Tuesday, March 19, 2013

Panduan jadual waktu homeschooling

Homeschooling memerlukan gabungan struktur dan kreativiti sebuah keluarga. Sama juga halnya dengan penetapan jadual waktu homeschooling. Berikut merupakan Panduan merangka jadual waktu homeschooling anak-anak.

1. Tentukan waktu bermula dan waktu berakhir - Anda perlu memberitahu anak-anak bila waktu aktiviti homeschool seharusnya bermula dan sepatutnya berakhir. Langkah sebegini penting bagi menentukan jangkaan masing-masing terutamanya bagi pihak si anak.

2. Waktu makan dan rehat perlu dimasukkan - Untuk setiap aktiviti, waktu rehat selama lebih kurang 15 minit adalah penting selepas tempoh 30 minit pembelajaran. Ketahuilah bahawa jangka waktu serapan dan fokus minda anak-anak perlu dioptimumkan bagi mendapatkan hasil yang efisien.

3. Kepentingan sesi seorang dengan seorang - Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak sewaktu melakukan homeschooling, sesi khusus seorang-dengan-seorang amat penting bagi setiap anak. Sesi ini boleh anda praktik semasa anak yang lebih kecil tidur.

4. Sesi intensif perseorangan - Bagi anak-anak yang memerlukan lebih perhatian, sesi intensif perseorangan boleh dilakukan semasa anak yang lain melakukan kerja sendiri ataupun sedang membaca bersendirian.

5. Aktiviti membaca, menulis dan mengira - Ketiga-tiga aktiviti yang memerlukan tumpuan ini perlu dilakukan pada waktu di mana kesemua anak berada dalam keadaan paling segar dan mampu memberi fokus terhadap pembelajaran. Waktu yang dicadangkan ialah pada waktu pagi. Untuk waktu petang pula, aktiviti homeschooling yang sesuai ialah aktiviti fizikal ataupun projek yang memerlukan masa yang panjang seperti membuat tabung dan sebagainya.

6. Bersedia untuk fleksibel - Kelebihan homeschooling adalah waktu anda boleh menjadi fleksibel. Jadi, ikut kesesuaian waktu anda dan anak-anak juga. Gunakan masa ini dengan menikmati kegembiraan menghabiskan waktu berkualiti bersama-sama.

Membina jadual waktu oleh Mommy Luna (Puan Siti Nur Suraya) - dalam Kolumn Rumahku Syurgaku Pa&Ma April. 
sumber: https://www.facebook.com/Lunatots?fref=ts

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome