Tuesday, March 5, 2013

kasih ayah setiap masa

Semakin menghampiri tarikh pembedahan
semakin saya teringat2 kasih seorang ayah
satu-satu memori menerjah ruang fikiran
benar kata orang, dah ada anak sendiri baru kita tahu
bagaimana kasihnya ayah dan ibu kepada kita.

masa kecil, abi yang mandikan saya di tepi perigi
saya ingat lagi ada ikan keli dalam parit kecil
ketika itu rumah kita di sebuah kampung
kiri dan kanannya lalang yang tinggi

pindah di tempat yang ramai penduduk
saya dan kawan panjat pokok makan buah beracun
malam itu abi sentiasa di sisi menemani saya muntah
saya tak ingat abi ada bawa ke hospital atau tidak.

Waktu petang main pasir putih yang halus depan rumah
abi beri permainan masak-masak
yang ada peti ais, pinggan, sudu dan lain-lain
seronok sangat ketika itu.

Semasa mahu pindah lagi
saya membonceng motor bersama abi
saya pegang erat-erat pinggang abi
dari Beruas, hampir maghrib baru kami sampai di Ipoh.

Di Ipoh, abi membuka kedai runcit
sehinggalah kini pagi petang siang malam
hanya abi dan umi, tiada pekerja tetap
hanya kadang2 kami anak2 membantu

Selepas subuh di surau abi ke pasar borong
dalam pukul 9 abi pulang mengemas kedai
menghantar barang pesanan pelanggan seperti beras, gas
dan lain-lain tanpa upah atau cas penghantaran.

Kami anak2 hanya menolong pabila disuruh
liatnya kami ketika itu hanya Allah yang tahu
namun abi jarang sekali marah
biarpun abi penat lelah kelaparan

kasihnya ayah.......

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome