Tuesday, April 2, 2013

Doa dan Wirid Ibu Mengandung menurut al-Quran dan Hadis

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk membaca buku Doa dan Wirid untuk Ibu Mengandung menurut Al-Quran dan Hadis.

Buku ini amat bagus kerana merupakan kompilasi doa-doa untuk diamalkan oleh ibu mengandung yang dikumpulkan daripada al-Quran, hadis Nabi SAW dan athar. 

Jutaan terima kasih kepada adik saya kerana menghadiahkan buku ini yang dibelinya menggunakan baucer buku BR1M :D Dapat pahala berterusan insyaAllah. Juga kepada penulis, pengumpul doa-doa dan mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penjualan buku ini.

Beria-ria saya ucapkan terima kasih kan? Macam dapat award pulak. Sebab terlalu banyak doa untuk ibu mengandung dan ilmu yang terkandung dalam buku ini. Walau hakikatnya buku ini sekecil tapak tangan dan setebal 102 mukasurat. Nipis je macam buku nota!

Antara doa yang terkandung dalam buku ini ialah doa mempermudahkan kelahiran, doa yang Rasulullah SAW minta dibacakan kepada anaknya Fatimah apabila sudah hampir masa melahirkan, doa apabila kandungan songsang, zikir, peringatan kepada ibu mengandung dan lain-lain. Sangat berguna dan bermanfaat!

Kesemua doa dan wirid yang terkandung dalam buku ini perlu dibaca oleh ibu hamil apabila kandungan sudah mencapai usia sembilan bulan atau apabila menjangka bayi akan dilahirkan lebih awal dan sewaktu dengannya. Tak boleh baca seawal kandungan!

Buku apa yang saya maksudkan? Ianya buku ini:



1 000 org yg bertuah:

Nadine said...

Assalam, nnti check email ye. thanks! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome