-11hb confirm la pembedahannya. Dr ada tanya abi, "Pak cik ada duit tak nak bayar? Kalau tak ada kita boleh refer pada MAKNA (majlis kanser nasional)."
-pastu abi tanya adik tak de cuti ke? huhuhuhu, ada tapi lambat lagi, kalau setakat nak balik Sabtu Ahad boleh la.
-kedai akan ditutup dalam seminggu dua sekiranya abi ditahan di hospital. Jadi, abi sudah berbincang dengan pihak sekolah, kalau ada barang yang perlu dihantar, abi akan hantar barang kering je.
-lastly, abi minta doakan untuk abi.
-first time abi cakap minta doakan abi, selama ini adik yang minta abi doakan adik. Dah terbalik pulak
-hahahaha jom la banjir sama2..
~ antara mesej dari adik saya.
***********************************
Tiba-tiba teringat suatu kisah
Saya dan adik pernah sengaja mencuri duit abi
untuk tujuan apa saya dah tak ingat
entah macam mana along dapat tahu
lalu meng...kantoikan kami..
tapi abi tak marah atau pukul dengan rotan
abi cuma tanya kenapa mencuri.. itu sahaja seingat saya..
pukul tapak tangan saya tak pasti
selepas itu saya tak buat dah.. malu dengan abi..
abi kalau marah sangat hanya pukul punggung kami
anak-anak perempuan dengan surat khabar
kalau anak lelaki semestinya lebih dahsyat
hanger atau rotan menjadi pilihan abi
Masuk tingkatan satu abi menghantar saya ke asrama
-hahahaha jom la banjir sama2..
~ antara mesej dari adik saya.
***********************************
Tiba-tiba teringat suatu kisah
Saya dan adik pernah sengaja mencuri duit abi
untuk tujuan apa saya dah tak ingat
entah macam mana along dapat tahu
lalu meng...kantoikan kami..
tapi abi tak marah atau pukul dengan rotan
abi cuma tanya kenapa mencuri.. itu sahaja seingat saya..
pukul tapak tangan saya tak pasti
selepas itu saya tak buat dah.. malu dengan abi..
abi kalau marah sangat hanya pukul punggung kami
anak-anak perempuan dengan surat khabar
kalau anak lelaki semestinya lebih dahsyat
hanger atau rotan menjadi pilihan abi
Masuk tingkatan satu abi menghantar saya ke asrama
saya tak sedih, lagipun 10 minit je dari rumah
tetapi setelah berakhir minggu orientasi
pertama kali telefon ke rumah bergenang air mata
baru saya tahu erti rindu dan kasih sayang
Pertama kali abi mengambil saya pulang dari asrama hari Jumaat
saya terdengar pengumuman tersebut di pembesar suara
lantas pulang ke bilik mengemas apa yang patut
setelah siap ku ke kantin menemui abi bersama satu beg besar.
Dalam perjalanan pulang abi tak cakap apa-apa
melainkan 'kenapa lambat? lama abi tunggu dari tadi'
alasan saya hanya mengemas barang
sebenarnya saya tak tahu apa yang patut di bawa pulang
sehingga mengambil masa yang lama untuk mengemas.
Apa yang saya tak tahu di mana abi solat?
abi solat Jumaat tak? abi kat mana masa orang solat Jumaat?
adakah abi di kantin menahan malu demi menanti seorang anak?
atau abi ke masjid di sekolah lain? atau pulang ke rumah dahulu?
saya tak berani bertanyakan soalan itu sehingga kini
bukan kerana takut dimarahi, tetapi takut kalau jawapannya abi tunggu.
kasih ayah tidak bertepi...........
0 000 org yg bertuah:
Post a Comment