Friday, February 22, 2013

KHASIAT KURMA UNTUK SI MANJA

KURMA sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada minda umat Islam kerana sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan Baginda ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kita beroleh pahala sunnah.

Namun tahukah Mommies bahawa buah kurma juga amat baik untuk kesihatan SiManja yang sedang membesar ? Tetapi apakah khasiatnya?

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu
memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E.

Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada SiManja yang sedang membesar.

“ Biasakanlah SiManja anda dengan amalan sunnah Rasullullah S.A.W. semenjak kecil lagi “

Sumber : Utusan Malaysia & Editorial Pa Ma

0 000 org yg bertuah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome