Thursday, January 24, 2013

KPLSPM ambilan 2013

Adikku lepasan SPM 2012 berada dalam dilema memikirkan masa depannya. Apabila ditanya nak jadi apa nanti, jawapannya TAK TAHU. Nak kerja apa? TAK TAHU. Minat bahagian apa? TAK TAHU.Apply apa je setakat ni? MATRIX je. Abi umi cakap apa? ABI SURUH IKUT JEJAK KAKAK.

Adehhhh.. kakaknye ni pandai, rajin belajar tapi sekarang jadi suri rumah :P (sila jangan kondem pekerjaan sbg surirumah, banyak pahala and i want to create my children to become truly khalifah and hafizoh di zaman yg sungguh mencabar - sila bayangkan kerosakan akhlak yg berlaku sekarang, budak sekolah rendah/menengah dah lari ikut boyfriend dll).

okey sambung balik.. UPU dah isi? BELUM. dah beli no PIN kat BSN? BELUM, UMI SURUH TENGOK KPLSPM. ha, ni la jawapan KPLSPM tu ~apa pun tak boleh~

*******************

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.

Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.


Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.

Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan. 

*******************
sumber: http://jawatankerajaan.blogspot.com/2012/12/permohonan-kursus-maktab-perguruan.html

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome