Doktor & pakar mengesyorkan bahawa selepas minggu ke -16 kehamilan, ibu mengandung tidak digalakkan tidur dalam posisi terlentang kerana posisi ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang,usus dan inferior vena cava.
1. Tidur Dengan Posisi Tengkurap/ Bertiarap
Posisi ini sebenarnya cukup sesuai untuk ibu hamil. Tapi biasanya peringkat kehamilan trimester pertama, kerana berlakunya pembesaran payudara dan juga keadaan payudara yang lebih sensitif akan menimbulkan ketidakselesaan untuk tidur bertiarap. Dan ketika perut anda sudah mulai membesar (awal 14 minggu) tidur dengan posisi tengkurap menjadi sangat tidak selesa kerana anda harus menyokong paha dengan bantal untuk dapat tidur tengkurap kerana perut yang mulai membesar.
2. Tidur Dengan Posisi Mengiring
Setelah kehamilan berusia 16 minggu, adalah lebih baik sekiranya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kiri atau ke kanan, kerana posisi ini memberi kemudahan untuk bayi anda mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior) dibahagian belakang sebelah kanan svina yang mengembalikan aliran darah ke tubuh bahagian bawah ke jantung.
Ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan dapat membantu mengurangkan pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.
Tips: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, letakkan bantal di antara lutut anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh membeli bantal khas untuk ibu megandung.
0 000 org yg bertuah:
Post a Comment