Kisah Cintan Cintun
Tersebutlah kisah dahulu kala
Zaman IT dan zaman chatting
Tapi chatting tak guna komputer
Juga tak guna laptop
Chatting guna henset semata-mata.
Al-kisah bermula di sebuah rumah
Tatkala habis cuti semester
Mesej kawan nak balik universiti bersama
Menyangka kawan yang menalifon kembali
Anehnya suara jejaka menyapa telinga
Salah nombor sebagai rumusan
Kecewa di hati kawan tak dapat dihubungi
Namun si jejaka memulakan salam perkenalan
Sebagai abg angkat buat permulaan
Semakin hari semakin kenal
Semakin rapat memutikkan sayang
Namun tiada yang mahu bersua
Selesa berkata2 melalui tulisan juga gemersik suara
Hampir setahun perkenalan terjalin
Bibit cinta mulai bersemi
Kiasan difahami hati terpateri
Berbunga riang pelangi di hati
Suatu saat terputus hubungan
Berhari-hari berbulan-bulan
Si gadis menunggu penuh harapan
Seribu tahun penantian terasa
Suatu saat jejaka menghubungi
Menghapus lara dan duka di hati
Ingin berjumpa si jantung hati
Namun jejaka belum bersedia
Suatu saat jejaka pergi lagi
Tanpa berita menimbulkan keraguan
Penat menunggu muak menanti
Selamat tinggal kekasih hati
Suatu saat jejaka hadir lagi
Menggugah pendirian dan prinsip si gadis
Antara jejaka tanpa wajah dan kehidupan realiti
Yang mana satu pilihan si gadis??
Selamat tinggal wahai jejaka
Menolakmu suatu kepayahan
Kerna di hati berselirat sayang
Namun demi kehidupan realiti
Si gadis gagahkan diri
**tamat**
Klik sini untuk join
0 000 org yg bertuah:
Post a Comment