Friday, January 18, 2013

FAKTA KEHIDUPAN atau HAKIKAT KEHIDUPAN?



1. Pekerja bank yang memberi hutang kepada orang juga mengalami masalah hutang

2. Pencuri juga mengunci rumah mereka, pencuri juga mengunci kereta mereka

3. Walaupun seorang pencuri / perasuah mendapatkan wang dengan cara tidak halal tapi mereka tetap mahu bank yang terdiri daripada orang yang baik2 untuk menjaga harta mereka.

4. Sesetengah doktor juga mengalami masalah kegemukan dan ketagihan rokok walaupun mereka selalu menasihatkan orang agar tidak melakukan benda yang sama.

5. Walaupun ustaz selalu menasihatkan orang ramai supaya membuat kebaikan, mereka juga tidak lari membuat kesilapan. Mereka juga manusia biasa seperti kita cuma mereka ada ilmu mengenal syurga dan neraka.

6. Polis juga tidak lari daripada disaman jika bawak laju.

7. Mekanik yg selalu baiki kereta mahal2, atau salesman yang menjual kereta mahal juga tidak memiliki kereta mahal.




8. Nurse selalu tension sbb diorang jaga orang baik2, jaga bayi baik2, hakikatnya mereka juga selalu terpaksa mengabaikan keluarga demi tugas, kalau kena shift malam mereka terpaksa tinggalkan suami untuk jaga rumah dan anak2, mereka menjaga bayi2 sangat baik di hospital, hakikatnya anak mereka sendiri terpaksa dipasskan pd org untuk anak mereka dijaga.

9. Orang perempuan selalu memandang sebelah mata apabila mendengar lelaki masak, hakikatnya di kedai2 makan, kebanyakan tukang masak adalah lelaki, chef2 yang terkenal juga ramai lelaki, hatta juri masterchef juga semuanya lelaki.

10. Coach bola juga mungkin taktahu main bola tp mereka ada banyak strategi utk menang dlm pertandingan bola.

11. Seorang peniaga boleh menceritakan kehebatan sesuatu produk yang beliau jual yang mana mungkin dia sendiri pun tak mampu nak memiliki produk tersebut.

12. Tukang rumah boleh buat rumah cantik2 tetapi rumah dia sendiri pun tak cantik.

13. Tukang jahit boleh design dan jual baju mahal2, tapi dia sendiri pun pakai baju bundle sebab kalau dia sibuk design baju dia sendiri, takder duit masuk, kalau design baju orang duit ma$yuk.


share dari: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200219104217555&set=a.1727797952028.2098801.1150821132&type=1&theater

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome