Monday, January 21, 2013

Puding Heavenly Milo Oreo Yummy menjilat pinggan

sedang menunggu sesuatu yg enak dari dapur.. ada rasa lemak2, milo, oreo... fuhh, meleleh! Yang penting kene rajin.. dan bahan2nya perlu ada. kalo xde, cipta je la resepi sendiri.. kan3x..

jom layan puding susu milo oreo... ??? okey, itu watak utamanya.. tajuk asalnya ialah Resepi Heavenly Milo & Oreo Jelly. Tengok gambar sure meleleh air liur. sebab tu kena buat. lagipun senang je resepi ni ^^

bahan2 yang terlibat:

  • 750ml air.
  • 10g agar2.. ku xde yg serbuk, so ku guna yg bertali.
  • 160g gula.
  • 1 tin susu cair.. hentam je jenama apa pun, yg penting halal.
  • 3/4 cwn milo, hidup jadi sihat dan kuat!
  • biskut oreo sebungkus.. ku guna biskut creame o. adik beradik la tu kan hik3x..

cara2 nak membuatnya:

  • air dan agar dimasak sehingga agar2 larut. 
  • masukkan gula, kacau sehingga larut juga.
  • masukkan susu cair. dah kacau tutup api.
  • ambil 2 cawan adunan, letak dalam bekas lain dan campurkan milo. kacau sebati.
  • ambil 1 cawan dari adunan milo tadi, letak dalam bekas acuan.
  • bila dah keras sikit, masukkan kesemua adunan putih tadi (adunan asal) dengan berhati hati. guna senduk pun boleh. perlukan kesabaran di sini heheh.
  • patahkan dua biskut dan masukkan dalam adunan putih. biar je dia terapung2.
  • bila dah keras sikit, masukkan baki adunan milo tadi.
  • dah boleh masuk peti ais... xsabarnye nak tunggu........... ngapppp!!
gambar xde hokey.. tapi boleh cuci mata tengok gambar tuan punya resepi ni:


meleleh kan tengok gambar? ^^
tunggu apa lg, pergi la buat!



0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome