Monday, December 3, 2012

Saya sayang kamu, sahabatku!



ingat tak masa kita kat UKM dulu?
sem 2 kalo xsilap
aku lepak bilik kau (bilik single)
kita tengok citer korea same2
dari mlm sampai pg
dr pagi smpai mlm
tak ingat dunia kate org 
tapi kite xtinggal solat
dan kau bc surah yasin setiap mlm Jumaat

Sem 3 kalo aku xsilap
kita naik moto AFM bersama
(pengorbanan ayah kau dari taiping ke UKM)
~seronok sebab da xperlu tunggu/rebut naik bas~
pergi kuliah, pergi tutorial
pergi cek gigi kat pusat kesihatan
pergi ptsl sampai ke library FUU
pergi exam di KETAM?

pergi meeting, pergi pasar malam
pergi cari makan sampai ke za'ba
shopping kain baju kat pusaneka
cari hadiah sampai ke warta

banyak persamaan antara kita
sama2 rendah, sama2 belum berpunya
citarasa, favourite kita pun sama
lahir january walaupun berlainan tahun 
pergi kuliah, balik kuliah
(selalu sangat pakai baju tema sama
 walaupun kita tak rancang)
balik kampung, outing
di mana ada kau
di situ ada aku
kawan lame kau, kawan aku rupanya
kawan lame aku, kawan kau rupanya
~keciknya dunia~

kita cari kelas tutorial sama2
ku ajar kau maharat
kau pinjamkan aku buku rujukan
kau ajar aku cara berjimat beli makanan
ku turunkan ilmu ni pada adikku hihi
walaupun aku blok 11, kau blok 14 di KKM
walaupun aku dok Ipoh, kau dok Taiping

ingat tak masa nak balik cuti
slps habis kuliah undang2 hari Sabtu
kita tebalkan muka dengan sorang kakak ni
mintak tumpang balik rumah
(gara2 tiket bas dah habis)
dapatla kita merasa ikan stim cicah budu
dan pulang ke Ipoh dan Taiping PERCUMA

sem akhir ketika ku sudah punyai cinta hati
hubungan kita mulai renggang
aku dengan cinta hatiku
kau pula dengan roommate mu 
tapi kita sama2 buat tak tahu
masih dengan rutin yang dulu
cuba utk sama2 susah, sama2 senang

ingat tak masa kita arrangekan trip Undang2 perbandingan
sampai kau kena marah dengan Dekan
aku tak mampu buat apa2
cuma dapat menemani kau,
beri semangat dan cari idea jalan penyelesaian..
tapi trip kita berjaya!!
main kayak, jungle tracking
konon2 nak tido dlm khemah tapi xjadi sbb hujan lebat hahaha
~seronok sangat2~ 
walaupun ada classmate tiba2 merajuk minta dipujuk?
walaupun hensetku masuk air (lupa nak keluarkan sebelum berkayak)
walaupun dlm perjalan pulang kita bertengkar
gara2 nasi bungkus tak cukup

sebenarnya cukup, ku dah kira betul2
semua org dapat bahagian masing2
memang ada 1 nasi lebih
jadi ku beri pada cinta hatiku daripada terbiar membazir
masa kau tahu ini kau marah sangat2
aku hanya diam shj (rasanyalah)
kau duduk di kerusi lain (dalam bas)
dan aku duduk di kerusi lain

duduk sorang2 aku menangis
tapi tak la sampai teresak2
nangis dalam diam, cuma keluar air mata
sedih sebab salah faham ini
tak siapa pun tahu aku menangis
melainkan classmate yang tiba2 merajuk minta dipujuk tue

banyak lagi memori kita bersama
tak cukup 3 hari 3 malam nak cerita
setiap kali kau drop aku depan blok 11
kau akan cakap ayat macam ni lebih kurang
'nanti miskol kejut akak, da siap akak miskol ko'
hahaha.. same2 kedekut kredit!!

ingat tak masa kita berjalan depan canselori
kite tengok pameran, ada rangka manusia,
barang2 zaman paleolitik, mesolitik dll
tiba2 wartawan menemuramah dan mengambil gambar kita
beberapa minggu kemudian rakan beritahu gambar ku masuk paper
~seronok sangat, of course la gambar kita~

dengan excitednya singgah petronas beli paper BH
tapi yang ada gambar ku seorang 
gambar kau tak ada
aku tak tahu macam mana nak bereaksi
perlu ke aku minta maaf? (bukan salah aku atau kita)
sebab aku tahu kau kecewa dan sedih
walaupun luaran kau nampak gembira

sebulan dua lepas tue
baru gambar kau pula masuk paper
aku tahu kau gembira 
tapi ku tak tahu gembira yang macam mana
mungkin lebih gembira kalau gambar kita sama2 ada masa mula2 dulu

rasanya ku tak pernah ucap terima kasih
atas jasa kau dan AFM yang amat banyak
kite pernah naik AFM bertiga dengan roommate mu
masa balik meeting tengah2 malam

AFM padaku: A - plat perak. F - Fik cinta hatiku. M - maria (aku la tue).
Masa ni plat cinta hatiku BFM. 
B- plat selangor. F - Fik cinta hatiku. M - maria (aku la tue).
(haha, gurau je)

terima kasih banyak2 sudi jadi sahabat aku
terima kasih banyak2 sudi tumpangkan aku naik AFM
terima kasih banyak2 belajar dengan aku
terima kasih banyak2 sebab kau banyak mendorong aku
dengan semangat dan aura kau yang luar biasa
terima kasih banyak2 sebab cuba menerima aku dengan cinta hati aku
terima kasih banyak2 sebab kau banyak membawa tuah 
dan kegembiraan dalam hidupku

saat ini pasti kau sudah bergelar isteri
moga kau bahagia bersama suami tercinta
ingat, jadi isteri solehah
jangan buli suami (sian basri yang lemah lembut tue)
ikut cakap suami selagi tak ke arah maksiat
kerana redho suami segala2nya

aku post ni kat fb kau pagi tadi
aku tahu kau sibuk sebab hari ni kau jadi raja & permaisuri?




maaf ku tak dapat hadir di hari bahagia mu
ku tahu kau pasti sangat cantik hari ni
ni salah satu gambar kenangan kita

~satu pagi di kursus perkahwinan...
ngantuk kot time ni~
Aku Maria (pakai spek) dan kau Kak Eny
(aku panggil kakak sbb kau awal setahun dari aku
walaupun fakta kau rendah seinci dua dari aku hehe)
Aku sayang kau sebab aku sayang kau la

~mariah_smile 11a.m. 01/12/2012~


Saya sayang kamu, sahabatku !



*klik banner utk join*

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome