Saturday, March 30, 2013

Tudung Labuh Denim XXXL Twist Soft Awning

Pertama kali dilancarkan, tetapi sudah tinggal 5 corak sahaja yang available daripada 10 corak. 
Jangan terjatuh hati pada model ni sudahla :)
Kain tudung labuh ini jenis yang tidak melekap atau melekat seperti kain jenis lycra.
corak tudung labuh denim xxxL ini juga masih available
Harga mampu milik. RM65 tak termasuk pos. Boleh pos sekali dengan Baju kurung, Jubah, Blouse dan skirt - lebih jimat!
Postage ke Semenanjung : Sehelai tudung Rm6.10, 2 helai Rm9.20.
Postage ke Sabah : Sehelai tudung Rm10.10, 2 helai Rm15.20.
Postage ke Sarawak : Sehelai Rm9.10, 2 helai Rm13.20.
Nak diskaun? Boleh.. Beli sehelai, diskaun seringgit, 2 helai diskaun rm2, 3 helai diskaun rm3 dan seterusnya mengikut budi bicara saya :)
Tunggu apa lagi.. Jom order sekarang sementara stok masih ada :) Kunjungi MariahSmileStore!

Friday, March 29, 2013

Giveaway by Glamoure Closet


Pemenang Pertama akan mendapat 1 helai Maxi Dress

Pemenang Kedua akan mendapat  1 helai  Tudung

Pemenang Ketiga  akan mendapat 1 helai Tops atau Blouse

Tunggu apa lagi, klik banner kat bawah utk join ^^

PANTANG LARANG MAKANAN SELEPAS BERSALIN

Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari. Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.

3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.

4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.

5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

Penaja: Stokis Nawal Herbal Beauty
Dalam gambar ni semua tak boleh makan taw
Dah semuanya tak boleh makan, apa yang boleh dimakan oleh ibu dalam pantang? Ini antara yang dikongsi:

  • Nasi dengan ikan bilis
  • Nasi dengan ikan gelama dan lada hitam serta sayur sawi
  • nasi panas, sayur sawi rebus dan ikan gelama bakar atau ikan selar bakar 
  • ayam dan daging boleh diambil tapi cara masakan kena bakar


RESTOCK KERUSI TANGAS HERBA


Nak beritahu berita baik.. Set tangas herba sudah ada stok! Very exclusive design. Super special product and very very limited. Kini kerusi tangas herba tampil dengan wajah baru, LEBIH exclusive dan berkualiti.

Harga 1 set kerusi tangas herba RM290 sahaja. Set ini termasuk herba mandian azzahra pek besar 300 gm dan kain batik. Kos pos parcel ke semenanjung RM15. InsyaAllah akan sampai dalam masa 5 hari.

Sekiranya berminat, jom beli segera sebelum kehabisan lagi.

Antara kebaikan bertangas ialah:-

  • Merawat masalah keputihan
  • Kegatalan & bau
  • Mengecutkan rahim
  • Membuang toksin
  • Menggalakkan perpeluhan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengelakkan bentan (khas bg ibu lepas bersalin)
  • Merapatkan hubungan suami isteri


Kunjungi Mariah_Smile Store utk pembelian

Thursday, March 28, 2013

Ujian air kencing di rumah hamil atau tidak?

Uri (placenta) terbentuk apabila janin (embryo) melekat pada rahim. Uri akan mengeluarkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) pada bayi. Hormon ini dapat dikesan dalam air kencing. Oleh itu, alat ujian Urin Pregnancy Test (UPT) sangat popular digunakan untuk mengetahui seseorang wanita itu hamil atau tidak.

Ada 2 penanda pada UPT iaitu Control (C) yang memberitahu ujian air kencing dilakukan dengan betul, dan T (Test) yang memberitahu hasil ujian sama ada positif atau negatif.
Adakalanya hasil ujian menunjukkan jalur yang samar pada T. Ini amat mengelirukan wanita sama ada hamil atau tidak. Rujuklah arahan pada pembalut UPT tersebut. Sebahagian pengeluar UPT hanya menunjukkan satu contoh hasil ujian yang positif iaitu kedua-dua jalur mestilah terang. Manakala sebahagian pengeluar UPT menyediakan dua contoh hasil ujian yang positif, iaitu kedua-dua jalur terang atau satu jalur terang dan satu lagi jalur samar.

Perbezaan ini berlaku kerana alat UPT dikeluarkan oleh pengeluar yang berbeza dan dapat mengesan kepekatan hormon yang berbeza. Ada alat UPT hanya dapat mengesan kepekatan hormon yang tinggi, dan ada alat UPT yang lebih sensitif yang dapat mengesan kepekatan hormon yang rendah.

Buatlah ujian UPT menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun pagi kerana air kencing yang pertama lebih pekat. Air kencing pada waktu tengahari atau petang lebih cair kerana kita telah minum.

Ulanglah ujian UPT selepas seminggu sekiranya anda ragu-ragu sama ada hamil atau tidak kerana selepas seminggu, kepekatan hormon hCG dalam air kencing lebih tinggi dan lebih mudah dikesan.

Apa-apa pun, rujuklah kepada doktor untuk kepastian. Artikel ni saya tulis sendiri dengan merujuk http://drzubaidi.com/blog/

Wednesday, March 27, 2013

JUALAN MURAH HARGA RUNTUH BAJU KURUNG


TINGGAL 4 HARI SHJ JUALAN HARGA RUNTUH BAJU KURUNG RM79.90. HARGA ASAL RM190. CEPAT DAPATKANNYA! HARGA SAH SEHINGGA 31 MAC SHJ :)


Baju kurung ini terdapat dalam saiz 36 hingga saiz 48
Kesemuanya mempunyai susunan sulaman dan manik yang cantik


Cepat dapatkannya di Mariah_Smile Store
Jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati ^^






Mudahnya tanam sayur sendiri

There’s nothing like eating your own home- grown vegetables, and there are heaps of different foods that will re-grow from the scrap pieces that you’d normally throw out or put into your compost bin.

Just remember, the quality of the “parent” vegetable scrap will help to determine the quality of the re-growth. Make certain you buy local organic produce, so you know your re-grown plants are fresh, healthy and free of chemical and genetic meddling.
To find out how, click here: http://is.gd/bP6Lc0


Don't Throw It, Grow It!: 68 windowsill plants from kitchen scraps: http://amzn.to/TWz2tq

Tuesday, March 26, 2013

Ibu bapa mendidik anak DERHAKA

Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

"Ibubapa yg menyuruh anak lebih dari sekali, telah mendidik anak menjadi derhaka"

ulang lagi...

"Ibubapa yg menyuruh anak LEBIH dari SEKALI, telah mendidik anak menjadi DERHAKA"

**biaq betui??!!!! ~_*

Jadi, bagaimana ibubapa nak suruh anak dengan "sekali" suruh sahaja?

Tips Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah:

1. DOAKAN ANAK UNTUK JADI ANAK YANG TAAT

Bacakan doa berikut sekali setiap hari kepada anak-anak:

1. Surah Al fatihah (penawar segala apenyakit),
2.Ayatul kursi (ayat menghalau gangguan syaitan),
3.Surah Al insyirah (doa penenang hati),
4.Ayat 1-5 Surah Taha 1-5 (Ayat pelembut hati)
5.Al hasyr 21-24, (Ayat melembutkan hati)
6.Doa pembuka 12 pintu kebaikan (Doa segala kebaikan)

"Allahummaf tah li abwabal khair, wabwaabas salamah, wabwaabas sihhah, wabwaabas ni'mah, wabwaabal barakah, wabwaabal quwwah, wabwaabal mawaddah, wabwaabar rahmah, wabwaabar rizq, wabwaabal ilm, wabwaabal maghfirah, wabwaabal jannah."

Hembuskan pada ubun anak2, air, makanan atau pakaian anak-anak belum dicuci. InsyaAllah, anak-anak akan jadi anak yg taat.

2. HORMATI ANAK

Contoh situasi;Sebelum minta anak buat sesuatu, tanya pada anak apa pekerjaan yang sedang dilakukan....

Mama: "Abang Haaziq buat apa?"..Anak: "Tengah tengok Bola kampung"

3.NEGOTIATE DENGAN ANAK

Mama: "Anak abah nak mandi pukul berapa?"Anak: "Lepas Bola kampung habis, baba..."mama: " Ok, bagus! 6.30 pergi mandi ye sayang.."

Kalau anak kata..

Anak: "Pukul 10malam saya mandi" mama: "Ohh..tak boleh...Sebab kita nak makan malam sebelum maghrib. Jadi, abg kena mandi pukul 6.30 ye. Lepas bola kampung habis terus mandi"Anak: "Ok ma.."

4.KUATKUASAKAN

Bila dah anak dah setuju, ibubapa perlu kuatkuasakan.

Sebaik sahaja pukul 6.30 petang, pergi pada anak dan cakap.

mama: "Ok,dah pukul 6.30. Sekarang kena pergi mandi"

Pegang tangan anak, pimpin dia, bawa ke bilik air untuk mandi.DONE! Sekali suruh sahaja ^_^

5. PUJIAN & PENGUKUHAN

Bila anak dah berjaya lakukan perjanjian yang dibuat, ceritakan kejayaannya di hadapan ahli keluarga yang lain.

Masa makan malam...Ibu: "Baba, tadi anak kita ni....dia janji nak mandi lepas citer bola kampung habis. Tepat jam 6.30ptg, terus dia pergi mandi. Bagus anak baba!

^_^

Rupa-rupanya, nak suruh anak pun ada CARA..Jom kita terus belajar & belajar menjadi ibubapa yg TERBAIK. KataDato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bila ibubapa berubah, anak-anak pun akan berubah..InsyaAllah. Aamiin.


Sumber Nota: Video ceramah Bina1Malaysia, Ibubapa1Malaysia sebagai Motivator (part 7) ~boleh cari di YouTube - 
Little 'Ilmy'

Monday, March 25, 2013

Tips tidur sekatil bersama bayi

Tahukah anda bahawa tidur bersama si manja memberi banyak kebaikan kepada ibu bapa dan bayi sendiri? Namun sebelum membuat keputusan untuk tidur bersama, pastikan panduan berikut dipatuhi agar dapat menikmati kebaikannya.

Waktu tidur adalah masa yang penting untuk bayi kerana mereka membesar dan berkembang cepat ketika ini. Pastikan mereka mendapat tidur yang lena dan selesa di samping papa dan mama.

1. Pastikan ini satu persetujuan bersama

Sebelum mengambil keputusan ini bincang dengan pasangan. Pastikan anda berdua bersetuju mempraktikkan cara ini. Jika salah seorang ragu, beri masa untuk mempertimbangkan semula. Ini kerana tidur bersama hanya selesa jika dipersetujui oleh papa dan mama.

2. Dapatkan katil yang besar

Saiz katil memainkan peranan penting menjayakan perkara ini. Tidur bersama bukan perkara yang selesa atau menyeronokkan jika katil terlalu kecil. Katil bersaiz besar adalah yang terbaik tetapi jika bajet anda (atau bilik tidur anda!) tidak begitu besar, belilah kot tepi katil (yang anda boleh dilekapkan di tepi katil anda) atau letakkan kot biasa di tepi katil anda dengan susurnya diturunkan.

Walaupun ini tidak penting, sebenarnya ia memudahkan anda menyentuh atau mengusap bayi jika boleh menyesuaikan tinggi tilam bayi bersamaan dengan tilam anda. Cara ini amat sesuai jika bayi berpusing-pusing/bergerak. Dia masih boleh dicapai dengan mudah.

3. Keselamatan tilam

Pastikan tilam adalah selesa dan selamat. Bayi boleh lemas atau terlebih panas jika dia tidur atas tilam lembut atau dikelilingi oleh bantal serta alas dan selimut yang longgar. Jika katil anda berangka atau mempunyai kepala atau diletakkan di tepi dinding, pastikan tiada ruang antara tilam dengan rangka, atau tilam dengan kepala katil atau dinding, supaya tiada risiko bayi anda jatuh.

4. Guna cadar dan selimut yang minima

Penggunaan cadar dan selimut yang minimum perlu dilakukan apabila anda tidur bersama dengan bayi yang berusia kurang dari 12 bulan. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko bayi lemas atau terlalu panas. (Ini mungkin berlaku semasa tiga bulan pertamanya; dari tiga hingga 10 bulan, risiko terbesarnya ialah jatuh ke dalam ruang antara tilam dan rangka katil, kepala katil atau dinding.) Ada juga kemungkinan dia akan dihimpit oleh bantal tambahan atau anak patung lembut. Jadi jauhkan semua ini dari katil anda!

5. Jangan lakukan di atas sofa atau katil air

Sofa tidak selamat untuk dijadikan tempat bagi tidur bersama bayi. Si manja anda boleh terhimpit dalam ruang antara kusyen atau antara anda dan belakang sofa. Katil air terlalu lembut dan mungkin mempunyai ruang-ruang yang dalam di sekeliling rangka dan bayi anda mungkin terperangkap. Tambahan pula, pergerakan badan anda juga boleh menyebabkan bayi anda melayang dari katil.



6. Pastikan bayi selesa

Membalut bayi kecil dengan bedung atau pakaian yang selesa amat penting bagi mengelakkannya berasa panas. Pilih fabrik yang nipis semasa tidur kerana sentuhan dengan kulit orang lain akan meningkatkan suhu kulitnya. Satu petua yang baik ialah: jika anda selesa, bayi juga akan berasa selesa.

7. Tiada bantal di sisi bayi

Jangan sekali-kali membiarkan bayi tidur di atas bantal sebab ia berisiko untuk jatuh atau lemas di dalam lipatan. Periksa bayi dengan kerap untuk memastikan dia tidak menggelungsur ke bawah sehingga kepalanya tertutup oleh selimut atau duvet. Ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu panas atau sukar bernafas.

8. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersebelahan

Anda boleh berkongsi katil dengan bayi dan kanak-kanak kecil selagi mereka tidak tidur bersebelahan. Kanak-kanak kecil tidak faham bahawa bayi tidak boleh melindungi diri daripada lemas dan mereka boleh berguling ke atas bayi atau meletakkan lengan di mulut atau kepala bayi secara tidak sengaja. Kanak-kanak kecil juga kerap tidur berpusing dan boleh memukul atau menendang bayi secara tidak sengaja. Jangan biarkan bayi dan kanak-kanak kecil tidur bersama sendirian di atas katil yang sama. Anda dan suami perlu tidur di antara mereka.

9. Jangan tinggalkan bayi tidur sendirian di atas katil

Walaupun bayi kelihatan selamat jika tidur di tengah-tengah anda dan suami, namun dia akan mudah jatuh jika anda bangun untuk ke tandas atau bangun lebih awal di waktu pagi. Ramai ibu bapa meletakkan bantal di kedua-dua sisi bayi apabila dia tidur sendirian, tetapi ini bukanlah idea yang baik kerana bayi boleh berguling ke dalam bantal dan menjadi terlalu panas dan/atau sukar bernafas. Secara idealnya, beli susur katil yang melekap pada katil atau letakkan dia di tempat yang selamat seperti raga bayi atau kot semasa anda di luar bilik.

10. Tidak sesuai untuk pesakit apnea dan perokok

Penyakit tidur seperti apnea tidur boleh membuatkan tidur sangat lena sehingga boleh membahayakan bayi jika tidak sedar apabila anda menghimpit bayi. Ibu bapa yang merokok juga tidak boleh tidur bersama. Tiada siapa tahu mengapa, tetapi apabila perokok tidur bersama bayi mereka, risiko kematian kot adalah lebih tinggi.

  • Adakah tidur bersama sesuai untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa? 

Mungkin tidak. Tiada model yang bersesuaian dengan semua orang dalam gaya tidur untuk anda dan anak. Sesetengah ibu bapa suka tidur dengan anak-anak mereka dan sesetengahnya tidak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan belaian yang lebih pada waktu malam dan sesetengahnya tidak. Bukan semua kanak-kanak mahu tidur sepanjang malam, setiap hari dengan ibu bapanya. Anda perlu mencuba beberapa cara tetapi lambat laun anda akan dapat satu kaedah yang sesuai dengan anda, suami dan bayi anda.

Info : Pa Ma


  • Takut tidur lasak sehingga mencederakan bayi?
    Biarkan mama tidur bersama dengan bayi. Papa tidur di sebelah mama. Jika ruang tidak mencukupi, papa tidur di tilam yang lain. Ini cara kami, cara anda?

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?
Ketahui cara2nya di SINI

Sunday, March 24, 2013

Petua cara isteri untuk memikat suami

Selain ayat al-Quran, beberapa petua atau cara boleh dilakukan si isteri untuk memikat si suami, antaranya ialah:
  • Air mani suami banyak kegunaannya. Misalnya sapu pada pusat, sapu searah kemudian selawat 3x. Insya-Allah suami sentiasa mengingati kita walau di mana jua suami pergi.
  • Air mani juga boleh menegang dan memengkalkan payudara dan pungung. Caranya, sapu air mani pada payudara dan punggung, urut menghala ke atas. Lebih elok sekiranya tangan suami yang mengurut, ia lebih berkesan dan meningkatkan kemesraan.
  • Air mani juga boleh di sapu pada muka sebagai penyeri.
  • Manjakani memang diketahui berkhasiat terutama dalam perhubungan suami isteri. Untuk mengembalikan tempat sulit seperti anak dara, ambil segenggam manjakani lalu direbus seketika. kemudian kangkang kaki dan biarkan wap air rebusan tadi naik pada bahagian sulit. Amalkan 2x seminggu.
  • Juga boleh gunakan serbuk teh direbus bersama daun pandan supaya lebih wangi. Guna cara yang sama seperti air rebusan manjakani

sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=286300838168844&set=a.284864308312497.1073741828.270028826462712&type=1&theater

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?
Ketahui cara2nya di SINI

Saturday, March 23, 2013

Masa yang tepat untuk menyusukan bayi

Sambungan entry Tanda2 bayi ingin menyusu


Bayi akan MENANGIS bila terasa lapar/dahaga & memerlukan SUSU. Tetapi itu sebenarnya adalah SIGNAL TERAKHIR kerana sebelum itu, bayi berusia di bawah 2 bulan akan menunjukkan signal-signal lain terlebih dahulu. Ada masanya anda boleh terus menyusukan bayi anda & ada masanya pula anda perlu menenangkan bayi terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi anda..

Bayi yang terlalu lapar mungkin MENOLAK untuk menyusu kerana menginginkan anda memujuk/menenangkannya terlebih dahulu. Jangan berputus-asa & beranggapan bayi anda tidak mahu susu..sebenarnya bayi anda MASIH LAPAR..Teruskan memujuk/menenangkannya sehingga bayi anda tenang & kemudian baru susukan bayi anda mengikut keperluannya (rujuk LATE CUES).

ELAKKAN menunggu untuk menyusukan bayi bila dia sudah menangis dengan kuat & sukar dipujuk kerana mungkin anda yg akan terasa STRESS. Anda DIGALAKKAN menawarkan susu kepada bayi anda apabila bayi sudah menunjukkan signal-signal awal berkaitan (rujuk EARLY CUES & MID CUES).

Andainya anda tahu signal-signal tersebut, sudah tentu anda dapat menyusukan bayi anda dengan TENANG.. 




"Selamat Menyusukan Bayi" dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=395876833837653&set=a.385404904884846.93044.168500109908661&type=1&theater


Hm, stressnya kami berdua semasa Fathiyyah menangis dengan kuat dan sukar dipujuk dahulu. Akhirnya kami bertiga tidur terlentang di ruang tamu rumah ummi.

Nak Menang Cincin emas 22k 1 Oz Syiling Perak dan Wang Tunai?
Ketahui cara2nya di SINI

Friday, March 22, 2013

giveaway dari blog vitaminlovers


HADIAH MISTERI BERNILAI RM50 UNTUK DIMENANGI.
Nak menang? cepat2, klik banner utk join :)

nak teka hadiah la.. 
hadiahnya mesti vitamin shaklee bernilai RM50..
kan kan kan? kan vitaminlovers hihihi

Mengenali Harga Sutera


Harga sehelai sutera akan di pengaruhi oleh dua faktor:
1. material
2. proses cantingan

*jika menggunakan material crepe & cantingan 7 lapis warna, maka secara automatiknya kain itu akan mahal
*jika menggunakan kain rayon & lukisan brush sahaja, maka kain itu akan murah
*jika menggunakan material crepe & lukisan brush kain itu akan jadi mahal juga sebab material crepe sudah mahal..

Ini panduan ranking harga kain dr murah ke mahal
1. rayon (murah, agak kasar, sama spt jacquard)
2. jacquard (agak mahal, berkilat, lembut, paling banyak digunakan utk sutera lukis)
3. crepe (x berkilat, lembut, sejuk, tahan lasak & agak mahal drp jacquard)
4. satin (berkilat, paling mahal, sejuk & berat, betul2 nmpak exclusif)

info dari Ieda Norida

Thursday, March 21, 2013

Memujuk Bayi Menyusu susu Ibu

Bayi kerap tidur selepas dilahirkan dan enggan menyusu. Jadi ibu-ibu perlu mengambil inisiatif untuk Memujuk Bayi supaya Menyusu susu Ibu setiap 2 jam sekali. Bagaimana nak kejut baby yang asyik nak tidur sahaja? Antaranya ialah:

1. Bukakan ikatan bedungnya
Bayi lebih lena bila dibedung kerana ianya imitate keadaan dalam perut ibu yang ketat.Buka ikatan bedungnya supaya dia terjaga dari lena dan mahu menyusu.

2. Letakkan tangan di tepi mulutnya
Ini bagaikan signal untuk memberitahu bayi bahawa ianya waktu menyusu. Juga refleks daripada bayi yang dia mahukan susu (sekiranya dia mengikut jari anda) Menariknya refleks ini akan hilang selepas bayi berusia lebih kurang 2 ke 3 bulan

3. Perah sedikit susu ibu dan titiskan ke mulutnya
Bayi akan menjilat-jilat menggunakan lidahnya (Kemudian sambung tidur semula – mungkin dia terlalu mengantuk walaupun sudah 2 jam tidak minum susu)

4. Joggingkan bayi untuk membangunkannya
Gerak gerakkan kaki dan tangannya secara perlahan lahan. Bercakap dengannya 'bayi perlu disusukan sekerap mungkin'


Memujuk Bayi Menyusu Ibu ditulis oleh Puan Suraya Ali menerusi blog beliau http://www.lunafamily.my/diary/breastfeeding/


Wednesday, March 20, 2013

Tanda tanda bayi ingin menyusu

Jom kenali tanda-tanda bayi anda ingin menyusu. Terutama kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Tuesday, March 19, 2013

Panduan jadual waktu homeschooling

Homeschooling memerlukan gabungan struktur dan kreativiti sebuah keluarga. Sama juga halnya dengan penetapan jadual waktu homeschooling. Berikut merupakan Panduan merangka jadual waktu homeschooling anak-anak.

1. Tentukan waktu bermula dan waktu berakhir - Anda perlu memberitahu anak-anak bila waktu aktiviti homeschool seharusnya bermula dan sepatutnya berakhir. Langkah sebegini penting bagi menentukan jangkaan masing-masing terutamanya bagi pihak si anak.

2. Waktu makan dan rehat perlu dimasukkan - Untuk setiap aktiviti, waktu rehat selama lebih kurang 15 minit adalah penting selepas tempoh 30 minit pembelajaran. Ketahuilah bahawa jangka waktu serapan dan fokus minda anak-anak perlu dioptimumkan bagi mendapatkan hasil yang efisien.

3. Kepentingan sesi seorang dengan seorang - Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak sewaktu melakukan homeschooling, sesi khusus seorang-dengan-seorang amat penting bagi setiap anak. Sesi ini boleh anda praktik semasa anak yang lebih kecil tidur.

4. Sesi intensif perseorangan - Bagi anak-anak yang memerlukan lebih perhatian, sesi intensif perseorangan boleh dilakukan semasa anak yang lain melakukan kerja sendiri ataupun sedang membaca bersendirian.

5. Aktiviti membaca, menulis dan mengira - Ketiga-tiga aktiviti yang memerlukan tumpuan ini perlu dilakukan pada waktu di mana kesemua anak berada dalam keadaan paling segar dan mampu memberi fokus terhadap pembelajaran. Waktu yang dicadangkan ialah pada waktu pagi. Untuk waktu petang pula, aktiviti homeschooling yang sesuai ialah aktiviti fizikal ataupun projek yang memerlukan masa yang panjang seperti membuat tabung dan sebagainya.

6. Bersedia untuk fleksibel - Kelebihan homeschooling adalah waktu anda boleh menjadi fleksibel. Jadi, ikut kesesuaian waktu anda dan anak-anak juga. Gunakan masa ini dengan menikmati kegembiraan menghabiskan waktu berkualiti bersama-sama.

Membina jadual waktu oleh Mommy Luna (Puan Siti Nur Suraya) - dalam Kolumn Rumahku Syurgaku Pa&Ma April. 
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Monday, March 18, 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah Nabila Biela

Sepanjang tengahari ni dok pulun join giveaway kawan2... perut kenyang bolehlah join kan.. yang belum lunch pergi lunch dulu okey!


Klik banner utk join!
Nabila suruh pilih 2 hadiah je.. akak nak pilih 3 boleh? hahaha..
Of course la ramai yang pilih hadiah DRESS dan PEPLUM kan..
So yang ketiga akak pilih BODY SCRUB D HERB.
Bajet menang haha.. 
Siapa nak hadiah flushable wipes? Boleh join GA saya di SINI

Giveaway Blog Dear Xila



Klik Banner Giveaway Blog Dear Xila untuk join
Hadiah-hadiah giveaway:
1) Eksklusif : 1 rantai leher (necklace) Hello Kitty. 1 pemenang.
2) 1 helai Cardigan dan 1 helai blouse Korean. 2 pemenang.
3) Top up RM 5 x 5. (celcom/maxis/digi). 5 pemenang.
4) Review blog newbie/follower kurang 800. 8 pemenang.
5) 1 hadiah misteri buat top refferal. 1 pemenang.

GA pinky ummi


klik banner utk join!
Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati: Kerongsang

*Ramai giler join, wish deeply to be the winner!

1st Giveaway by Zura Online Shopping



senarai hadiah:
*long sleeve dress + MYSTERY GIFT from Zura Online Shopping.
*mini dress from Zura Online Shopping.
*obuse candy  (code 2) + obuse sheer (cherry pink) lip tint from Zura Online shopping
*tomatox trial pax 2 keping + lip mask 1 keping.
*blog review (2 pemenang).

klik banner utk join
saya tag: AIN dan Ara

Kesan Radiasi Telefon kepada Ibu Hamil dan Bayi

Kajian pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mendapati, kanak-kanak yang mempunyai tengkorak yang nipis, otak lebih kecil, tisu otak lebih lembut dan sel berkembang dengan lebih cepat adalah antara akibat buruk hasil penggunaan telefon bimbit berbanding orang dewasa. Jadi, bayi dalam kandungan mungkin juga mengalami risiko yang sama, malah lebih besar lagi.

Kajian dijalankan pada 2008 yang menganalisis hampir 13,000 kanak-kanak mendapati, terdedah kepada telefon bimbit ketika dalam kandungan memberi kesan kepada masalah kelakuan mereka.


Ibu yang menggunakan telefon bimbit akan lebih cenderung 54 peratus mempunyai anak yang mempunyai masalah kelakuan.

Daripada link ini http://www.blog.teminfm.com/2013/02/ancaman-radiasi-telefon-bimbit.html


Sunday, March 17, 2013

Software simpan segala fail dalam internet

Software untuk simpan no telefon ke dalam internet dah ada. Kalau handset hilang atau dicuri, tak perlu lagi risau kehilangan no telefon orang-orang yang penting dalam hidup anda. Tapi bukan software itu yang saya nak kongsikan.

Sekarang ada software untuk menyimpan segala fail, folder, gambar, document dan yang sewaktu dengannya ke dalam internet. Sekiranya laptop, henset, tab atau note anda hilang atau rosak, kesemua fail anda tetap selamat dengan software ini. 

Cara nak menggunakan dan menyimpannya pun senang. Owh, nak share fail dengan kawan2 pun boleh dan amat mudah dengan software ini. Boleh ucapkan selamat tinggal kepada winzip, tak perlu lagi extract folder!

Software apa yang saya maksudkan? Tentulah dropbox! Hanya install ke dalam pc dan yang sewaktu dengannya, anda terus boleh menggunakannya!
dropbox

Saturday, March 16, 2013

Mrs.Erry 1st Giveaway


TARIKH TUTUP - 19 MAC 2013 
CEPAT JOIN DAH NAK TAMAT NI, KLIK BANNER YE ^^

Tips petua cara hilangkan lidas lidah

Apabila terlalu banyak makan nenas, lidah pasti akan kebas dan rasa tak selesa kan? Itulah lidas. Ada cara untuk menghilangkan lidas ini. Antara petua menghilangkan lidas ialah:

  • lumurkan nenas dengan garam setelah nenas dibasuh bersih. Biarkan seketika, dah boleh makan!
  • makan nenas dengan empulur nenas sekali. Empulur tu bahagian tengah nenas. Yang keras tu..
  • makan nenas cicah kicap.. tapi saya tak minat, tercemar rasa nenas yang asli hihi.
  • tapi kalau dah makan nenas, tiba-tiba lidah rasa lidas, apa nak buat? Kemam gula seketika atau letak gula atas lidah atau makan roti keras yang bersalut gula tu.. pun boleh hihi.
Ini antara tips menghilangkan lidas yang saya jumpa apabila si kecil Fathiyyah menangis tak selesa selepas makan nenas. Ada cara lain untuk hilangkan lidas? Jom kongsikan 


Ain's Preloved Item's FREE GIVEAWAYS to be won

Siapa nak barangan baby bernilai RM80 secara PERCUMA!
betul PERCUMA!
boleh berikan kepada anak sendiri, anak sedara, 
anak buah-buahan, anak menakan...
juga boleh dihadiahkan kepada kawan-kawan yang hampir bersalin
atau baru melahirkan anak.
hadiah merupakan 1 set untuk lelaki (1 pemenang)
dan 1 set untuk perempuan (1 pemenang)
setiap set mengandungi: 
- romper HOLABEBE
- Selimut Carter
- Topi, sarung tangan dan sarung kaki


Friday, March 15, 2013

Tips anak demam selesema batuk

Anak anda demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=307501826042052&set=a.306207329504835.1073741830.305776922881209&type=1&theater

Thursday, March 14, 2013

BoomBoom Baju Kurung Murah Meletup

Dapatkan baju kurung bersulam dan bermanik yang biasanya dijual pada harga RM170 - RM190 dengan harga yang jauh lebih murah! Kini RM79.90 sepasang. Baju kurung shiffon paling murah!
Promosi sehingga 31/03/2013
Dapatkan segera koleksi baju kurung dengan harga terendah di pasaran 
dengan kualiti jualan di butik.
 Jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati.

Dapatkan segera sebelum kehabisan stok!

Anda pasti berpuas hati ^^

posisi tidur yang betul ketika hamil

Doktor & pakar mengesyorkan bahawa selepas minggu ke -16 kehamilan, ibu mengandung tidak digalakkan tidur dalam posisi terlentang kerana posisi ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang,usus dan inferior vena cava.

Tidur dengan posisi terlentang juga boleh menyebabkan sakit pinggang,buasir,gangguan pencernaan dan mengganggu pernafasan & peredaran darah. Terdapat beberapa posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil.

1. Tidur Dengan Posisi Tengkurap/ Bertiarap

Posisi ini sebenarnya cukup sesuai untuk ibu hamil. Tapi biasanya peringkat kehamilan trimester pertama, kerana berlakunya pembesaran payudara dan juga keadaan payudara yang lebih sensitif akan menimbulkan ketidakselesaan untuk tidur bertiarap. Dan ketika perut anda sudah mulai membesar (awal 14 minggu) tidur dengan posisi tengkurap menjadi sangat tidak selesa kerana anda harus menyokong paha dengan bantal untuk dapat tidur tengkurap kerana perut yang mulai membesar.


2. Tidur Dengan Posisi Mengiring

Setelah kehamilan berusia 16 minggu, adalah lebih baik sekiranya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kiri atau ke kanan, kerana posisi ini memberi kemudahan untuk bayi anda mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior) dibahagian belakang sebelah kanan svina yang mengembalikan aliran darah ke tubuh bahagian bawah ke jantung.

Ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan dapat membantu mengurangkan pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.

Tips: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, letakkan bantal di antara lutut anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh membeli bantal khas untuk ibu megandung.

sumber:https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

Wednesday, March 13, 2013

Today is Zalora's Birthday 1 hour FLASH SALE

Yes, today is Zalora's birthday on 13th March 2013.
Zalora special treats FLASH SALE 13% OFF for ONE HOUR ONLY from 3 PM to 4 PM.

13% off melalui LOYALTY PARTNER 

GA Toyota Vios Samsung 3D LED TV MacBook Pro

Giveaway Samsung 3D LED TVMacBook Pro and even a Toyota Vios from Exabytes (MY) Facebook Fan Page.

How to WIN?
  1. LIKE Exabytes (MY) Facebok fan page.
  2. Share the contest photo at least once and tag at least 5 friends on the post.
  3. When a specific number of fans is reached on Exabytes (MY) fan page, prizes will be given away randomly to our fans (Eg. 10 Starbucks Cards will be given to 10 random fans once we hit 81,000 number of fans).
  4. The more you share and tag, the higher chances you can win!

Terms & Conditions:
  1. Exabytes will only send prizes to addresses within Malaysia.
  2. We reserve the right to change prizes of equivalent value in case of product unavailability.
  3. Product models are pre-determined and not exchangeable. Colors can be chosen as long as they are available.
  4. Winners will be selected randomly.
  5. We reserve the right to change the terms & conditions of this contest without any prior notifications.
Make your dreams come true! Drive Home a FREE Toyota Vios!
Prize List:
  1. 81,000 fans – RM10 Starbucks Voucher x10
  2. 85,000 fans – iPod Shuffle 2GB x3
  3. 90,000 fans – Google Nexus 7 16GB WIFI
  4. 95,000 fans – *Mystery Treasure*
  5. 100,000 fans – Monster Beats by Dre Studio HD Headphone
  6. 110,000 fans – Samsung Galaxy Note II
  7. 120,000 fans – *Mystery Treasure*
  8. 140,000 fans – Samsung 46 inch 3D Smart LED
  9. 170,000 fans – Mac Book Pro with Retina Display
  10. 280,000 fans – *Mystery Treasures*
  11. 500,000 fans – Toyota Vios
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome