Thursday, January 17, 2013

Tips dapat tiket 10,000 seat percuma Air Asia

Ramai yang kecewa apabila tidak berjaya membeli tiket kapal terbang pada harga paling murah yang ditawarkan AirAsia.com. Teman facebook ku gigih bersengkang mata dengan 6 buah laptop dibantu oleh saudara mara. Setelah berjaya melepasi pelbagai step, akhirnya tidak berjaya di step terakhir. Sangat kecewa.

Cepatnya tiket Air Asia ni habis. Banyak tu. Biar betul. Ramai yang mencuba tapi tak berjaya. Atau sekadar propaganda? Ada kuota untuk orang tertentu kah? Air Asia tak telus? Dalam ramai2 yang tak berjaya tu, ada beberapa insan bertuah yang berjaya. Rakyat Malaysia kan ramaaaaaaiiiii..


Jom tengok apa yang dikatakan oleh mereka yang berjaya:

"Tiket Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hanya RM6.00! Untuk berjaya mendapatkan tiket percuma dan murah perlu tahu cara terpantas, teknik dan saluran yang betul. Ia seolah-olah kita berada di medan perang untuk berebut tiket dengan berjuta rakyat Malaysia. :) 

Ada beberapa tips yang boleh digunakan:
1) Gunakan internet yang laju dan stabil seperti Streamyx. Elakkan guna mobile broadband.
2) Gunakan browser Mozilla Firefox yang terkini
3) Jangan buka lebih dari 1 tab dalam browser bila search tarikh penerbangan dan buat tempahan.
4) Respon dengan cepat bila buat proses tempahan. Kalau boleh dalam tempoh 2-3 minit sahaja. Jika lambat, booking anda akan diambil oleh orang lain. 
5) Bayaran akan lebih cepat disahkan jika menggunakan kad kredit yang dimasukkan ke dalam setting akaun Air Asia. Pembayaran melalui debit akaun akan mengambil masa.
6) Pilih tarikh dan masa yang kurang sesak. Elakkan hujung minggu atau cuti sekolah.
7) Jadi Ahli BIG Shot.
8 ) Sentiasa ikuti pengumuman Air Asia jika akan sebarang promosi tempat duduk percuma dan murah melalui e-mail atau Facebook. 
9) Akhir sekali, berdoa dan semuanya bergantung kepada rezeki dan nasib juga. "


Ha, silalah percaya tips ini dengan sepenuh hati. Sebab yang bagi tips ni bukan calang-calang orangnya. Jom tengok tiket beliau:

tiket kapal terbang murah



0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome