Monday, December 31, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod


Ramainye yang join GA Wak ni
walaupun wak cuma nak bagi Secondhand iPod touch 32GB
dan 5 hadiah saguhati
cayalah wak!!



take note nama saya ye wak
Kalo Allah dah tentukan ipod ni jadi milik saya, saya la yang menang.
Kalo sebaliknya, orang lain la menang.. redho..


Huda Syafiqah 's 1st Giveaway





klik banner utk join
tag miss blur, Aida dan Layla

Ku yang bertuah itu



menang edit blog percuma dari adik creative Aini Zakaria
terima kasih dik ^^



Saturday, December 29, 2012

salah siapakah ini?







ni hadiah dari Method Malaysia untuk ibu mertuaku
cecair pencuci kain 50 load
terima kasih.... tapi... 
cecairnya dah tumpah sob2x..
salah siapa ni???

pos laju call minta dtg ofis amik sendiri parsel
sbb pos laju tak boleh hantar barang yang rosak
pos laju bg 2 pilihan:
1-terima barang
2-pulangkan  pada pengirim. penerima perlu dtg sendiri utk isi borang
dan perlu membawa IC dan salinannya.

oleh sebab nama penerima nama ibu mertuaku
dan no telefon ialah nomborku (sengaja ku beri nombor ku.. kalo de pape, senang)
ku minta husband ambil shj parsel dan bawak balik rumahku.
takkan nak minta ibu mertua pergi pulak kan
dah la jauh pejabat pos laju tu

setelah ku periksa
memang cecair tumpah
botol pun ringan je tapi xde kesan pecah
tiba2 penutup die tertanggal (plastik penutup (seal) belum dibuka)
hm, sah la ni xtutup ketat... habis tumpah
bau memang semerbak la.. kuat dan wangi... i like..
tapi takkan tak check dulu sblm pos?
atau pos laju main baling campak barang menyebabkan penutupnya tertanggal sendiri?

apa2 pun alhamdulillah boleh tukar dgn yang baru
sedang menunggu reply dr person in charge
dan menunggu botol pencuci yang baru sampai
kali ini guna nama dan alamatku
pape jadi, senang :)

~menaip dr dalam kelambu


Friday, December 28, 2012

rezeki hari Jumaat



klik gambar kat atas utk cek kalo korang pun menang ^^

Apabila perempuan menjadi lelaki


Apabila tikus menebuk dinding playwood mencari makanan.. satu lubang.. dua lubang.. tiga lubang.. perempuan yang duduk di rumah mencari papan yang sesuai.. mencari paku.. mengambil lesung batu.. lalu menampal lubang2 tersebut.

Apabila telah setahun, dua tahun, tiga tahun berumah tangga.. perempuan di rumah mengalihkan perabot2 yang agak berat ke ruang yang lain.. deco2 kata orang.

Apabila kotak2 khazanah harta karun dibiarkan bertahun2.. perempuan di rumah mengalihkan kotak2 yang berat.. mengelap, membuang saki baki pekerjaan si tikus dan si lipas.

Apabila terlupa tarikh temujanji di klinik kesihatan atau pabila anak sakit.. perempuan di rumah mengambil kunci kereta, meletakkan anak di sebelah, dan memandu sendirian ke klinik kesihatan.

Apabila sampah menimbun dalam bakul sampah sebanyak timbunan baju2 yang belum dilipat, perempuan di rumah menyeret sampah ke tempat pembuangan sampah.

Apabila pulang dari cuti2 Malaysia, perempuan di rumah mengangat beg2 berisi baju dan barang2 dari bonet kereta ke rumah kemudian mengemasnya.

Apabila kain menimbun dalam bakul.. perempuan di rumah mengangkatnya ke mesin basuh lalu menyuruh mesin untuk membasuhnya. Setelah selesai, perempuan di rumah mengangkat bakul yang menjadi lebih berat ke ampaian untuk menyidai baju.

Apabila perbelanjaan isi rumah cukup2 makan atau melebihi pendapatan, perempuan di rumah menyumbang dari segi kewangan atau bekalan makanan.

berapa banyak apabila daaa...
- perempuan di rumah bermaksud isteri, ibu atau adik beradik.
- menjadi lelaki bermaksud dari segi membuat pekerjaan yang berat2.
- saje terfikir apabila ada masa lapang..



Thursday, December 27, 2012

Mentarang la yang paling sedap

Selasa en.suami beli mentarang di Sabak Bernam
sebelum en.suami pulang ku google cari resepi2 yang best
hasil carian, yang paling sedap ialah mentarang bakar
cari punya cari, ada blogger share cara membersihkan mentarang

ku bayangkan mentarang ni besar, 
sukar dibasuh sebab disaluti selut,
kene gosok2 dengan berus sabut..
tapi yang sampai adalah mentarang yang sudah putih berseri
kecil kurus panjang.. 
alhamdulillah, tak payah susah2 nak mencucinya..

inilah mentarang tue.. gambar cilok dari pakcik google

cara kopek:
  • tak boleh main kopek/ kopak je sbb kulit mentarang ni rapuh/halus/senang pecah. 
  • ku ikut cara yang blogger tue share. Pegang kepala mentarang (bahagian yang besar) menghadap ke arah badan kita. 
  • Pusing/tolak bahagian ekor die ke tepi.. dah tolak tue baru kopak dengan lemah lembut
  • Bolehla dikorek isinya. ku korek menggunakan ibu jari.. hati2 sebab jari boleh luka.
  • Dah keluarkan isinya, cuba raba mentarang tue.. Ada benda tajam macam taring.. ha, tu gigi mentarang. tarik untuk buang. 
  • Step seterusnya yang dishare oleh blogger tue: kene urut mentarang ni untuk buang taik/selut yang ada dlm badan die.. tapi ku skip step ni.
  • Kemudian basuh mentarang untuk di simpan dalam peti ais/ di masak.
gambar dari google

p/s:
  • kerana nak cepat, jari2 luka akibat mengopek mentarang.
  • en.suami dah rasa versi bakar, rasa nak muntah katanya sebab mentah..
  • versi goreng bersalut tepung paling sedap katanya..
  • so en.suami nak ku masak mentarang bersalut tepung kentucky.
  • tapi pagi tadi ku bekalkan en.suami mentarang bersalut tepung gandum+tepung beras. Tepung kentucky habisla sayang. Selamat menjamu selera.
  • nah link edisi penuh dari blogger tu.. klik SINI


Wednesday, December 26, 2012

2012 Giveaway by IraArina & Izzahlt



tag layla, nazurah

senarai hadiah-hadiah Giveaway :

    • 2x  RM15 - 2Pemenang (TOP REFFERAL!)
    • 1x Mug Comel- 1Pemenang
    • 1x Novel, 1x Buku Berunsur Islamik - 2Pemenang
    • 3x Tudung Bawal English Roses - 3Pemenang
    • 1x Felt Craft - 1Pemenang
    • 3x Tudung Bawal Printed Efa, 3x Keronsang - 3Pemenang
    • 1x Tumbler - 1Pemenang
    • 1x Purse - 1Pemenang *DITUKAR DENGAN HADIAH RM10 TOPUP UNTUK 2 ORANG*
    • 3x Ebook Resepi - 3Pemenang
    • 2x Colourful Handsocks - 2Pemenang
    • 1x Free Membership For 1Year - 1Pemenang
    • 1x TopUp RM10 - 1Pemenang
    • 1x TopUp RM10 - 1Pemenang
    • 2x TopUp RM5 - 2Pemenang
    • 2x TopUp RM5 - 2Pemenang

    nak join klik banner kat atas ^^

GIVEAWAY DISEMBER 2012 "LIKE"


DA LIKE & NAK HADIAH DRESS ATAU SKIRT... 
BOLEH KAN...
sehabis ringkas da entry ni hehe.. 
sesape nak join klik header bawah ni
laylaluckystars


Giveaway time: Jom Mari Berkenalan by Sang Puteri





 “Jom Mari Berkenalan

Nama : Mariatun Qibtiah

Nama panggilan: Maria kalo nak glemer, qib kalo nak lain dari yang lain.. kawan sekolah panggil meton..

Umur sekarang: 25 tahun.. 12 Januari 2013 dah jadi 26 tahun.

Sekarang tinggal di:  Banting, Selangor.. dekat dengan pantai morib.. jemputla datang

Warna kegemaran : sekarang suka warna ungu


p/s: sy nak NIAR multipurpose Dress tu hihi


Hadith pilihan ibu bapa, jiran, anak, suami, isteri, gadis

Berikut kompilasi hadith pilihan untuk renungan bersama:


  • Berbakti Kepada Ibu Bapa Adalah Segala-segalanya

Dan daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As katanya, “Seorang lelaki mengadap Rasulullah lalu berkata, “Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada Allah Taala”, Rasulullah bertanya, “Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?”,jawabnya, “Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup”. Rasulullah bertanya lagi, “Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah Taala?” Jawabnya, “Ya”. Kata Rasulullah, “Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada kedua-duanya”.

  • Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”. 

  • 3 Perkara Yang Disukai Allah
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”.

  • Hubungan Silaturahim Sebenarnya
Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As daripada Nabi SAW sabdanya, “Bukanlah penghubung orang yang hanya menghubung atau mengeratkan hubungan orang yang sedia menghubunginya sahaja, tetapi yang dikatakan penghubung ialah orang yang mengeratkan hubungan silaturahim yang telah terputus”.

  • Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.

  • Orang Yang Memakan Debu Panas
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.

  • Sebaik-baik Sahabat dan Jiran
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.

  • Eratkan Hubungan Silaturahim Sesama Jiran
Daripada ‘Aisyah R.Ha katanya, “Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW, “Aku mempunyai dua jiran tetangga yang berdekatan maka yang mana satukah boleh aku berikannya hadiah?“ Jawab Rasulullah, “Berikan (hadiah itu) kepada jiran yang paling dekat pintu rumahmu”.

  • Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.

  • Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”

  • Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. 
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.

  • Sebaik-baik Jiran Tetangga
Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasululah SAW, “Wahai Abu Dzar Apabila kamu merebus daging (membuat sup) perbanyakkanlah airnya (kuahnya) dan hendaklah engkau ingat jiran engkau”. 
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Dzar juga katanya, “Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah SAW) telah berpesan kepadaku, apabila engkau memasak daging perbanyakkanlah airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga jiran engkau dan berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik”

  • Berbuat BaikTerhadap Jiran
Daripada Ibnu Umar dan Aisyah R.huma, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran”. 

  • Perintah Anak Solat
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.

  • Ajari Anak-anak Akhlak Islam
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah Ø¨Ø³Ù… الله (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

  • Perkara yang salah mesti ditegur
Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan pemberian sedekah?”
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”.

  • Dermakan Sebahagian Harta Yang Kamu Sayangi
Daripada Anas RA katanya, Abu Thalhah RA ialah orang Ansar yang paling banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid (Nabawi). Rasulullah SAW pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermasud, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi” Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman yang maksudnya, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesungguhnya aku sangat sayang kepada kebun tamar Bir Ha’ itu dan aku jadikannya sebagai sedekah pada jalan Allah agar aku mendapat kebaikan (yang dijanjikan Allah) dan sebagai bekalan akhirat disisi Allah SWT. Oleh itu, engkau gunakanlah harta itu mengikut apa yang Allah tunjukkan kepadamu”. Maka jawab Rasulullah SAW, “Ah, harta itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, sesungguhnya aku dengar apa yang telah engkau katakan dan aku berpendapat engkau agihkan harta itu kepada kaum kerabat engkau”. Maka Abu Thalhah berkata, “Aku akan lakukan (seperti yang engkau suruh) wahai Rasulullah SAW”. Lalu Abu Thalhah membahagikan harta tersebut kepada kaum keluarga dan sepupunya”.

  • Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. 

  • Si Pemurah dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil”.

  • Jangan Cuai Sara Keluarga
Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya menyara keluarganya.

  • Berbelanja di Jalan Allah
Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”. 

  • Menyara Keluarga Lebih Afdhal
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”. 

  • Jangan Sakiti Suamimu
Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”.

  • Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki
Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. 

  • Redha Suami Membawa Ke Syurga
Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”.

  • Tingginya Darjat Suami Disisi Isteri
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka”.

  • Tunai Hajat Suami Ikut Kemampuan
Daripada Abu Ali Thalki bin Ali RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda” Apabila suami memanggil isterinya untuk menunaikan sesuatu hajatnya maka hendaklah dia segera datang sekalipun dia sedang memasak”.

  • Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami
Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”.

  • Kita Semua Adalah Pemimpin
Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya, “Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya”

  • Nikmat dunia yang paling baik
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.

  • Orang Paling Sempurna Imannya
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”.

  • Hak Isteri Terhadap Suami
Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA katanya aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri terhadap suaminya?“ Jawab baginda, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan memberi pakaian apabila engkau berpakaian dan jangan engkau memukul muka dan jangan engkau menghinanya dan janganlah engkau asingkan (ketika nusyuz) melainkan di dalam rumah”. 

  • Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.

  • Jangan ketawa dalam hal yang tidak munasabah
Daripada Abdullah bin Zam’ah RA bahawasanya beliau mendengar Nabi SAW berkhutbah dan baginda menyebut unta (yang menjadi mukjizat Nabi Soleh AS) dan orang yang menyembelihnya, maka Rasulullah SAW bersabda, “(membacakan firman Allah yang bermaksud), “Ketika orang yang paling jahat antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat). Seorang lelaki yang gagah lagi jahat dan berpengaruh dalam qabilahnya segera untuk membunuh unta itu. Kemudian baginda menyebut (perihal) orang-orang yang memberi beberapa nasihat tentang mereka”. Lalu kemudian baginda bersabda, “Ada diantara kamu yang sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba abdi kemudian menyetubuhinya pada akhir hari itu”. Kemudia baginda menasihati mereka mengenai ketawa disebabkan kentut lalu baginda bersabda, “Mengapa ada antara kamu yang ketawa dengan perbuatannya sendiri?”.

  • Wahai lelaki, lindungilah wanita..
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.

  • Hak Anak Yatim dan Orang Perempuan
Daripada Abi Syuraih Khuwailid bin Amru RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah Sesungguhnya aku sangat mementingkan hak dua orang yang lemah iaitu hak anak yatim dan orang perempuan”

  • Anak Perisai Api Neraka
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”.

  • Dua Golongan Wajib Dibantu
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda, “Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)”. 



p/s: - menang contest INI
      - cek keputusan penuh di SINI


Tuesday, December 25, 2012

syukur ketika musibah

tika Allah mendatangkan musibah padamu
bersyukurlah kerana ianya hanya berupa peringatan
menjadi pengajaran buat meniti kehidupan
yang masih panjang penuh ranjau dan liku

muhasabah kembali tingkah lakumu sebelum musibah
ia juga satu kifarah penghapus dosa-dosamu
bertaubatlah dengan taubat nasuha
moga dosa tidak membebankanmu di akhirat kelak

tika Allah menarik salah satu nikmat
bersyukurlah kerana hanya satu nikmat ditarik
sedangkan banyak lagi nikmat yang masih Allah beri pinjam
spt nikmat bernafas, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat mendengar dll

p/s: buat renungan bersama..
spek mata patah dua

Monday, December 24, 2012

SENARAI NAMA PEMENANG YG TIDAK MENUNTUT HADIAH SSP


Dear Valued Customer,

Link below are the list of  SSP Prizes that are not claimed by the winners for the month of January until June 2012.


As stated in Terms and Conditions of the SSP prizes, Prizes won must be claimed by winners no later than 1 year from the date of SSP draw. The Bank will not entertain any claim after the said period.

Winners of each categories are required  to submit a copy of  Identity Card (I/C) , a copy of SSP cert  (if available),  up-to-date address and phone numbers to the Bank via  facsimile or post to the address or number as stated below:-


P/S: Nama ku tak de.. kalo korang tak nak bagi la kat aku yang nak ni ^^ 

Sunday, December 23, 2012

RM99 2D1N for 3 pax at Glory Beach Resort, Port Dickson


  • Travel Period: 19 Dec 2012 – 31 Mar 2013
  • Book at least 5 days before departure date
  • 24 hour booking for 19 Dec 2012 - 2 Jan 2013
  • Bookings must be made before 31 Jan 2013

Unit Description

Master Room 
Queen size divan bed + remote controlled fan + air conditioning

Small Room
Single bed + remote controlled fan + air conditional

Living Hall 
Fan + air conditioning + sofa set with glass table + television rack with television

Kitchen 
Fridge + fully furnish kitchen cabinet

** Interior photos are for reference only

Glory Beach Resort is located on Tanjung Gemok Beach, the very first beach stretch in Port Dickson. Built on a 10-acre land area, Glory Beach Resort adopted a service-apartment concept for its six blocks apartment units. All 268 units are equipped with 3-star facilities such as air-conditioned hall and rooms, fridge, a kitchenette with tea or coffee making facility, television, telephone and water heater.

  

It has long been known as a family and group seminar’s favourite, now Glory Beach Resort has added another claim to fame on its list. The first ever turtle hatchery in Negeri Sembilan is located at Glory Beach Resort’s very own beach. It is a smart partnership project between the Resort and Jabatan Perikanan Malaysia in the name of turtle conservation and it is open to public, to learn why it is important to help Glory Beach Resort save the hawksbill turtles!

 

Glory Beach Resort has a number of in-house recreational facilities such as X-Treme games and sports activities. For the not-so-adventurous and for those looking for a more relaxed vacation, a massage therapy awaits you. A stroll by the beach and watch one of the most picturesque sunset in Port Dickson is one other thing that you can do here.

BOOKING PLEASE SIGN UP HERE:


Saturday, December 22, 2012

simple giveaway - pink orange shoppe

ini satu lagi GA yang simple
memang sesimple tajuk GA ni


saya tag Mina,  princess  dan mama

klik banner utk join!!



join ainkalam's rm30 top up give away

MOOD: suam2 kuku nak buka blog 2 3 hari ni
walaupun dilanda kebosanan yang amat..
kalo g klinik agak2 dapat ubat tak? hehe

join GA ni pun ubat gak sbb sangat simple
kalo yang kene like sponsor banyak2 tu..
takot penyakit M jadi lebih terukk
klik banner kat bawah ni utk join ye ^^





Friday, December 21, 2012

16gb Thumb Drive pendrive



slip plastik pos laju tulis prepaid 6
~sejak bila pulak ku order prepaid online?
~ku pakai kad topup je
selepas dibuka, rupanya hadiah ini dah sampai..


ada warranty lagi heheh
terus la daftar, apa nak tunggu lagi kan
*baru tahu pendrive ada warranty ^^
ku menang dari SINI





Capless! A brand new click-ing mechanism (like a mechanical pencil) - first to be seen in Malaysia . Available in capacities of up to 32GB.
- Available in 4GB / 8GB / 16GB / 32GB / 48GB
- Available in one color each per capacity
- Compliant with USB specification version 2.0 and 1.1
- Hot plug & play
- No external power is required-DC4.5V~5.5V from USB port
- Durable solid-state data retention for at least 10 years
- Shock resistance: 1000G (maximum)
- Read Speed: 14.0MB/sec
- Write Speed: 7.0MB/sec

- Support Windows ME / 2000 / XP / Vista / 7
- Support Windows 98 / 98SE with device driver
- Support Mac OS9.X and later (USB 1.1 speed)
- Support Mac OS10.2.8 and later (USB 2.0 speed)
- Support Linux Kernel 2.4.0 and later (USB 1.1 speed)
- Support Linux Kernel 2.4.10 and later (USB 2.0 speed)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome