Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Friday, January 25, 2013

tarikh akhir isi UPU bagi lepasan SPM 2012

sambungan entry KPLSPM ambilan 2013.

... hm, tunggu matrix je la. Kak, tengokkan sekali due date UPU, no PIN BSN tak beli lagi.
~ sabo je la adik-adikku ni.. nak terberak baru buat jamban.

LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI & ILKA


Logo Jata Negara
Logo UPU

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014 DIBUKA MULAI JAM 12:00 TGH HARI 07 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013


~ha, sib baik lama lg tarikh tarikh akhir isi UPU bagi lepasan SPM 2012.

Thursday, January 24, 2013

KPLSPM ambilan 2013

Adikku lepasan SPM 2012 berada dalam dilema memikirkan masa depannya. Apabila ditanya nak jadi apa nanti, jawapannya TAK TAHU. Nak kerja apa? TAK TAHU. Minat bahagian apa? TAK TAHU.Apply apa je setakat ni? MATRIX je. Abi umi cakap apa? ABI SURUH IKUT JEJAK KAKAK.

Adehhhh.. kakaknye ni pandai, rajin belajar tapi sekarang jadi suri rumah :P (sila jangan kondem pekerjaan sbg surirumah, banyak pahala and i want to create my children to become truly khalifah and hafizoh di zaman yg sungguh mencabar - sila bayangkan kerosakan akhlak yg berlaku sekarang, budak sekolah rendah/menengah dah lari ikut boyfriend dll).

okey sambung balik.. UPU dah isi? BELUM. dah beli no PIN kat BSN? BELUM, UMI SURUH TENGOK KPLSPM. ha, ni la jawapan KPLSPM tu ~apa pun tak boleh~

*******************

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.

Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.


Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.

Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan. 

*******************
sumber: http://jawatankerajaan.blogspot.com/2012/12/permohonan-kursus-maktab-perguruan.html

Saturday, January 5, 2013

Jadual Puasa tahun 2013 bersamaan 1434H/ 1435H


dari wall M Waliyuddin Baharudin
Eksklusif dibawakan sempena menghampiri tahun 2013, 
semoga kita jadi hamba Allah yg soleh.. 
kalau ada silap di mana2 harap maklum ye utk diperbaiki.. ^^


Seperti pesan al-marhum al-ustaz Fathi Yakan dlm Bahtera Penyelamat, 
antara bekalan para Dai'e itu adalah Puasa di hari panas terik demi menghadapi hari kebangkitan.. 
Semoga Allah redha~




Friday, January 4, 2013

Syarat dan cara dapatkan Rebat RM200 telefon pintar

Untuk mereka-mereka dan adik-adik tersayang, Ni ha syarat-syarat permohonan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar. Boleh isi permohonan sebagai pekerja atau pelajar!! 



Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

*Isi di link ini: https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

Akak isi untuk adik akak sebagai pekerja:

  • Maklumat yang diperlukan seperti biasa: nama, no IC, email, no.fon, alamat surat menyurat.
  • Maklumat biasa yang juga diperlukan: maklumat pakej plan data kalau sudah ada seperti pasca bayar atau prabayar serta perkhidmatan dari maxis, celcom, digi atau kawan-kawannya. 
  • Maklumat luar biasa yang diperlukan: Profil laman sosial seperti facebook dan kawan-kawannya... ~0ooowh
  • Maklumat pekerjaan: gaji kasar, No.fail LHDN (kalau ade ~apekah?), No. KWSP, nama majikan, alamat pejabat
  • Pengesahan.. ~ step ni akak tak dapat buat sebab adik akak baru kerja 2 bulan.. belum  daftar KWSP.. sabar je lah.. da nak siap isi pun..

Telefon pintar yang mana ditawarkan? check di sini: https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html

Ini pula soalan-soalan yang sering menjadi tanda tanya.. akak copy paste shj:
PAKEJ KOMUNIKASI BELIA
1.S:Apakah Pakej Komunikasi Belia?
J:Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.
2.S:Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?
J:Syarat kelayakan adalah:
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
3.S:Bilakah saya boleh mula memohon?
J:Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.
4.S:Bagaimana cara untuk saya memohon?
J:Untuk memudahkan proses pendaftaran, borang pra pendaftaran perlu diisi secara atas talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.
5.S:Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?
J:Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
6.S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
J:Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.
7.S:Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
J:Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.
8.S:Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?
J:Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.
9.S:Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
J:Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
10.S:Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?
J:Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.
11.S:Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
J:Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut..
12.S:Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ?
J:Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.
13.S:Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?
J:Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.
14.S:Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?
J:
  • Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
  • Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
  • Anda telah mendaftar lebih daripada sekali
15.S:Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?
J:Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.
16.S:Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?
J:Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
17.S:Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?
J:Tidak layak.
18.S:Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
J:Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.
19.S:Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
J:Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah..
20.S:Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
J:Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan..

Geran RM1000 untuk usahawan online

Semalam adik telefon mintak tolong daftarkan untuk dapat rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar. Ku cuba klik link tersebut tapi 'this webpage is not available'. Sabar je lah.

Pertama kali buka website SKMM, teruja juga sebab ada ditawarkan geran RM1,000 untuk usahawan kecil a.k.a usahawan online.. huh, terasa untuk mohon aje.. tak percaya?

Baca maklumat berikut yang ku copy paste dari https://gmbo.skmm.gov.my/plain/faqs.html

rebat RM200 telefon pintar

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1.S:Apakah itu Get Malaysian Business Online?
 J:Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
   
2.S:Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
 J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
   
3.S:Bilakah saya boleh mula memohon?
 J:Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
   
4.S:Bagaimana cara untuk saya memohon?
 J:Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
   
5.S:Bagaimanakah geran diagihkan?
 J:Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
   
6.S:Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
 J:Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
   
7.S:Apakah sebab permohonan ditolak?
 J:Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  • Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  • Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
   
8.S:Berapa kali permohonan boleh dibuat?
 J:Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.
   
9.S:Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
 J:Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.
   
10.S:Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
 J:Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.
   
11.S:Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
 J:Tiada.
   
12.S:Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
 J:Tidak
   
13.S:Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
 J:Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.
   
14.S:Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
 J:Tiada
   
15.S:Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
 J:Tiada.
   
16.S:Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
 J:Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.
   
17.S:Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
 J:Ya.
   
18.S:aya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
 J:Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
   
19.S:Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
 J:Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.
   
20.S:Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
 J:Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
   
21.S:Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
 J:Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma.
   
22.S:Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
 J:Ya.
   
23.S:Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
 J:Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.
   
24.S:Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
 J:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
   
25.S:Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
 J:Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
   
26.S:Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
 J:Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

Teknik menghafal dari JOHAN hafazan peringkat antarabangsa


Perkongsian dari sahabat sekerja Bintu Mujahid..
Teknik menghafal al-Quran dari JOHAN hafazan peringkat antarabangsa..
jom kita amalkan...
Mudah-mudahan dapat membantu kita menjaga kalamullah 
yang telah dihafaz mahupun yg baru nak menghafaz..



orang yang bijak adalah org yang mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain..


€sehingga alquran terpahat dihati€






Thursday, January 3, 2013

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Seseorang meminta ku isi BR1M bagi pihaknya..
ku buka link ini : 

hasilnya spt berikut :

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Permohonan telah ditutup pada 31 Disember 2012

~ohhh, lewat 3 hari..




ku buka link ini pula:
try isi.. try hantar.. permohonan berjaya ~yippie.. 
cetak permohonan..

dapat atau tak soal kedua
yang penting dah mohon.. kan3x..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome