Thursday, March 7, 2013

mengidam wanita hamil apakah tandanya?

Mengidam adalah keadaan di mana seseorang wanita hamil dipercayai ada kaitan dengan petunjuk bahawa tubuh kekurangan zat-zat makanan tertentu. - Ng May Lee, Pakar Pemakanan

Apakah tanda-tandanya?

1. Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir, rokok, keadaan ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.

2. Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.

3. Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.

4. Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

Anda sedang mengidam sesuatu? Rehat dahulu dan cuba dapatkannya esok hari. ♥



rujukan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151775958584899&set=a.488382314898.267904.363119514898&type=1&theater

Kalau tak dapat apa yang diidamkan, anak yang lahir nanti akan ngences? Ngences ni bahasa jawa yang bermasud, air liur bayi sentiasa keluar kerana ibunya tidak dapat apa yang diidamkan semasa hamil. Allah lebih mengetahui :)

2 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome