Ini Muhammad a.k.a banner contest =)
Pelbagai hadiah menarik menanti
Klik je banner utk join
Sebelum 30 Mac 2011
****************
My Entry
*****************
Assalamualaikum wbt
Kehadapan anakanda yang dikasihi. Moga anakanda sentiasa di bawah naungan kasih sayang Allah SWT.
Saat anakanda membaca warkah mama ini, kemungkinan mama masih diberi nikmat bernafas, atau kemungkinan mama sudah meninggalkan bumi yang fana ini.
Besar harapan mama, semoga anakanda menjadi anak yang soleh atau solehah, isteri yang taat atau suami yang bertanggungjawab, masyarakat yang prihatin dan hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Saat mama menulis warkah ini, anakanda telah 8 bulan 3 minggu berada dalam rahim mama. Mama dan ayah berasa tidak sabar sekali menunggu untuk berjumpa anakanda tersayang. Namun, mama dan ayah akan tetap menunggu dengan sabar. Kerana kelahiranmu telah ditentukan oleh Allah SWT saat dan harinya yang mama dan ayah tidak tahu. Malah atuk, nenek, doktor dan semua orang juga tidak tahu masanya yang tepat.
Mama ingin sekali mengasuh anakanda supaya menjadi sebenar-benar khalifah di muka bumi ini. Seringkali mama senandungkan puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW buat anakanda. Semoga hati anakanda sudah terbiasa dengan mengingati Allah dan rasulNya sedari dalam rahim.
Mama dan ayah juga telah memilih nama yang baik-baik buat anakanda tersayang. Sekiranya anakanda dilahirkan sebagai seorang lelaki, mama dan ayah akan memberi nama Ahmad Fathi. Sekiranya anakanda ditakdirkan sebagai perempuan, mama dan ayah bersetuju memberi nama Nur Fathiyyah.
Nama-nama ini amat bermakna buat mama dan ayah. Ahmad membawa maksud yang terpuji, manakala Fathi bermaksud peneraju kecemerlangan. Nur pula bermaksud cahaya. Semoga dengan pemberian nama yang baik ini akan membantu mencorakkan peribadi anakanda ke arah kebaikan.
Mama dan ayah ingin sekali membesarkan anakanda dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Mama dan ayah akan berusaha ke arah itu supaya anakanda mendapat contoh ikutan yang baik dan terpuji.
Sejurus kelahiran anakanda, ayah akan mengalunkan azan di telinga kanan anakanda dan iqomat di telinga kiri anakanda. Semoga dengan suara pertama yang anakanda dengar ini kelak akan membimbing kehidupan anakanda ke jalan yang benar dan menjauhkan anakanda dari gangguan syaitan.
Ayah juga telah merancang untuk meminta seorang ustaz di pusat tahfiz untuk mentahnikkan anakanda. Besar harapan ayah supaya anakanda menjadi seorang tahfiz iaitu seorang yang menghafaz al-quran dengan baik. Semoga suatu hari nanti anakanda boleh menabur bakti menjadi guru tahfiz di JAKIM, IPT, sekolah dan dalam masyarakat.
Mama tidak akan menghalang cita-cita anakanda sekiranya anakanda ingin menjadi seorang guru, doktor, saintis, jurutera, peguam, arkitek dll. Asalkan anakanda menjadi guru, saintis, doktor, jurutera, peguam atau arkitek yang menghafaz al-quran.
InsyaAllah, mama dan ayah akan mengajar anakanda cara-cara mengenal Allah dan Rasulullah, cara menunaikan solat, membaca al-Quran, amalan sunah Nabi SAW dan doa-doa yang asas dalam kehidupan sedari anakanda kecil.
Mama ingin sekali memulakan hari bersama anakanda dengan solat subuh berjemaah, kemudian diikuti dengan bacaan al-ma’thurat bersama-sama. Selepas itu, mama dan ayah akan bergilir-gilir menceritakan kisah-kisah nabi buat santapan rohani anakanda.
Semoga impian mama dan ayah menjadi kenyataan. Ingatlah anakandaku sayang, sematkanlah al-Quran di dadamu supaya anakanda menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
~Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah dia. Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarmu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk.
Ya Allah, bentukkanlah dia di dalam kandunganku dengan bentuk yang sempurna, dan tetapkanlah hatinya untuk beriman kepadaMu dan RasulMu.
Ya Allah, lahirkanlah dia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, mempunyai akal yang cerdik dan beramal dengan ilmunya.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sempurnakanlah jasadnya, elokkanlah perangainya (akhlaknya), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran al-karim dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal 'Alamin~
(Doa mama tiap kali usai solat dan apabila ada masa terluang)
23.03.2011
Ya Allah, bentukkanlah dia di dalam kandunganku dengan bentuk yang sempurna, dan tetapkanlah hatinya untuk beriman kepadaMu dan RasulMu.
Ya Allah, lahirkanlah dia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, mempunyai akal yang cerdik dan beramal dengan ilmunya.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sempurnakanlah jasadnya, elokkanlah perangainya (akhlaknya), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran al-karim dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal 'Alamin~
(Doa mama tiap kali usai solat dan apabila ada masa terluang)
23.03.2011
~Mama~
8 000 org yg bertuah:
Subhanallah! meremang roma baca entry mama untuk ankanda yg bakal lahir..mudah2an akan lahir lagi seorang generasi yg bakal mewarisi perjuangan meneruskan risalah Rasulullah SAW..mengembalikan sistem kekhalifan sebenar seterusnya sama-sama mengembalikan kegemilangan islam..sesunggunya ibu/mama/ummi/mummy adalah madrasah terbaik anak2..
Bayt Al-Iman mendoakan segala harapan mama dan abah kepada mujahid/mujahid..khalifatullah termakbul dengan usaha yang telah dimulai sebelum lahir Hafizahullah ke dunia.InsyaAllah! semoga berjaya! ;)
p/s: tunggu pengetua blog walking ;)
terima kasih ummu muhammad atas doa tu.. dah 2 minggu perap entry ni.. alhamdulillah ada kesempatan utk publishkan :>
Alhamdulillah, harapan seorang ibu~
Semoga berjaya..Amiiiiiiiiiiiiiinnn
terima kasih SN =)
Alhamdulillah nur fathiyyah sudah lahir ke dunia ini..moga jadi anak yg solehah, beriman dan brtakwa..
Alhamdulillah nur fathiyyah sudah lahir ke dunia ini..moga jadi anak yg solehah, beriman dan brtakwa..
Alhamdulillah nur fathiyyah sudah lahir ke dunia ini..moga jadi anak yg solehah, beriman dan brtakwa..
Salam.. ummu muhammad minta semua peserta manghantar detail untuk penghantaran cenderahati.. TQ
Post a Comment