Thursday, March 10, 2011

' Contest Resepi Pilihan ' Sinar Raudah




Ini banner contest anjuran Sinar Raudah
Pemenang akan menerima hadiah berupa....


:
:
:

Pembakar roti!!!!
Tarikh tutup penyertaan pada 12 Mac 2011
Sila klik banner utk join..


Saya nak join contest ni
Sebab ada satu resepi yang saya nak kongsikan
Resepi yang jarang orang masak...
Atau tak ada orang yang masak??
Hehe..


Resepi daripada keluarga mertua
Dijamin tak kebuluran kalau tiba2 gas memasak habis
Sebab nak masak resepi saya ni tak memerlukan gas
Nak tahu resepi apa?


Sardin Mentah!!
Mentah?
Boleh makan ke? Tak sakit perut?
Haha.. tak sakit perut punyalah
Rahsianya...limau nipis yang tolong masakkan sardin tu..


Jom cek bahan2nya...
Oleh kerana tak sempat nak ambil gambar
(actually stok sardin dah habis)
gambar2 ini adalah ihsan daripada pak cik google...

Bahan-bahan:

1.... Tentulah Sardin dalam tin. Bukan ikan sardin yang kat pasar ye...
(Produk HPA lagi. Jom2 sokong barangan buatan umat Islam...)


2.... 3 ulas Bawang besar dihiris. Ikut sukalah korang nak berapa bijik. Husband suka banyak bawang, so saya gunakanla banyak bawang...



3.... 15 tangkai cili api juga dihiris. Banyak sangat? Sebab husband suka pedas2. Ikut suka hati koranglah nak pakai banyak mana.



4.... Ini senjata rahsia... Limau nipis.. 3 biji pun cukup.. kalau rasa tak cukup tambahla lagi sebiji.. sila buang biji di tengah ye.. Kalau nak senang (malas la tue) guna penapis semasa perahkan limau ni nanti. Jadi biji limau tak jatuh ke dalam hidangan...



5.... Sebagai pelengkap rasa, bubuhla sedikit garam.. agak2la sampai korang rasa sedap. Jangan sampai husband cakap "lori garam tertumpah ke?"



Simple je bahan2nya.
Pergi cek kat dapur, cukup tak bahan2 ni
Kalau cukup jom kita mulakan operasi!!!


1. Masukkan sardin ke dalam mangkuk. Saiz mangkuk agak2 sendirilah.
Ha, jangan masukkan tin sardin ye. Masukkan isi dalamnye aje..

2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris

3. Juga masukkan cili api yang telah dihiris

4. Perahkan limau nipis

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Kacau semua bahan menggunakan sudu
(hancurkan sedikit ikan sardin. Kalau hancur sangat tak sedap pulak. Agak-agak sendirilah ye)

7. Rasa hidangan tu sedap ke tak.. guna lidah ye. Bukan guna hidung...

8. Kalau dah sedap tunggu apa lagi? Tuangkan sardin tu ke dlm mangkuk yang lebih cantik untuk dihidangkan buat orang yang tersayang..


Senangkan? budak2 pun boleh buat 
p/s: Pastikan stok sardin sentiasa ada di dapur sebagai persediaan kalau2 gas habis  =)

2 000 org yg bertuah:

Amy Syaquena said...

First nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah.penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good luck ok

mariah_smile said...

sama2 kasih :>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome