Monday, March 4, 2013

simptom barah usus

Ayah yang saya panggil abi
setelah pelbagai ujian dilakukan di hospital kerajaan
doktor mengatakan ada sesuatu di usus besar abi
kata abi, doktor tak pasti ianya kanser usus atau ketumbuhan atau apa
sudah membesar sehingga 5 cm panjang x 3 cm lebar
bertapa di usus besar abi sekian lama
doktor menyarankan supaya operate kerana tiada ubat
jika mahu cara lain (rawatan tradisional) pastikan sesuatu itu semakin mengecil
kalau semakin membesar, operate jalan paling selamat.
operate membuang usus yang bermasalah itu!

Ye, abi telah mempunyai kesemua simptom itu
bukan sebulan dua tetapi setahu saya hampir 15 tahun
sekarang abi berusia 51 tahun
Pembedahan dijadualkan 11 Mac 2013
tarikh mungkin berubah kerana bayaran belum dijelaskan.

Ya Allah, selamatkan abi kami
berilah kesihatan padanya
sesungguhnya kami sayang padanya.
sepertimana abi menyayangi kami semasa kecil
Kau sayangilah abi kami
bantulah abi kami
sembuhkanlah penyakit abi kami
permudahkanlah urusan abi kami.
Sesungguhnya kami redho dan mengharap hanya bantuanMu.
Amiiiiinn..

Antara simptom barah usus yang ku perolehi daripada artikel INI ialah:

  • darah keluar dari dubur ketika buang air besar.
  • perubahan tabiat ke tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan 
  • berasa tidak selesa.

Abi bukan 4 kali je pergi tandas sehari
terlalu banyak kali sehingga hampir 10 kali sehari
Artikel tersebut juga mengatakan antara punca kanser usus ialah:

  • faktor usia, 
  • cara pemakanan tidak betul, 
  • keturunan dan 
  • ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser

Daripada mereka2 yang memberikan pandangan dan pengalaman dalam artikel tersebut, saya mengetahui bahawa:

  • Pembedahan haruslah dilakukan sedari awal penyakit dikenalpasti, kerana jika barah usus sudah di tahap 4, kemungkinan barah usus merebak ke organ badan yang lain dan seterusnya membawa kepada kematian (peluang untuk hidup 6 bulan atau 12 bulan). 

Ye, mati itu pasti. Siapalah manusia termasuk doktor untuk menentukan hidup mati seseorang. Yang hidup, berusahalah menjaga kesihatan.

5 000 org yg bertuah:

raja zubaidah raja sabaradin said...

semoga abi meton berjaya dalam operation tu nanti. arwah ayah jue dulu kanser rektum, nk buang dh x boleh sbb dah nak masuk final stage cancer. bila berubat secara tradisional, Alhamdulillah ada perubhan tapi kita hanya mmpu berusaha Allah yang tentukan segalanya.

taufik maria said...

owh, terima kasih jue.. tak tahu nak ckp ape dah.. thanks :)

Anonymous said...

Salam .. Ayah sya pon kena barah usus jgk.. Tp x pegi lg hospital.. Kna byar hbis dlu ke bru blh bdah?? Emm brapa kos dia?ayah sya bru je dpat tau hri ni..

Anonymous said...

semuge ayah penulis selamat semuanya.

zuhairi hairi said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome