Thursday, December 27, 2012

Mentarang la yang paling sedap

Selasa en.suami beli mentarang di Sabak Bernam
sebelum en.suami pulang ku google cari resepi2 yang best
hasil carian, yang paling sedap ialah mentarang bakar
cari punya cari, ada blogger share cara membersihkan mentarang

ku bayangkan mentarang ni besar, 
sukar dibasuh sebab disaluti selut,
kene gosok2 dengan berus sabut..
tapi yang sampai adalah mentarang yang sudah putih berseri
kecil kurus panjang.. 
alhamdulillah, tak payah susah2 nak mencucinya..

inilah mentarang tue.. gambar cilok dari pakcik google

cara kopek:
  • tak boleh main kopek/ kopak je sbb kulit mentarang ni rapuh/halus/senang pecah. 
  • ku ikut cara yang blogger tue share. Pegang kepala mentarang (bahagian yang besar) menghadap ke arah badan kita. 
  • Pusing/tolak bahagian ekor die ke tepi.. dah tolak tue baru kopak dengan lemah lembut
  • Bolehla dikorek isinya. ku korek menggunakan ibu jari.. hati2 sebab jari boleh luka.
  • Dah keluarkan isinya, cuba raba mentarang tue.. Ada benda tajam macam taring.. ha, tu gigi mentarang. tarik untuk buang. 
  • Step seterusnya yang dishare oleh blogger tue: kene urut mentarang ni untuk buang taik/selut yang ada dlm badan die.. tapi ku skip step ni.
  • Kemudian basuh mentarang untuk di simpan dalam peti ais/ di masak.
gambar dari google

p/s:
  • kerana nak cepat, jari2 luka akibat mengopek mentarang.
  • en.suami dah rasa versi bakar, rasa nak muntah katanya sebab mentah..
  • versi goreng bersalut tepung paling sedap katanya..
  • so en.suami nak ku masak mentarang bersalut tepung kentucky.
  • tapi pagi tadi ku bekalkan en.suami mentarang bersalut tepung gandum+tepung beras. Tepung kentucky habisla sayang. Selamat menjamu selera.
  • nah link edisi penuh dari blogger tu.. klik SINI


0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome