Saturday, February 2, 2013

BEDAK PANAS SYIFA untuk param pilis lulur


Bedak Panas Syifa menggabungkan 3 fungsi dalam 1 ramuan yang bertindak sebagai lulur untuk kecantikan kulit dan menyingkirkan sel kulit mati, param sebagai agen sapuan di perut semasa ibu memakai bengkung, juga sebagai pilis untuk disapu di dahi untuk mencegah masalah mata, pening kepala dan melindungi badan daripada dimasuki angin. Amnya, pilis dan param bagus dalam melancarkan perjalanan darah dan menghangatkan badan.



Terdapat pelbagai bedak panas di pasaran, tetapi Bedak Panas Syifa keluaran Nawal Herbal Beauty adalah sangat istimewa kerana ia bukan sahaja boleh digunakan oleh ibu di dalam pantang, malah oleh semua golongan wanita yang ingin menjaga kecantikan dan kehalusan kulit mereka.

Param seeloknya disapukan ke seluruh badan. Hanya bancuhkan di dalam air biasa, atau lebih sesuai dibancuh dengan Pati Minyak Serai Wangi. Buat bancuhan param menjadi pekat, kemudian sapukan ke seluruh badan sebelum ibu memakai bengkung. Param bagus untuk menghangatkan badan, disapu ke perut sebelum ibu memakain bengkung.

Gunakan bedak panas ini sebagai pilis dengan menyapu bancuhan pekat bedak panas ini ke dahi ibu. Pilis mampu menghalang angin naik ke kepala.



Kegunaan
Berfungsi untuk 3 dalam 1; lulur, pilis dan param. Berkesan untuk menghaluskan kulit, menghangatkan badan dan mengelakkan serangan angin semasa dalam tempoh berpantang. Ia juga mampu mengurangkan kegatalan pada kulit.

Kandungan: Ketumbar , Kunyit, Adas Pedas, Halia Bara, Jerangau, Serai Wangi, temulawak , tahi angin , kedaung dan lain-lain.

Cara penggunaan:
- Param: Ambil 2 sudu Bedak Panas Syifa dan campurkan dengan sedikit air kosong dan 2 titis Pati Minyak Serai Wangi. Lumurkan campuran tersebut ke perut dan peha anda. Setelah itu bolehlah memakai Bengkung Ibu.

- Pilis: Ambil satu sudu sahaja dan campurkan dengan sedikit air kosong dan Pati Minyak Serai Wangi, kemudian sapukannya ke dahi.

- Lulur: Amalkan setiap hari semasa anda mandi. Sapukan sedikit sahaja ke tempat kulit yang kasar, di perut dan di celah peha. Penggunaan setiap hari mampu menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut.

Kandungan: 100 gm - boleh digunakan untuk 40 hari berpantang jika hanya diguna untuk param dan pilis.

harga: RM24.00
kos pos laju semenanjung: RM6.00
sabah sarawak: RM9.00



1 000 org yg bertuah:

nabila azmi said...

nak order 1 ?? mcm mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design By Nurul Aini | For ~~ 2013 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome