Friday, March 18, 2011

Contest Cuti2 Malaysia by Niniezane




Ini banner Contest Cuti2 Malaysia by Niniezane
uuuu.. last minit baru join contest ni
Hope masih sempat..


Cuma nak berkongsi sedikit pengalaman bercuti pada Chinese New Year yang lepas..
Manis ada, pahit ada, perit ada, taubat tak nak pergi dah pun ada hehe
Moga menjadi panduan dan iktibar.


Ini latest holiday buat kami sekeluarga
Dan 1st holiday suamiku bersama keluarga mertuanya
Bersama keluarga ku lah tu...
Faham tak hehe.


Cuba teka ini pantai apa @ di mana??


 
Inilah Pantai Morib!!
Terletak di Banting, Selangor
Masa ni air ngah surut
1st time keluargaku bertandang ke pantai ni
Seronok lihat keterujaan mereka


Melihat ramai orang dewasa termasuk kanak2 di tengah pantai
Nun di kejauhan
Air surut, jadi ramailah yang ambil peluang menangkap hasil pantai
Seperti kutip kepah, kerang... dlll
(Apa lagi ye hasil pantai yang ada kat sini??
Saya tak berapa arif huhu
Suami tahulah.. tapi sekarang suami ngah main futsal daa...)
Berjalan hingga ke tengah pantai
Itupun air pantai masih di tahap pinggang
Kalau air pasang dah lama tenggelam atau lemas hehe
Pemandangan yang mereka tak pernah lihat sebelum ni.


"Lain kali datang sini kena bawak baju lebih la, baru best"
"Umi nak pergi tengah tu nak tangkap... apa yang diorang tangkap tu ye??"
"Seronoknya dapat pergi tengah laut"
"Boleh mandi ke kat sini?"
"Tapi kena pakai sunblock la. Nanti adik pergi sekolah, kawan2 dah tak kenal adik sebab muka adik dah jadi hitam"
~antara perbualan keluargaku~

Untuk pengetahuan semua
Pantai Morib ni baru je dibina semula
Orang panggil renovation... betol kan??
Dah jadi cantik
Dah macam Danga Bay yang kat Johor tu
Setiap petang ramai sangat yang mengunjungi Pantai Morib ni
Sampai susah nak dapat parking
Parking masih FREE lagi ye
Jemputlah datang
Resort, hotel dan homestay tersedia untuk anda.


~tengok pemandangan yang kat belakang 2 orang adikku ni ye~

Ada yang main layang2
Kat sini angin kuat
Seronok....
Ada yang makan2
Ada yang bergambar
Pemandangan cantik, sesuai sangat untuk shooting...
Pelbagai makanan dan barangan ada dijual
Layang2, gula2, keropok, kacang, aiskerim, cenderhati dll
Harga sama je macam kat pantai2 lain


Kemudian kami singgah di Nilai 3
Syurga membeli belah
Dari barang2 persiapan perkahwinan, baju, langsir,
karpet sampailah ke perabot...
Semuanya ada di Nilai 3
Cantik2 dan banyak pilihan
Harga sangat murah berbanding tempat lain
Parking sangat banyak
FREE je parking


Sebetulnya Umi tak nak singgah
Tapi last minute ubah plan
Nak cuci mata
Keluargaku tak pernah pergi lagi
Nasib baik boleh u-turn sebelum bayar tol


Ada 2 jalan untuk ke Nilai 3 dari plaza tol Nilai tu
Jalan atas atau jalan bawah??
Kami pilih jalan atas
Pusing2 tak jumpa
Saya dan suami pernah pergi
Tapi suasananya tak seperti ini
Tak ramai orang
Jadi tak tahu kat mana tempat yang orang selalu shopping tu..
Dah penat baru jumpa
Rupa2nya kami ikut jalan belakang
Patutlah tak ramai orang
Dan tak meriah


Setelah pusing2 cuci mata
Kami keluar dari Nilai 3 ikut jalan depan
Iaitu jalan yang sepatutnya kami lalui
(dari plaza tol tadi ikut jalan bawah)
Jalan yang meriah dan dipenuhi ramai orang


Penat + perut pulak dah mula berbunyi
Menyesal tak bawa bekalan untuk kudap-kudapan
Rancang nak buat roti sardin
Tapi perancangan hanya tinggal perancangan
Akibatnya perut berkeroncong


Perjalanan diteruskan
Kami hanya bawa bekalan makan tengahari
Nasi putih + ayam masak kicap + sayur kacang buncis
Rancang nak makan di A'Famosa


Setiap kali berjalan/ bercuti
Keluargaku sudah terbiasa membawa bekal
Makan bersama2 di pondok R&R
Atau di taman2 awam

 
Mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga
Makan air tangan Umi bersama
Bergelak ketawa bersama
Menikmati saat indah bersama
~salah satu resepi keluarga bahagia~


Selain dapat berjimat (ahli keluargaku ramai taw)
Kebersihan makanan terjaga
Perut suami dan anak-anak terjaga
Kasih sayang sentiasa ada
Walaupun bukan dengan kata2
Ditunjukkan dengan aktiviti yang amat sweet ini





Kami keluar dari plaza tol Simpang Ampat, Melaka
Yang lelaki menunaikan solat Jumaat
Yang perempuan menunggu di kereta
Perjalanan diteruskan mencari arah ke A'Famosa
Cari signboard Bandar DiHilir
Kenapa tak jumpa2 huhu
Badan penat + perut lapar...


Akhirnya ubah plan makan tengahari di Ayer Keroh
Untuk ke Ayer Keroh bermacam2 halangan kami lalui
Lampu isyarat yang amat2 banyakkk
Dan amat2 lamaaaa... Hampir 5 minit kalau tak silap
Taubat rasanya nak datang Melaka selepas ni


Setelah 2 jam
Sampailah di Ayer Keroh
Menuju ke Taman Awam
Selepas mengisi perut yang berbunyi
Kami masuk highway untuk terus ke Batu Pahat
Dah tak ada mood nak singgah Tmn Buaya, Tmn Rama2, Mini Malaysia, Melaka Wonderland
MITC, Zoo Melaka, Taman Botani dll yang sepatutnya menarik di Ayer Keroh




Akhirnya kami selamat tiba di Batu Pahat sejurus selepas azan Asar
Berehat sebentar di rumah Atok
Aktiviti esok ialah kenduri kahwin sepupuku...


Dalam perjalan pulang ke Banting
Saya melihat jam
Dari Plaza Tol Ayer Keroh ke Tol Simpang Ampat...
Hanya mengambil masa 20 minit!!!
Ya Allah, kami dah buang masa selama 2 jam di jalanraya Melaka!!


~Antara koleksi gambar sepanjang trip CNY yang lepas~


Pengajaran:
  • Bawa bekal untuk makan dalam kereta cth roti sardin. Perjalanan akan lebih ceria dan bermakna kalau perut kenyang.
  • Rancang perjalanan dengan betul terutama musim perayaan sebab banyak sangat kereta.
  • Jangan sesekali ikut jalan biasa dari Simpang Ampat ke Ayer Keroh sebab banyakkkkk sangatttt lampu isyarat.. lama2 pulak tu.. Lebih baik ikut highway =)
  • Sekian.....

 Saya tag Mommy, Sakura, MissJue, As dan K.Ita
Klik je banner yang kat atas sekali untuk join eh
Cepat2, malam ni last!!

 

1 000 org yg bertuah:

niniezane said...

Salam, keputusan dh kluar. Lihat di... http://niniezane2009.blogspot.com/2011/05/pengumuman-pemenang-peserta-contest.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome