Thursday, February 28, 2013

Cara Manfaat mengurut bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak malah merupakan rangsangan yang terbaik iaitu rangsangan menerusi sentuhan atau belaian. 

Bayi perlu diurut atau dibelai dengan penuh kasih sayang. Selain dapat membantu pertumbuhan bayi dengan cepat, urutan juga dapat menyihatkan bayi serta menjadikannya cerdas dan riang di samping memantau kesihatan bayi .

Luangkan masa mengurut sama ada selepas mandi atau ketika bayi tidak tidur.

Manfaat urutan pada Si Comel Anda.

1. Memperbaiki perjalanan darah
2. Merangsang deria.
3. Mengurangkan tekanan.
4. Memperbaiki sistem penghadaman.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.
6. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7. Membantu memudahkan bayi tidur.
8. Merangsang aliran oksigen dalam badan
9. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.Membantu perkembangan fungsi otot.
11.Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.Merangsang penghasilan hormon.

(artikel dari: https://www.facebook.com/Lunatots)

Ada 6 step untuk mengurut bayi:

  1. urutan kepala dan muka bayi.
  2. urutan dada bayi
  3. urutan tangan bayi
  4. urutan kaki bayi
  5. urutan perut bayi, dan
  6. urutan bahagian belakang bayi.
Klik link ini dan simpan untuk panduan cara dan kaedah mengurut bayi dengan betul:


Wednesday, February 27, 2013

Idola kecil, idola sekolah dan idola remaja

Sedikit cebisan perbualan membuka minda sebagai ibu bapa:

Ibu bapa sepatutnya mendapat tempat di hati anak dan menjadi model contoh atau idola. Bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, ia hanya berlaku ketika anak itu masih kecil.

"Bila mula pandai bercakap, emak bapa dialah segalanya. Emak dialah yang paling cantik. Emak dialah yang paling pandai.

"Apabila anak mula bersekolah, idolanya bertukar kepada guru. Kalau kita cakap tentang sesuatu, dia akan merujuk kepada gurunya. Bagi anak ini, guru dia lebih menyakinkan.

"Masuk usia remaja, anak ini berubah arah. Idolanya ialah rakan sebayanya. Kalau ibu bapa tidak mengambil langkah selanjutnya, anak itu akan kekal begitu. Cakap ibu bapa tak dengar. Cakap guru pun tak diendahkan," .

Keadaan tersebut perlu diubah di mana ibu bapa patut kekal menjadi idola anak serta menjadi rujukan mereka. Apa komen anda?



Like ·  ·  · 35 minutes ago · 
  • 56 people like this.
  • Lisa Mohamad batul tu. jadi mcm mana kita nak tarik perhatian anak2 untuk tetap jadikan kita sbg contoh dan sumber rujukan mereka?
  • Aty Sapura Setuju..cabaran yg hebat. Akan berusaha keras agar anak2 mengidolakan kebaikan kami..menjadi idola org luar amat mudah..
    Like · Reply · 31 minutes ago via mobile
  • Udiana Jamalludin Pendapat saya, lebih baik Rasulullah (saw) serta sahabat2Nya menjadi tempat contoh dari kecil....
    Like · Reply · 28 minutes ago via mobile
  • Anakrantau Sembilanlapan kalau boleh, pastikan jangan ada tv di rumah
  • Nor Ismah Abdullah Bersetuju 100%... walau bagaimana pun... ibu bapa sgt memainkan peranan membentuk fikiran anak2...saya suka berpegang pada ajaran yg disarankan oleh agama kpd kita sbg umat islam.. iaitu 7thn pertama.. 7 thn pertengahan.. dan 7thn akhir.. alhamdulillah.. dgn izin Nya setakat ini saya tidak menghadapi masaalah besar.. * saya juga merasakan bahawa setiap anak adalah individu tersendiri.. dan setiap anak itu wajib diraikan tanpa mengira besar mana pun kjyaan yg dicapainya.. dan sentiasa mendengar luahan hati anak2.. kerana mungkin issunya tak srberapa pd kita.. tapi besar bagi mereka... keperihatinsn kita membina rasa yakin mereka bahawa kita adalah rujukan yg boleh dipercayai.. wallahu'alam..
    Like · Reply · 1 · 22 minutes ago via mobile
  • Nadia Bakri Untuk kekal menjadi idola, rasanya ibu bapa perlu nampak 'hebat' pada pandangan anak;
    hebat mengambil hati, hebat mengendali emosi, rajin jawab pertanyaan2 anak anak, 'sentiasa' bersama dengan anak anak secara fizikal mahupun di hati mereka, berdaya melindungi dan mencurahkan kasih tak berbelah bagi..
    Like · Reply · 19 minutes ago via mobile
  • Khairul Asyraf Setuju. Antara tips ialah ibubapa di kala bersama-sama anak, perbanyakkan mengajar/memberi tips kehidupan kepada mereka. Barulah mereka menghargai kewujudan kita.
    Like · Reply · 17 minutes ago via mobile
  • Ummu Haikal Doa ibubapa yg berpanjanganlah yg paling ampuh agar anak anak sentiasa di atas jalanNya yg lurus
    Like · Reply · 16 minutes ago via mobile

Tuesday, February 26, 2013

cara cara merawat kulit bayi

Tips Penjagaan Kulit Bayi

1. Jangan guna bahan yang menyebabkan radang kepada kulit bayi(**pilih bahan yang sesuai) - Contohnya elakkan pencuci yang mengandungi alkohol, pewangi dan paraben. 
2. Jangan biarkan kulit bayi terdedah kepada sinaran matahari secara langsung
3. Pakaikan bayi dengan fabrik kapas yang serap kelembapan
4. Lindungi bayi dari cuaca sejuk kerana kulit bayi tidak berupaya mmengekalkan kehangatan
5. Sapu minyak yang boleh memanaskan kulit bayi (**terutamakan ketika cuaca sejuk bagi mengelakkan kulit bayi terhidrasi)
6. Urut kulit bayi sebagai amalan untuk kesihatan.



rujukan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151775877634899&set=a.10151672337914899.611575.363119514898&type=1&theater

Tips mengetahui jantina anak dalam kandungan

Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka.

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

9) Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya.


dibawakan oleh D & G Kidz Boutique

Monday, February 25, 2013

Telekung vietnam PERCUMA

hari ini ulangtahun kelahiran ku (12 Januari)
"terima kasih ummi sebab melahirkan akak ke dunia
akak sayang ummi.. nak telefon malu hahaha"
so mesej adik yg kat rumah bagitahu ummi..
aci tak? hihihi dengan tambahan:
suruh adik2 masak sedap2 rini utk umi,
rupa2nya diorg dah masak nasi ayam... oh, sedapnya!!

hm, siapa nak telekung percuma, angkat tangan?
ha, kalo nak, meh nak bagitahu cara-caranya
Haniz.com yang nak bagi hadiah telekung ni.

PEMENANG PERTAMA
Telekung Vietnam 30 Kuntum Bunga Timbul bernilai RM90

PEMENANG KEDUA
Telekung Vietnam 8 Kuntum Bunga Timbul bernilai RM65

PEMENANG KETIGA
Tudung Bawal 3 tones bernilai RM35


Contoh sulaman pada Telekung Vietnam, cantik kan?

1st time jenguk laman web Haniz.com agak teruja juga.
kemas, teratur.. walaupun putih hihi.. teringin nak ada blogshop macam Haniz.com.
ku pernah try buat blogshop untuk http://manis2madu.blogspot.com tapi tak menjadi.. xtaw pe sebab.. ku tak berbakat kot uhuk3x..

setakat ni Haniz.com menjual telekung kanak-kanak, telekung vietnam dan tudung bawal 3 tones.


telekung vietnam yang dijual pelbagai warna. Ada yang 8 kuntum bunga timbul, 10 kuntum dan 30 kuntum.. wah, hebat!!


ha, ni pulak contoh tudung bawal 3 tones:


cantik2 semuanya.. ha, kalau nak hadiah telekung vietnam ni, boleh klik gambar2 kat atas atau klik link di bawah:

Giveaway telekung online oleh Haniz.com”

TIPS MENJAGA BARANG KEMAS

Supaya barang kemas yang dibeli tahan lama dan mampu menaikkan seri pemakai bila menggunakannya, seseorang kena rajin dan tahu bagaimana hendak menjaganya. Emas adalah barang kemas yang lazim di gunapakai oleh kaum wanita perlu dibersihkan sekurang-kurangnya enam bulan sekali, lagi kerap lagi bagus, sebaiknya bawak barang kemas anda ke kedai yang menyediakan cuci barang kemas. Sebenarnya ada juga cara untuk melakukannya sendiri.

Caranya adalah, Sediakan
air panas dengan sedikit sabun pembersih pinggan cari yang banyak campuran limau nipis, ataupun tambahkan limau nipis.Kemudian rendam sekurang-kurangnya 10 minit, lepas itu berus dengan berus gigi yang lembut, sehingga dapat menjangkau ke bahagian yang dalam. Apabila selesai, keringkan dengan kain yang lembut. 

Ada sedikt lagi tips, kalau barang emas tersebut tiada batu anda boleh juga membakar sekurang-kurangnya dalam masa yang tidak melunturkan emas tersebut, kemudian baru basuh.

dibawakan oleh: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=150787008409944&set=a.138968582925120.31316.138964322925546&type=1&theater

Sunday, February 24, 2013

TIPS MEMBELI BARANG KEMAS 999 atau 916


  • Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja.
  • Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. 
  • Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. 
  • Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. 
  • Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
  • Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999
  • Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit, belilah barang kemas 916 sahaja.


Tips dari: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=151906104964701&set=a.138968582925120.31316.138964322925546&type=1&theater

www.GSRJewels.com ( Gedung Emas dan Perak Online Harga Borong No.1 di Malaysia)

Saturday, February 23, 2013

sukarnya iklan di mudah.my

Tiba2 mempunyai keinginan yang kuat untuk beriklan di mudah.my selepas membaca entry blogger ini. Maka bermulalah episod beriklan dengan berbekalkan tips ini dari beliau:

"Tips pertama untuk post di mudah.my : pastikan anda letak nama yg spesifik untuk baju yang ingin di post. Selamat beramal.. :-)"

Selepas isi apa yang patut, dan betulkan baaanyaaakk kesilapan yang tak diterima oleh mudah.my (seperti blh, facebook, FB dll) ingatkan boleh tarik nafas lega. Rupa-rupanya iklan tersebut masih tidak diterima. Edit lagi buang apa2 yang dirasakan tak diterima.. 

Cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. cek email lagi, masih tak berjaya. Edit lagi. Cek, edit, cek edit..... Adoiiiii, berapa kali nak kena edit la. Penat dah rasa. 4 iklan yang saya cuba post, satu INI shj yang lepas setelah beberapa kali edit :(


Betullah apa yang beliau katakan "dulu senang, tak macam sekarang ada beberapa perkataan yang tak diterima oleh pihak Mudah.my untuk tajuk ayat dengan description barang yang nak dijual".


Hm, nampaknya saya kena survey dulu iklan2 yang sedia dipost di mudah.my untuk tahu gaya ayat yang dbenarkan. Owh, one more approved HERE, alhamdulillah.

Kahak pada bayi dan kanak-kanak


Makanan yang menyebabkan kahak dan yang boleh menghilangkan kahak.. 

(Kahak boleh dikeluarkan melalui 3 cara, daripada batuk kahak, selsema (hingus) atau najis)
(pastikan ambil bahan yang tiada alahan pada pesakit dan sesuai mengikut umur)

Tambahan:
-Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak (umur 7-10bulan)
-Madu (umur 1 tahun ke atas) boleh diambil bersama air suam juga bileh di campur perahan lemon atau limau nipis, diminum untuk hilangkan selsema, batuk n kahak
-Banyakkan minum air suam juga susu ibu
NOTES : Elakkan pengambilan madu / delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan.Kerana madu/delima bersifat panas.

Mengenal batuk kahak :
kahak jernih = badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.
kahak pekat/kuning/hijau = badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk. 

kopipes dr group laman kesihatan ibu, bayi dan anak2

Friday, February 22, 2013

KHASIAT KURMA UNTUK SI MANJA

KURMA sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada minda umat Islam kerana sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan Baginda ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kita beroleh pahala sunnah.

Namun tahukah Mommies bahawa buah kurma juga amat baik untuk kesihatan SiManja yang sedang membesar ? Tetapi apakah khasiatnya?

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu
memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E.

Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada SiManja yang sedang membesar.

“ Biasakanlah SiManja anda dengan amalan sunnah Rasullullah S.A.W. semenjak kecil lagi “

Sumber : Utusan Malaysia & Editorial Pa Ma

Thursday, February 21, 2013

Tempoh masa menang SSP Draw BSN

Sebenarnya xde mood nak buat entry, tapi disebabkan satu permintaan dari Anonymus, ku gagahkan jua.. Rentetan dari entry Fakta yang perlu anda tahu tentang Cabutan Sijil Simpanan Premium.

Saya mula terjebak dengan SSP ini ialah pada 5 Februari 2010. Ex-officemate yang ajak join, tak rugipun katanya. Disamping menyimpan, kita berpeluang untuk menang hadiah setiap bulan. Minimum RM10, dan boleh keluarkan balik RM10 tu bila-bila masa (fakta: sebulan selepas tarikh join baru boleh keluarkan - kalau saya tak silap). Sounds great kan.

Selepas join, saya dapat sekeping kertas ala-ala cek yang bertulis SIJIL simpanan premium berjumlah RM10 seperti gambar ini (pinjam gambar sat noooo sape punye gambar ni)

Saya masuk RM10 je hihi. Lagipun hujung bulan tu dah nak berhenti kerja, bulan Mac nak buat walimatul urus. Mana nak cekau fulus masuk banyak2 kan.

LAMA selepas itu, adik telefon beritahu surat BSN sampai kat rumah (Ipoh, Perak), menang RM100 sebanyak 10 unit.. jumlahnya RM1000...? WOW hahahha. Lantas saya meminta adik pos surat tersebut ke alamat baru saya (Banting, Selangor). Kecewa sedikit apabila surat tu sampai, rupa2nya menang RM100 je. 10 unit tu bermaksud menang RM10 sebanyak 10 kali, jumlah RM100. Faham tak?

Selepas kemenangan kecil itu, tiba2 akaun Maybank saya banyak duit. TIGA RIBU LEBIH. Cek duit masuk, dia tulis CR PYMT SAFE BATCH. Pening jugak fikir dapat duit dari mana, akhirnya dapat jawapan. Klik sini untuk baca duit apa yang masuk tu ^^

Dengan duit itu, pada 17 Februari 2012 saya masuk lagi SSP dengan jumlah RM2500. Rugi tak masuk RM3000 kan, tapi kami memang nak guna RM500 masa tu isk3x.. Di kaunter, pegawai BSN yang cantik manis tu tanya "jumlah ni layak masuk Special Edition SSP. Tapi 6 bulan baru boleh keluar. Keuntungan 2%. Macam mana?"

Husband setuju sebab kami memang tiada rancangan untuk gunakan duit tu dalam 6 bulan akan datang. So selesailah akad persetujuan dan kami hanya mendapat kertas nipis bercetak... uhuk3x.. tapi tetap SAH sebab jumlah yang dicetak tu betul, ada tandatangan, bla3x...

Kemudian berlakulah kisah kemenangan seperti yang saya telah ceritakan di SINI. Ha, baca la semula kalau dah lupe hihihi.

Rumusan:

  • 05 Feb 2010 - join RM10 - no. sijil: 12345 (1 unit x RM10)
  • 25 Ogos 2012no. sijil: 12345 menang SSP hadiah ke 5 RM100 - dapat no. sijil: 67892 hingga 67901 (10 unit x RM10)
  • 17 Dec 2012 - join RM2500 - no. sijil: 87664 hingga 87913 (250 unit x RM10)
  • 29 Dec 2012 - no. sijil: 87830 menang SSP Extra Draw hadiah ke 2 RM500 - dapat no. sijil: 98723 hingga 98772 (50 unit x RM10)

Ha, cerita saya ni menjawab soalan tak? Soalannya: berapa lama masa yang diperlukan untuk menang SSP Draw?

Nak tips bagaimana untuk menang SSP dengan mudah? Nantikan entry seterusnya hihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome