Monday, March 11, 2013

Saman hospital Ipoh cuai tak bius pesakit

Rentetan entry INI, rupa-rupanya ini bukan kali pertama rekod abi hilang. Cuai betul hospital Ipoh ni. Tak kan la zaman serba moden ni hospital senang-senang je cakap rekod hilang?

~First time masuk camera, abi tak rasa sakit sangat sebab ada bius

~Masuk camera kali kedua (atas alasan hospital hilangkan fail abi), abi cakap bius dah kurang dan abi rasa sakit. 

~Kebanyakan pesakit yang keluar dari bilik (selepas masuk camera tu), ramai yang pengsan dan waris pesakit biasanya kena tunggu sampai pesakit sedar baru boleh bawa balik. Tapi kalau lama sangat pengsan, nurse akan kejut untuk bangun sebab katil tak cukup untuk pesakit lain.

~Kali ketiga masuk camera (atas alasan yang SAMA hospital HILANGkan fail abi)... PAKAR tu tak biusCuba bayangkan sakitnya tak bius? Abi menjerit lalu pengsan. Hai, rasa nak je aku saman hospital Ipoh ni. PAKAR apa ke benda macam ni! 

~Satu lagi pasal tarikh operation. Sebelum ni Doktor bagi tarikh hari ini, Isnin 11 Mac 2013. Ditunda sebab rekod HILANG dan kena masukkan semula camera. Abi tanya pada seorang kawan yang bekerja di hospital, dia cakap hari Isnin memang TIADA Operation. Hari lain ada la sehingga Jumaat. Doktor hospital Ipoh ni dah kenapa? Nak kena saman dulu baru nak efisyen ke apa? Tak pasal-pasal busuk nama hospital Ipoh.

~Lagi sekali kau kata rekod HILANG lagi, kau tengokla apa jadi, memang nak kena hospital ni!

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome