Friday, March 25, 2011

"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Mak Saya Seorang Super Mom"

Jejaka Terhangat


Assignment ni buat orang sedih la...
HUuuuHUUUuuu...


Keistimewaan mak yang ku panggil UMI

1. Seorang suri rumah + penolong pengurus kedai runcit bernama Manis2 Madu Ent. (8.30 pagi dah terpacak di kedai sorang2, membuka kedai, mengemas kedai sambil menunggu suami pulang dari pasar borong membawa sayur2an, ayam2an, ikan2an untuk dijual)


2. Waktu bekerja di kedai: 8.30 pg hingga 7.00 mlm setiap hari kecuali Ahad + tanpa gaji. Harap maklum... (berhenti rehat sekadar untuk solat dan makan bersendirian nasi berlauk yang ditapau oleh suami dari restoran berhampiran)


3. Makan ramai2 bersama suami dan anak2 hanya pada hari Ahad. Lebih meriah kalau anak-anak pulang bercuti. Seorang dah kahwin + duduk luar negeri Perak (sayalah tu), 2 orang sekolah asrama, seorang di UTM Skudai, seorang di Matrikulasi Changlun, Kedah. Anak sulung sahaja (lelaki) yang menemani UMI dan abi di rumah.. itupun kalau tak outstation...


4. Selalu tension/stress sebab jaga kedai sorang2 pada waktu puncak (ramai pelanggan..kedai kami tak ada pekerja lain) terutama ketika suami tiada bersama di kedai. Pengubat stressnya adalah mengemas kedai  =)


5. Hari Ahad jika tidak ke mana-mana, aktiviti UMI yang biasa ialah bercucuk tanam + bersihkan halaman rumah bersama suami =)


6. Walaupun sibuk menguruskan kedai, tanggungjawab sebagai suri rumah tidak pernah dilupakan... balik dari kedai adalah masa untuk angkat kain dari ampaian, memasak dan membasuh kain. Esok pagi-pagi sebelum ke kedai adalah masa untuk menyiapkan sarapan, mengemas rumah dan menjemur kain.



**Kisahku bersama UMI**


Anak-anak tidak diajar untuk peluk2. Bila balik dari asrama, kebiasaannya saya hanya cium tangan UMI dan abi. Tak peluk2 apabila berjumpa bukan bermakna tak sayang ye...  


Pada Hari Kantin sekolah (form 5), ibu bapa kena datang utk ambil keputusan periksa pertengahan tahun / percubaan SPM.. (lupalah mana satu huhu) + aku janji sbg seorang pelajar (kena tandatangan depan umi dan abi).


Apabila mendapat tahu keputusan yang kuperolehi (semua subjek A) UMI terus memeluk dan menciumku... di hadapan guru kelasku dan guru2 lain+pelajar+ibu bapa yg ada kat situ.. (amik keputusan dalam dewan).


Aku tergamam.. dan akhirnya aku membalas pelukan itu.. pelukan pertama dari seorang ibu dan anak.. (peluk masa kecik2 tak kira ye.. sebab aku tak ingat langsung kenangan masa kecik)


Rasa nak menangis je masa ni. Tapi aku cuba tahan, sebab aku tahu umi pun cuba tahan  =)


**habis cerita**


Saya tag Sidah
Klik je banner untuk join

4 000 org yg bertuah:

Unknown said...

wahh..terharu kisahnya..bila jarang dapat pelukan mak..pastu tiba2 mak peluk..mmg rasa bahagia sgt kan..terharu..=(

asaimen dicheck..nnti jgn lupa tgk keputusannya yek..=)

mariah_smile said...

terima kasih sbb terharu.. tp u buat org sedey taw..

btw, bagus jugak.. utk mghargai ibu..

Ohseumi said...

waaaa..cedey + JELESnye!!!

mariah_smile said...

waa.. adikku sudah jeles!! sory akak curi gambar umi dr blog kamu... hik3x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome