjaya sendiri..mmg kanda x setuju la kalo dinda nk wat perjanjian dl,hbs kan dl la pengajian dinda tue,nnt blh bantu adik2 yg lain nk msk u plk..
Kalau ada orang lain yg nk mengorat dinda tue biasa la,kan dinda kanda nie sume nya cantik2 dan solehah belaka..semua tue kan ujian dlm menuntut ilmu..kalo btl muslimin tue ingin kan dinda mesti dia sanggup tunggu..ke tepi kan dl permainan jiwa dan perasaan tue..hati manusia nie kan selalu berbolak balik..nnt diri sendiri yg keciwa dan merana.. X yah nk tunang2 nnt kalo muslimin tue dh berkenan dtg je merisik dan terus la nikah..
Ye ana tau..ayah ngan bonda nk tgk ana kerje dlu. Ada kerjaya sndiri dan bantu keluarga serta bantu kekanda sulung untuk support adik2 belajar. Tapi..seperti yang ana katakan diawal2 dahulu 'Bukan ana merancang untuk kawin dalam masa terdekat ni'. Kalo ikut perancangan ana..ana mmg nk kerja dulu. Baru kawen. Ana da ckp pun kat pihak muslimin masa sesi taaruf. Pihak muslimin pun bersetuju. Tambahan lagi beliau anak sulung dan adik2 dibawahnya semua masih belajar. Dalam pada menunggu,kan elok buat perancangan. Bersedia dari awal.
Yup, keredhaan Allah terletak pada keredhaan bonda n ayah. Oleh itu..ana bawa isu ni tuk berbincang. Tapi ye lah. Kalo ayah ngan bonda kata..xperlu dan seperti yang kanda sulung kata. Ana turuti lah. Bantu adik2 masuk U dlu. Fokus pd belajar dan kerja.
Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan redha dan rahmat Allah selalu. Kehadiran warkah ini adalah bertujuan untuk meminta pendapat kekanda berdua dalam dinda membuat keputusan.
Ye..ana tau ana masih belajar. Bukan ana merancang tuk kawin dalam masa terdekat ni. Ana pun xdela kenal muslimin tersebut sepenuhnya. Jumpa dalam program2 persatuan je n last bertemu empat mata pun masa sesi taaruf dengan kehadiran ustaz ustazah. Objektif baitul muslim adalah untuk mengelakkan gejala couple2 skrg ni dengan membina alternative orang tengah dalam perhubungan.
Setelah ana beristikharah, mengambil kira pandangan bonda, bertanya sahabat2 ngan berbincang dengan senior2, Ana bersetuju untuk menerima muslimin tersebut. Tetapi, ana masih perlukan kata putus dari ayah dan bonda.Seandainya ayah ngan bonda tidak bersetuju..ana bley amik langkah awal untuk leraikan perjanjian antara 2 pihak ini. So, xde la muslimin tersebut menunggu tanpa kata putus.
Dan dalam islam juga, bila berlakunya situasi seperti ini dimana pihak lelaki dan pihak perempuan telah bersetuju.. mereka telah dikira bertunang dan haramlah bagi dia menerima pinangan dari orang lain. So..ana nk ayah ngan bonda fahamla. Andai kata ada orang lain merisik, ana..bley jawab..ana da bertunang. Bertunang dalam islam bukan dalam adat. Ana pun bley menolak gangguan lelaki2 lain yang mengganggu hati dan perasaan dengan mengatakan ana telah bertunang.
Dan dalam islam juga, bila berlakunya situasi seperti ini dimana pihak lelaki dan pihak perempuan telah bersetuju.. mereka telah dikira bertunang dan haramlah bagi dia menerima pinangan dari orang lain. So..ana nk ayah ngan bonda fahamla. Andai kata ada orang lain merisik, ana..bley jawab..ana da bertunang. Bertunang dalam islam bukan dalam adat. Ana pun bley menolak gangguan lelaki2 lain yang mengganggu hati dan perasaan dengan mengatakan ana telah bertunang.
Ana kira, perlu untuk ana meminta muslimin tersebut datang ke rumah untuk bersuai kenal dengan ayah ngan bonda. So..klo ayah ngan bonda xberkenan dihati..ana boleh reject awal2 sebelum betul2 serius merancang. Apa pendapan kalian??
**************************************************
1.kalo ayah n bonda bc surat ni pun dah boley faham. xperlu terangkan lagi. so kekanda sulung boleh bacakan untuk ayah n bonda.
2.dlm islam perjanjian mmg dah dikira bertunang n lebih afdhal merahsiakan pertunangan. nikah baru wat majlis sebagai hebahan kpd org ramai. bertunang juga merupakan sunnah. tetapi sekadar perjanjian tanpa kedua2 family adalah perjanjian tidak rasmi. buatlah perjanjian yg rasmi dengan persetujuan kedua2 family. bila family die dtg, perlulah sediakan juadah yg super istimewa a.k.a majlis bertunang... jadi...
3.suruh saje die dan keluarga dtg rumah suai kenal a.k.a. berbincang apa yg perlu ngn ayah bonda. kalau die sahaja dulu pun xpe. kemudan br family die. ikutlah keselesaan.... a.k.a. merisik..
sekian shj dr kekanda no.2

W'salam...
Bismillahirrahmanirrahim...
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah bagus niat tue..tp harus diingat dinda kan masih menuntut lagi,masih tergalas lagi dibahu dinda tue amanah dan harapan abi ngan umi untuk melihat dinda berjaya di universiti sehingga memiliki kerjaya sendiri..mmg kanda x setuju la kalo dinda nk wat perjanjian dl,hbs kan dl la pengajian dinda tue,nnt blh bantu adik2 yg lain nk msk u plk..
Kalau ada orang lain yg nk mengorat dinda tue biasa la,kan dinda kanda nie sume nya cantik2 dan solehah belaka..semua tue kan ujian dlm menuntut ilmu..kalo btl muslimin tue ingin kan dinda mesti dia sanggup tunggu..ke tepi kan dl permainan jiwa dan perasaan tue..hati manusia nie kan selalu berbolak balik..nnt diri sendiri yg keciwa dan merana.. X yah nk tunang2 nnt kalo muslimin tue dh berkenan dtg je merisik dan terus la nikah..
jangan hampakan perasaan ibu dan ayah,ketepikan dulu perasaan diri sendiri..keredhaan allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah..
~kanda sulung~
**************************************************
Pertamanya..terima kasih untuk pendapat2 kalian. Kalo ikut kekanda no.2,YEY... kalo ikot kekanda sulung, isk3 T_T. Hehehe.
Ye ana tau..ayah ngan bonda nk tgk ana kerje dlu. Ada kerjaya sndiri dan bantu keluarga serta bantu kekanda sulung untuk support adik2 belajar. Tapi..seperti yang ana katakan diawal2 dahulu 'Bukan ana merancang untuk kawin dalam masa terdekat ni'. Kalo ikut perancangan ana..ana mmg nk kerja dulu. Baru kawen. Ana da ckp pun kat pihak muslimin masa sesi taaruf. Pihak muslimin pun bersetuju. Tambahan lagi beliau anak sulung dan adik2 dibawahnya semua masih belajar. Dalam pada menunggu,kan elok buat perancangan. Bersedia dari awal.
Faedah yang ana nmpak bila merancang awal, boleh kumpl duit awal2. Xde la dah bertunang baru nk fikir cari duit. Lagi 1..dah boleh plan kerjaya (conth: Ana ngan muslimin tersebut bersetuju untuk settledown kat area lembah klang, so..da bley cari kerja n rumah kat area2 situ after grad. So, xde istilah..dah kerja then berhenti sbb kawen n kne ikut suami. (maaf ye kanda no.2, kalo terasa. Ini realiti).
Disebabkan ana dah berada ditahun akhir, org2 yang mengorat bukan lagi hanya cinta2 monyet. Diorang serius ajak kawen. Dlu pernah ditaaruf oleh seorang ustaz, tp ana da tolak sbb ana rasa muda sgt. Masa tu tahun 2 nk masuk tahun 3. Kawan MRSM ana yang dah habis belajar kat oversea, kerja kat bank pun da mula risik2. Katanya kalo belum ada pape ikatan..dia nk hantar family merisik dan bertunang. Oleh itu, sebelum apa2 berlaku..eloklah kiranya ana kenalkan muslimin tersebut dengan ayah ngan bonda.
Disebabkan ana dah berada ditahun akhir, org2 yang mengorat bukan lagi hanya cinta2 monyet. Diorang serius ajak kawen. Dlu pernah ditaaruf oleh seorang ustaz, tp ana da tolak sbb ana rasa muda sgt. Masa tu tahun 2 nk masuk tahun 3. Kawan MRSM ana yang dah habis belajar kat oversea, kerja kat bank pun da mula risik2. Katanya kalo belum ada pape ikatan..dia nk hantar family merisik dan bertunang. Oleh itu, sebelum apa2 berlaku..eloklah kiranya ana kenalkan muslimin tersebut dengan ayah ngan bonda.
Yup, keredhaan Allah terletak pada keredhaan bonda n ayah. Oleh itu..ana bawa isu ni tuk berbincang. Tapi ye lah. Kalo ayah ngan bonda kata..xperlu dan seperti yang kanda sulung kata. Ana turuti lah. Bantu adik2 masuk U dlu. Fokus pd belajar dan kerja.
Ok lah. skrg ni musim exam.Doakan ana ye. Ilal liqo wa maassalamah.
**************************************************
nota kaki: ~ terjumpa surat cinta ni, xtahu siapa pemiliknya ^_^
Thursday, January 19, 2012
saya naik pangkat ^_^
Berkat usaha, doa dan tawakal
Akhirnya impian sy yg kecil ni menjadi kenyataan
Alhamdulillah...
Impian kecil atau saya yg kecil?? =)
Terima kasih yang tak terhingga
terutama kepada kakak pucca saya
yg menjadi perintis penggerak kejayaan saya ini
tanpamu ku tak sampai ke tahap ini.. (terharu tak hehe)
Juga kepada pelanggan2 bertuah saya..
Buat mereka2 yang menyokong saya
secara langsung mahupun tidak langsung
jutaan terima kasih diucapkan!!
Kini saya telah NAIK PANGKAT ^_^
Menjadi agen sauna secara rasmi
Nantikan nama dan no fon saya di majalah
![]() |
| ~antara produk2 sauna~ |
Kejayaan ni mungkin kecil bg sebahagian orang
Tapi bagi saya ianya kejayaan yg AMAT BESAR
Saya telah melepasi cabaran ni dengan jayanya
(mencabar diri sendiri)
Alhamdulillah..
Justeru... (sy memang skema, okey)
Ada BERITA BAIK untuk mereka yang ingin tampil SIHAT
atau MENGURUSKAN BADAN dengan bersauna..
v
v
v
"HARGA KASIH SAYANG diteruskan setiap bulan,
tetapi terhad kpd 3 pelanggan terawal shj ^_^
![]() |
| ~antara produk sauna~ |
Untuk membeli/ mendapatkan HARGA KASIH SAYANG
sila hubungi saya melalui facebook mariah_smile
terima kasih ^_^
Friday, January 13, 2012
trick atau tips pakaikan lampin + awet muda
~cantik baby ni punye pampers~
pagi tadi ada baca status seorang kawan di fb
statusnya lebih kurang begini:
ramai orang taksuka gemar memakaikan lampin pada baby
sebab baby asyik nak berguling dan melarikan diri
statusnya lebih kurang begini:
ramai orang tak
sebab baby asyik nak berguling dan melarikan diri
[betul3x, dalam hati okey ^_^]
tapi saya suka pakaikan baby lampin
sebab boleh main cak cak dengan baby tue
tapi saya suka pakaikan baby lampin
sebab boleh main cak cak dengan baby tue
wahaha.. idea yg bernas
drpd marah2 baby yg tak nak dok diam
lebih baik main cak cak
secara tak langsung bagi awet muda pada ibu2
tapi...
die tak de la pulak bagitahu
main cak cak yg macam mane?
fikir sendirilah ye
selamat beramal!! =)
Thursday, January 12, 2012
125 org wish besday die.. artis ke?
12/01/2012
setakat jam 8.57pm
125 org wish besday die kat fb
ramai tuuu...
camne agaknye die nak reply sume wish tue kan :P
apa2pun,
terima kasih kepada semua yang sudi ringankan tangan wish besday saya
saya amat2 menghargainya
saya bukan artis
saya cuma orang biasa
yang bercita2 luar biasa :P
terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian
secara tak langsung saya tahu ramai yang menyayangi saya
perasan la pulak hehe
terima kasih!!
Sunday, January 1, 2012
Tips mendidik anak di zaman Tablet PC
"Hendaklah ibu bapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik
sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada zaman ibu bapanya." -kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a
*fikir2kan, dan selamat beramal menempuh tahun 2012 ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)