Wednesday, March 9, 2011
MQ : Cabaran 50 Buku : (1) Bidadari-Bidadari Syurga
Tajuk : Bidadari-Bidadari Syurga
Penulis : Tere-Liye
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Tahun terbitan : 2009
Halaman :388
Harga : RM25.00/ RM28.00
Novel dari Indonesia ini memaparkan kisah kehidupan suka dan duka masyarakat kampung pedalaman di Indonesia. Watak utamanya tidak cantik dan tidak sempurna seperti gambaran watak utama dalam novel-novel yang terdapat di pasaran.
Novel ini mengisahkan pengorbanan seorang kakak demi kelangsungan pembelajaran adik-adiknya. Kakak yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa demi janji yang dipegang.
Penulis berjaya mengetengahkan pelbagai isu, antaranya menunaikan janji, ego lelaki, anak dara tua, langkah bendul, dan kerukunan kehidupan masyarakat Indonesia di Lembah Lahambay.
Selain itu, pembaca juga dapat membongkar dan menghayati pengorbanan dan perasaan seorang kakak serta penghargaan oleh adik-adiknya dengan baik hasil garapan dan gaya bahasa penulis.
Latar lokasi yang digambarkan penulis membuatkan pembaca ingin sekali terbang ke Lembah Lahambay menyaksikan sendiri keindahan dan kedamaian desa.
Edisi Bahasa Melayu ini masih mengekalkan banyak perkataan indonesia yang membuatkan pembaca berasa dekat dengan kehidupan masyarakat ini.
Membaca novel ini ada air mata dan gelak tawa. Seimbang dari mula hingga akhir. Syabas!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 000 org yg bertuah:
Post a Comment