Saturday, February 9, 2013

PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA KANUN KESEKSAAN


PENIPUAN ON9 BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:

Seksyen 415 iaitu:

Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.

Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.

~COPY DARI Alia Liana

6 000 org yg bertuah:

Unknown said...

Saya mahu bertanya,, apa tindakab yang boleh dibuat sekiranya saya di tipu oleh syarikat wang pinjaman? Setelah bank in duit untuk deposite tiada khabar lagi dri mereka?

Anonymous said...

buat aduan ke bank negara malaysia. google bnm telelink. kalau ada nama penuh syarikat wang pinjaman boleh adu ke ssm.

Unknown said...

Sye nk bertanye, adakah salah jika sye batalkan urusan jual beli jika sye dpt tahu pembeli menggunakan pihak ketiga iaitu bank luar negara? Hal ini terjadi kerana sye tidak yakin dan sye mendapati bahawa jika gunakan pihak bank luar negara menyusahkan sye kerana adenye deposit, jadi sye batalkan urusan walaupun pembeli sudahpun deposit duitnye pd pihak bank die, adekah itu salah? Jika tidak faham soalan sye, contact sye melalui whatsapp. 0146154096. Sye benar2 ingin tahu jawapannye

Garuda said...
This comment has been removed by the author.
Garuda said...

Saya ingin tanya bolehkah membuat aduan keatas ejen online kutu dan apa hukumannya

Anonymous said...

Apa yg perlu dilakukan sekiranya Kita menyedari bahawa Kita telah ditipu dlm urusan jual beli kereta. Duit deposit dah bayar tapi agen tidak sampaikan barang Dan meminta masuk kan duit baki bayaran dalam akaunnya supaya kereta dapat di deliver. Kami melakukan urusan melalui online shj sehingga kini. What should we do next?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome