Monday, February 18, 2013

Cara basuh guna pakai CD Cloth Diaper


info Lampin kain Moden/ Cloth diaper (CD)
- Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
- Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain bamboo charcoal (warna kelabu) yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa seakan lampin pakai buang.
- Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
- Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
- Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saiz S,M dan L.

Cara basuh Cloth diaper (CD)
- CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3x tanpa sabun (prewash) sebelum menggunakannya untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.. Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya.. (kalau basuh sekali je nak terus pakai pun boleh, tapi jgn pakai lama sangat nanti bocor).
- keluarkan insert dari CD untuk basuh.
- CD yang terkena poo (tahi bayi), pancutkan air ke CD untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee (kencing), cuma bilas dengan air saja.
- Gunakan sedikit sahaja (1/4 scoop) sabun serbuk yang tidak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. 


- Jika basuh Cloth diaper (CD) guna mesin basuh, boleh kumpul CD dalam baldi kering bertutup sehingga 2-3 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik).
- CD seeloknya dimasukkan dlm laudry bag (beg jaring) supaya getahnya tahan lama.
- basuhan kali pertama tanpa sabun, setkan pada rinse (bilas) dan spin.
- basuhan kali kedua seperti basuh baju biasa dengan 1/4 scoop sabun.


- sabun yg sesuai utk cuci Cloth diaper (CD):
Fab
Trojan
Kuat Harimau
BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
Cosway Kiddiewash
Might Detergent
Cosway Ecomax - for cp and cd
Shaklee Basic H
Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
Rockin' Green Detergent
Charlie's Soap (powder)
Pureen HAD (powder)
Pureen HAD (liquid)
Tiny Bubbles Detergent
LunaCare Detergent
Nellie's Laundry Soda
Mountain Green
BumGenius Diaper Detergent.

- sabun yg TAK BOLEH guna utk cuci Cloth diaper (CD):
Pureen Kiddiwash
Pureen ABD
Kao Attack
Nappikleen
Top Detergent
tak boleh guna sbb mengandungi:
- Softener
- Enyzme
- Bleach/ Whitener
- Anti-bacterial properties
dan Oils yg akan merosakkan CD.

Cadangan Jadual Penggunaan Cloth diaper (CD):
 7.00 – 10.00 PAGI : 1 CD + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM : 1 CD + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI : 1 CD + 2 INSERT

cara pakai Cloth diaper (CD):
1- laraskan 3 baris butang dihadapan kpd saiz S (cantumkan butang di baris 1 dgn baris ke 3), M (cantumkan butang di baris 1 dgn baris 2) atau L (tak perlu cantumkan butang).
2- masukkan 1 atau 2 insert ke dalam lubang CD, kemaskan.
3- pakaikan pada baby spt pakai pampers biasa. Butangkan dgn kemas supaya kencing tidak bocor.

pesanan semasa ber Cloth diaper (CD):
- jika pakai bedak/krim pada punggung bayi, sapu rata terlebih dahulu, kemudian baru pakaikan CD. Elakkan bedak dari tumpah terkena CD kerana boleh mengganggu penyerapan.
- guna biodegradable nappy liner (liner yg boleh buang dlm mangkuk tandas) supaya najis bayi tak terlalu mengotorkan CD atau washable nappy liner (liner yg boleh dibasuh).
- tak guna liner pun takpe, kuning/coklat pada CD boleh hilang semasa proses menjemur di bawah cahaya matahari.
- JANGAN SESEKALI MEMBERUS KEKOTORAN. gosok2 manja dengan tangan shj. JGN guna berus.

- semasa keluar berjalan2, boleh simpan CD yg dah kotor dlm wet bag (beg kalis air berzip supaya baunya tidak merebak keluar)

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome