Wednesday, January 23, 2013

10 Jenis Ubat Mengandungi Babi Yang Mesti Anda Tahu

Mari sebarkan berita ini jika sayangkan saudara seislam kita. Terdapat 10 Jenis Ubat Mengandungi Babi Yang telah dikenalpasti berada di Malaysia. Yang belum dikenalpasti tak tahu la berapa banyak kan. Terima kasih kepada yang sudi mengenalpasti ubat2 ini, Allah shj yang dapat membalas jasa dan kebaikan anda terhadap umat Islam. 

******************

Istilah 'Porcine' digunakan dalam bidang perubatan untuk
menyatakan penggunaan bahan dari babi. Ramai orang Melayu yang
tidak mengetahui bahawa label yang bertulis :

"This product contain substance from porcine" bermaksud
"Produk ini mengandungi bahan dari babi".

"The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud
"Kapsul dari gelatin babi"

Maklumat ini ada dinyatakan pada label ubat:

1. Ubat Batuk "Benadryl For The Family Original Cough
Syrup"
2. Ubat cirit-birit "Imodium Capsule"
3. Clexane ( Enoxaparin Sodium)
4. Pencuci Kanta Lekap "SupraClens Opti-free"
5. BOTOX Cosmetic
6. CENTRUM Complete from A to Zinc
7. Creon 10 000 Capsule
8. Fragmin (Dalteparin Sodium)
9. Vaksin Rotateq
10. Vaksin Menomune

Bacalah label sebelum anda mengambil apa-apa jenis ubat. Langkah
yang paling mudah, tanyalah doktor atau ahli farmasi anda sama ada
ubat yang mereka berikan halal ataupun tidak?

Anda boleh dapatkan 10 gambar ubat yang disebutkan di atas dan
pilihan alternatif lain yang ada melalui link blog di bawah:

http://www.halalscience.com/blog/10-jenis-ubat-mengandungi-babi/


Kongsikan dan sebarkan info kepada seluruh umat Islam.


"Sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui".


Abd Rahman, B.Pharm
Penulis
Halalkah Ubat Anda?


********************************************************

p/s: just copy paste 

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome